Tuesday, September 23, 2014

MALAYSIA:::Cuepacs bantah mansuh bahagian pinjaman perumahan


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bercadang mengadakan satu perhimpunan bagi membantah pemansuhan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) untuk penjawat awam.

Presidennya, Azih Muda berkata perkara itu akan diputuskan dalam masa terdekat sebelum pembentangan bajet pada 10 Oktobr ini.
    
Beliau berkata pihaknya juga membantah cadangan BPP dijadikan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.
    
"Kita bantah perkara ini seratus peratus, kalau di bawah bumbung berkanun, caj yang dikenakan kepada peminjam berpuluh-puluh perkara.
    
"Ia tidak mampu dibayar, mana kos nak pinjam bayar rumah sehingga RM7,000 ke RM8,000 itu belum dapat rumah, hendak bayar perjanjian, setem duti, caj guaman, dokumen dan berbagai-bagai perkara, bukan semudah itu," katanya dalam sidang akhbar selepas perhimpunan penjawat awam Tawau di Auditorium Perpustakaan Tawau semalam.

Azih berkata BPP merupakan satu-satunya agensi yang menjaga kebajikan penjawat awam dan tidak keperluan untuk 'diganggu' serta 'ditukar ganti'.
    
Beliau juga meminta kerajaan mempertimbang pemberian bonus tertinggi kepada penjawat awam sebagai menghargai sumbangan dan peranan mereka selain kekangan hidup ketika ini.
    
Dalam pada itu, Cuepacs mencadangkan tiga perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan, antaranya, semakan 171 skim yang sehingga kini belum diputuskan.
    
Azih berkata Cuepacs turut mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Persaraan atau kumpulan wang milik kerajaan membabitkan diri dalam pembinaan rumah penjawat awam seperti yang dilaksana di Singapura.
    
Beliau juga berharap kerajaan mempertimbang pemberian kelayakan elaun yang sekata kepada penjawat awam di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, terutama guru.

source:::http://m.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment