Wednesday, September 24, 2014

MALAYSIA:::Ada penjawat awam tak sedar langgar etika kerja

GAMBAR HIASAN

BESUT - Terdapat anggota perkhidmatan awam yang tidak menyedari perkara-perkara yang mereka dilakukan ketika seharian berkerja itu kadangkala bertentangan dengan integriti mereka sebagai seorang penjawat awam.

Penolong Pengarah Kanan Sektor Awam Institut Integriti Malaysia(IIM) Roziah Harun berkata perkara yang mereka lakukan semasa bekerja nampak seperti perkara biasa tetapi sebenarnya ia merupakan satu masalah disiplin dan bertentangan dengan nilai dan etika anggota perkhidmatan awam.



Katanya antara perkara-perkara berkenaan termasuk rehat tanpa mengira waktu dengan mengambil masa yang panjang, ponteng kerja, mengetik kad perakam bagi pihak orang lain dan menyalah guna harta kerajaan untuk diri sendiri.

“Selain itu kakitangan yang kerja seumpama melepas batuk ditangga, cuti sesuka hati dengan berpura-pura sakit dan merokok di premis-premis larangan juga melanggar integriti perkhidmatan awam yang telah ditetapkan oleh kerajaan," katanya. 

Beliau berkata demikian semasa membentang kerjanya di Seminar Integriti Warga Pendidik yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) Besut di sini hari ini.

Justeru katanya anggota perhidmatan awam perlu menyedari dan mengambil tahu budaya kerja berintegriti dalam kalangan mereka agar ciri-ciri negatif semasa bekerja dapat dihindarkan bagi mengelakkan kerugian kepada semua pihak.

Katanya penjawat awam perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang diberikan untuk kepentingan umum dengan tidak menyalah gunakannya untuk kepentingan  iri sebaliknya keutamaan patut diberikan kepada kepentingan awam.

“Nilai teras seperti amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan sentiasa bersyukur sepatutnya dijadikan sebagai budaya ketika kita bekerja," katanya.    

Minggu Integriti IPGSM itu berlangsung selama empat hari dengan pelbagai program diadakan termasuk Pertandingan Integriti khusus untuk Murid Prasekolah IPGKSM,  Pertandingan Klip Video, Pertandingan Fotografi, Program Eksplorasi, Seminar Integriti dan Pertandingan Pidato Integriti serta pameran yang membabitkan pelbagai agensi kerajaan, yang turut disertai para pensyarah, kakitangan serta guru pelatih. - Bernama


sumber:::http://www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment