KENYATAAN AKHBAR RUM
BAGI MEMBALAS KENYATAAN SPAD TELAH DI FAKS KAN KE KETUA PENGARANG AKHBAR BERITA HARIAN. 23 Jun 2014 Kepada : Ketua Pengarang Akhbar Berita Harian
KENYATAAN AKHBAR BANTAHAN SEKERAS-KERASNYA PENUTUPAN OPERASI LANDASAN GUA MUSANG – GEMAS ARAHAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DARAT (SPAD)
Dengan segala hormatnya, saya ingin merujuk kenyataan akhbar tuan hari ini 23 Jun 2014, di muka surat 14 dan 15 yang telah menunjukan lawatan Ybhg Tan Sri Dato Hamid Albar, Pengerusi SPAD yang telah melahirkan kerisauan dari aspek keselamatan landasan di sektor Gua Musang – Gemas berkemungkinan boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini serta memutuskan untuk mengekalkan arahan penutupan landasan Gua Musang – Gemas pada 27 Jun 2014.