Friday, September 26, 2014

MALAYSIA:::Education Ministry flayed for no minimum wage / 'Mana gaji minimum tukang cuci, jaga sekolah?'


Berapa orang wakil NGO berhimpun di hadapan pejabat Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan penjelasan berhubung bayaran gaji minimum untuk tukang cuci dan pengawal keselamatan di sekolah.

Menurut Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), tinjauan yang dijalankan oleh mereka menunjukkan pekerja berkenaan hanya menerima bayaran RM650 sebulan.

Tinjauan itu dijalankan ke atas 16 buah sekolah dan 14 kontraktor.

"Jika kerajaan tidak dapat memastikan bahawa pekerja ini dibayar mengikut gaji minimum, bagaimana ia boleh mengawal pihak lain?

"Jagalah kementerian sendiri dan laksanakan cadangan gaji minimum RM900 sebulan,” kata setiausaha agung PSM, S Arutchelvan.

Sementara itu, penyelaras unit pekerja JERIT, Sivaranjani Manikam memberitahu pemberita bahawa para pekerja berasa takut untuk tampil ke hadapan kerana bimbang dipecat oleh majikan mereka yang merupakan kontraktor kementerian.

NGO berkenaan turut mendakwa, caruman Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial pekerja berkenaan juga tidak dibayar.

Memorandum NGO terbabit diterima oleh ketua unit media kementerian tersebut, Ab Kahar Harun yang memberitahu pemberita bahawa mereka tiada bidang kuasa dalam menetapkan gaji pekerja berkenaan.

"Kita boleh tamatkan khidmat kontraktor terlibat, tetapi bukan kewajipan kami untuk memaksa kontraktor membayar gaji minimum.

"Ia bukan dalam bidang kuasa kami. Mereka (NGO) perlu tanya Kementerian Sumber Manusia,” tegasnya.

Bagaimanapun, Ab Kahar berkata invois yang dihantar menunjukkan bahawa mereka telahpun memindahkan dana ke setiap negeri, yang kemudiannya akan disalurkan ke sekolah.

"Tidak kiralah jika invois diundur tarikh. Selagi ada invois, gaji akan dibayar,” katanya yang menambah, kontraktor boleh membuat tuntutan dari kementerian jika terpaksa membuat bayaran tambahan.

Ab Kahar berkata, Ab Kahar berkata ia bukan tugas yang mudah untuk menemui setiap kontraktor kerana ia melibatkan lebih 45,000 syarikat di Malaysia.

Menurut NGO terbabit, kementerian telapun berjanji untuk menjalankan semakan menyeluruh ke atas 14 buah sekolah yang ditinjau oleh PSM dan JERIT menjelang akhir bulan ini.

Education Ministry flayed for no minimum wage

Several NGOs today staged a brief protest in front of the Education Ministry, demanding to know why cleaners and security guards at some schools were not being paid the minimum wage.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) and Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) said in a survey they conducted in 16 schools, 14 have contractors who were paying their workers as low as RM650 a month.

"If the government cannot even ensure that these workers are paid according to the minimum wage, how will it control smaller establishments?
"Keep your house in order and implement the proposed minimum wage of RM900 a month," PSM secretary-general S Arutchelvan (right) said.

Jerit’s workers unit coordinator Sivaranjani Manikam told reporters that workers were afraid to come forward as they fear being sacked by their employers, who are contractors to the ministry.

The NGOs also claimed that most of the workers' EPF and Socso contributions are also not paid.

Accepting the memorandum from the NGOs was the education ministry's media head Ab Kahar Harun who told reporters they have no jurisdiction in the handling of wages.

"We can terminate the contractors involved, but it is not our obligation to force the contractors to pay the minimum wage.

"It's not in our jurisdiction. They (NGOs) need to ask the Human Resource Ministry," he stressed.

Wages paid based on invoice

However, Ab Kahar said they have always transferred funds to the respective states which will then be channeled to the schools, according to the invoices sent.

"It doesn't matter if the invoices are backdated. As long as there's an invoice, wages will be paid," he said adding that the contractors can actually claim from the ministry if they had to pay more.

Ab Kahar also said that it is not an easy task to meet every contractor as there are more than 45,000 in Malaysia.

According to the NGOs, the ministry had promised to conduct a through check on the 14 schools surveyed by PSM and Jerit by the end of this month.

1 comment:

  1. Mmg pun ramai pekerja yg tidak dibayar gaji minimum terutama yg di bawah kerja kontrak utk perkhidmatan walaupun ada di jabatan krj / kementerian .... cthnya kami di pusat pemulihan dakam komuniti di bwh jbtn kebajikan masyarakat yg mengsubkontrakkan kpd komuniti wp elaun tidak dibayar oleh pengerusi ttp oleh jbtn kebajikan masyarakat. ... nama gaji pun tak mampu apatah lg sosco ....fikir fikirkanlah ye jgn berat sebelah ...

    ReplyDelete