Friday, September 5, 2014

MALAYSIA:::Senator Syed Shahir : 5.8 juta pekerja asing angka mencemaskan, apa perancangan kerajaan?

pekerja swastaSHAH ALAM, 5 SEPT: Senator Dewan Negara, Syed Shahir Syed Mohamud berpendapat Kerajaan Pusat masih gagal untuk menurunkan jumlah kebergantungan terhadap pekerja asing dan angka tersebut disifatkan mencemaskan.
Katanya, jumlah 5.8 juta tenaga kerja asing yang disebutkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot adalah tinggi memandangkan secara keseluruhan negara mempunyai hampir 13 juta tenaga kerja.
Menurutnya lagi, sebelum ini pernah disuarakan suatu ketetapan yang menyebut jumlah pekerja asing di negara ini perlu diturunkan pada satu angka pada 2015.
“Angka disebut amat mencemaskan kerana angka itu amat besar iaitu hampir 6 juta. seperti yang kita maklum jumlah tenaga kerja yang ada di Malaysia adalah hampir 13 juta. jadi bermakna lebih daripada 40 hingga 50 peratus tenaga kerja.

Syed-Shahir-Syed-Mohamud“Kita tidak menentang tetapi kita tahu tenaga kerja ini menyumbang kepada pembangunan negara dalam maa yang sama juga pemerintah kena serius dalam isu ini.
“Siapa yang patut disalahkan? Ini yang patut ditekankan. Yang membawa masuk itu sudah tentu kontraktor dan agen tetapi yang mengeluarkan permit ataupun lesen siapa dia? Atas petimbangan apa lesen ini dikeluarkan?,” katanya kepada Selangor Kini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot sebelum ini menarik perhatian terhadap lambakan pekerja asing dalam negara ketika ini iaitu kira-kira 5.8 juta orang.
Katanya, hanya separuh dari jumlah itu, atau kira-kira 2.9 juta adalah pekerja sah, dan ini merupakan situasi yang agak merisaukan.
Kata bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ini, kemasukan pekerja ini adalah sedikit sebanyak menjejaskan pekerja tempatan dan ia perlu diberikan perhatian.
“Gaji yang ditawarkan kepada pekerja luar secara relatifnya agak rendah walaupun ada yang mengatakan kosnya amat tinggi.

“Oleh hal yang demikian ini akan mendorong gaji pekerja tidak akan naik,” tambahnya lagi.
Menyentuh soal produktiviti beliau menjelaskan, penggunaan terlalu ramai pekerja asing dilihat mampu mengakibatkan pihak industri lebih menumpukan kepada penggunaan tenaga kerja dengan kos yang lebih rendah berbanding membeli jentera yang lebih mahal.
“Kalau bercakap mengenai produktiviti dan sebagainya, dengan tenaga pekerja asing untuk industri tidak memerlukan kemahiran, jadi akhirnya pemain industri tidak akan meningkatkan teknologi industrinya.
“Ini kerana mereka beranggapan membawa masuk pekerja luar lebih murah daripada membeli jentera yang jauh lebih mahal,” kata beliau lagi.

sumber:::http://wargamarhaen.blogspot.com

JOM TONTON ........... suka duka dalam perjuangan ...... demi memertabatkan kaum pekerja .........







Message to TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY - Press Release ::: Press Report for DRB Group – Termination action against workers exercising their political rights is abhorred.

Message to TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY - Press Release ::: Press Report for DRB Group – Termination action against workers exercising their political rights is abhorred.

No comments:

Post a Comment