Thursday, August 25, 2016

MALAYSIA:::Pekerja kontrak 15 tahun diserap ke jawatan tetap

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata mulai Julai tahun ini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuka peluang kepada pekerja kontrak kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun untuk diserap ke dalam perkhidmatan tetap.

Beliau berkata perkara itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 15,000 kakitangan kontrak kerajaan di seluruh negara dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat.
"Pada masa ini kita masih dalam proses pemilihan dan terdapat beberapa aspek yang akan dilihat, khususnya dari segi disiplin dan kesihatan pegawai kontrak berkenaan.

"Penyerapan ke jawatan tetap itu terbuka untuk kakitangan gred rendah hingga ke gred profesional bagi semua jawatan dalam kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Outreach SPA di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini hari ini.

Sementara itu, Entulu berkata SPA telah menerima sebanyak 1,385,460 permohonan di seluruh negara dalam tempoh Januari sehingga Julai tahun ini.

"Daripada jumlah itu seramai 77,349 pemohon telah dipanggil temu duga dan jumlah yang hadir pada temu duga hanya seramai 44,175 pemohon. Setakat ini jumlah calon yang telah dilantik dan menerima surat tawaran dalam pelbagai sektor kerajaan adalah seramai 9,506 orang," katanya.

Beliau berkata, daripada 1,385,460 pemohon, sebanyak 168,628 adalah pemohon  dari Sabah dan daripada jumlah itu sebanyak 4,939 telah dipanggil temu duga dan 746 calon dilantik ke pelbagai jabatan.
Mengulas mengenai Karnival Kerjaya dan Outreach SPA itu, Entulu berkata ia akan memberi manfaat kepada pemohon pekerjaan di Sabah bagi mempersiapkan diri untuk memasuki alam pekerjaan dalam pelbagai sektor.
"Pada karnival ini pegawai SPA akan memberikan taklimat kerjaya beserta tips untuk menghadiri temu duga dan peperiksaan yang dikendalikan oleh SPA.

"Ini penting kerana antara faktor utama yang menyebabkan seseorang graduan tidak mendapat tawaran pekerjaan walaupun mempunyai akademik yang cemerlang ialah disebabkan tiada keyakinan, penampilan diri tidak menarik semasa temu duga atau tidak menepati ciri-ciri pekerja yang diperlukan," tambah beliau. 
Beliau berkata antara aktiviti utama yang diadakan pada karnival berkenaan ialah ceramah kerjaya dan panduan temu duga kepada para pelajar di Sabah serta pemohon pekerjaan dari pelbagai lapisan masyarakat.
"Selain itu terdapat pelbagai agensi kerajaan yang lain turut serta bagi mempamerkan fungsi dan peranan mereka kepada orang awam. Antara agansi berkenaan ialah Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia  dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia," katanya. - Bernama

Datuk Joseph Entulu Belaun
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun ketika merasmikan Karnival Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini. - Foto Bernama

Azeman Bin Omar, Mangsa Ke-4 Bank Muamalat

Pada Isnin Ogos 22, 2016 - Azeman Bin Omar kembali bekerja ke tempat asalnya di Bank Muamalat, Sg Petani selepas cuti sakit yang panjang hanya untuk menjadi mangsa keempat yang diganggu dan dibuli oleh Bank Muamalat.

Pengurus Cawangan Puan Syarifah Norasiah bt. Aidid Syed Abdullah enggan membenarkan dia duduk di tempat kerja beliau sebaliknya membuat dia menunggu berjam-jam; kemudian membuat dia duduk di atas sofa yang kurang selesa walaupun ketidakselesaan yang dirasai dia akibat daripada batu karang yang dideritainya.

Azeman kekal di lobi perbankan di atas sofa dari lebih kurang jam 10.00 pagi hingga 5.45 petang. Puan Syarifah Norasiah langsung tidak peduli tentang perkara ini.
Pada keesokan harinya, 23 Ogos 2016, Azeman Bin Omar tidak dibenarkan masuk ke cawangan Bank langsung.

Pada 9.37 Azeman menerima panggilan daripada Jabatan Sumber Manusia untuk berjumpa dengan Pengurus Cawangan. Apabila dia berbuat demikian, dia menerima surat cuti tanpa rekod sehingga 20 September 2016 kononnya pertimbangan untuk dia pulih semula tetapi selepas itu, dia mesti melaporkan diri ke cawangan Besut, Terengganu pada 21 September 2016.
Semua drama terhadap ini Azeman meskipun terdapat perjanjian antara Bank Muamalat dan NUBE melalui peguam masing-masing untuk Azeman melaporkan ke tempat asalnya kerja di Sg. Petani Branch lanjutan daripada semangat Injunksi Mahkamah Tinggi keatas tiga pekerja lain (3) yang telah menjadi mangsa demi memenuhi paranoia Pihak Pengurusan Bank Muamalat untuk menghalang Azeman daripada kembali ke Sg, Petani Branch.

Azeman adalah mangsa ke-4 plot jahat Bank Muamalat dirancang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dato Redza dan COO Peer Mohamed Ibramsha.

*****************************************************************************

Azeman Bin Omar, Bank Muamalat 4th Victim

On Monday, 22 August 2016 - Azeman Bin Omar returned to work to his original place of work at the bank, Sg Petani after long sick leave only to become the fourth victim to be harassed and bullied by Bank Muamalat.

The Branch Manager Puan Sharifah bt Norasiah. Aidid Syed Abdullah refused to allow him to sit at his work station instead made him wait for hours; then made him sit on a sofa fitted poorly despite the discomfort he felt from the kidney stones he suffered.

Azeman remained at the banking hall on the sofa from 8:45 am to 5.45pm. Puan Sharifah Norasiah was the least bothered about this.

On the next day, 23 August 2016, Azeman Bin Omar was not allowed to enter the bank branch.
At 9:37 Azeman received a call the HR Department to see the Branch Manager. When he did, he received a letter that placed him on unrecorded leave till 20 September 2016 guised as a purported consideration recover but after that, he must report to Besut, Terengganu on 21 September 2016.

All this drama against Azeman despite the agreement between the bank and the union through their respective lawyers for Azeman to report to his original place of work at Sg. Farmers Branch in the spirit of the High Court Injunction on the other three (3) victimised workers was just to satisfy the paranoia of Bank Management to prevent Azeman from returning to Sg, Petani Branch ..

Azeman is the 4th victim of the Bank devilish plot orchestrated by CEO Dato Redza and COO Peer Mohamed Ibramsha.

MALAYSIA::Diskriminasi Wanita Hamil Wajar Dihentikan


Diskriminasi Wanita Hamil Wajar Dihentikan Beri Peluang Seimbang
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DALAM beberapa hari lagi negara akan meraikan ulang tahun ke-59 Hari Kemerdekaan. Di sebalik keriangan yang terpancar di wajah rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, hasil kajian Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) yang menunjukkan adanya diskriminasi dan penindasan dilakukan ke atas wanita hamil di sektor swasta dari segi dibuang kerja, disekat kenaikan pangkat, diberhentikan kerja dan tempoh percubaan dilanjutkan. Ia bertentangan dengan semangat Akta Kerja, Akta Perhubungan Perusahaan dan juga Perlembagaan Persekutuan.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memandang berat hasil kajian WAO. Hasil kajian dan syor-syor yang disenaraikan memerlukan tindakan banyak pihak khususnya majikan. Pada pandangan MTUC kes-kes ini bukan sesuatu yang abnormal. Ia telah beberapa kali dibawa ke perhatian MTUC. Pekerja-pekerja wanita didiskriminasi sedangkan peruntukan perundangan telah menggariskan ketetapan sebaliknya, di mana setiap pekerja tidak kira gender wajar harus diberi ruang pekerjaan dan penggajian sama rata demi kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.

Wednesday, August 24, 2016

MALAYSIA:::Positive outlook, businesses picking up this year after challenging 2015

Malaysian manufacturers noted business conditions in the first half of the year have improved and the outlook for the rest of the year is more positive. Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) president Tan Sri Saw Choo Boon said after a challenging 2015, capital investment and business activities have picked up in the first half of this year. "Business activities among manufacturers have picked up amid volatility in the global export market," he told reporters at a briefing to present the findings of the FMM-MIER Business Conditions Index here today.

Malaysian Law 69572 AWARD 23674 (Status pekerjaan Pihak Menuntut sebagai “Fixed-Term Contract” tetapi sebenarnya status pekerjaan Pihak Menuntut adalah bersifat tetap (“Permanent”) atas alasan berikut:-)

Malaysian Law 69572 AWARD 23674

 Status pekerjaan Pihak Menuntut sebagai “Fixed-Term Contract” tetapi sebenarnya status pekerjaan Pihak Menuntut adalah bersifat tetap (“Permanent”) atas alasan berikut:-

a) Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (“CEO”) atau setaraf dengannya di Responden bersifat hakiki serta tetap dan akan terus wujud selagi mana syarikat Responden terus beroperasi walaupun selepas Pihak Menuntut ditamatkan perkhidmatannya.

 b) Jawatan Pihak Menuntut di syarikat Responden tidak bersifat sementara untuk menguruskan sesuatu projek khas sahaja yang mempunyai masa bermula dan tamat. 

c) Perkhidmatan Pihak Menuntut telah dilanjutkan sekali oleh syarikat Responden dengan tambahan kenaikan gaji, elaun serta insentif sebelum ini.

 d) Tiada tarikh yang jelas menyatakan bila perkhidmatan Pihak Menuntut bermula dan berakhir di dalam terma kontrak perkhidmatan. 

Pihak Menuntut mendakwa Responden telah menamatkan perkhidmatan secara tidak sah di sisi undang-undang tanpa alasan yang adil, kasar, tergesa-gesa dan memalukan. Pihak Menuntut juga memohon untuk diambil bekerja semula dengan Responden ke jawatan asalnya dan lain-lain tuntutan yang dinyatakan di dalam pernyataan kes.

 Pihak Responden menyatakan bahawa Responden telah melakukan penamatan perkhidmatan kepada pihak menuntut mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh undangundang pekerjaan dan penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut telah dilakukan secara sah di sisi undang-undang pekerjaan.

BEBAN PEMBUKTIAN

 Dalam kes Telekom Malaysia Kawasan Utara v. Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut:

 “Mahkamah Perusahaan tidak perlu dibebankan dengan segala perkara-perkara teknikal berkenaan perbezaan beban bukti atau rukun keterangan atau prosedur yang perlu dipakai dalam mahkamah undangundang. 

Mahkamah Perusahaan mesti dibenarkan untuk menjalankan prosidingnya sebagai satu 'mahkamah timbangtara' dengan membenarkan beberapa kelonggaran bertujuan bagi mencapai satu keputusan asalkan ia mengambil kira keteguhan merit dalam kes dan membuat keputusan menurut ekuiti dan dengan kemurnian.

 Representasi oleh Menteri kepada Mahkamah Perusahaan tidak boleh ditakrifkan sebagai 'sivil' atau 'jenayah' dengan beban kebuktian yang berbeza bagi setiap klasifikasi. Dengan demikian dalam pendengaran kes tuntutan ketidakadilan pemecatan dimana pekerja dipecat berdasarkan pertuduhan kesalahan jenayah seperti kes curi harta syarikat.

 Mahkamah Perusahaan tidak perlu memenuhi kehendak melangkaui batasan keraguan bahawa kesalahan itu telah dilakukan. Beban kebuktian yang perlu dipakai adalah standard sivil iaitu imbangan 10 kebarangkalian yang fleksibel supaya kadar kebarangkalian yang diperlukan sesuai dengan jenis dan graviti isu yang dibicarakan.”

Di dalam Advanced Ceremics Technology (M) Sdn. Bhd. Vs Chong Kok Foo & Mahkamah Perusahaan Malaysia (2014) 1 LNS 1365 memberi garis panduan apakah itu “fixed term contract”.

 Berdasarkan kes Low Ching Hock vs Malcon Rep Haulage (M) Sdn. Bhd & Anor (2014) 2 LNS 1001 

Mahkamah telah memutuskan bahawa ‘Contractual Termination” juga adalah bentuk ‘dismissal’ untuk tujuan Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. 

Fakta kes ini menunjukkan bahawa perkhidmatan Pihak Menuntut bertarikh 23hb Julai 2013 berdasarkan terma kontrak dan tanpa alasan-alasan lain merupakan “termination simpliciter”. 

Mahkamah merujuk kepada kes Dr. A. Dutt vs Assunta Hospital (1981) 1 LNS 5 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan “termination simpliciter” berdasarkan terma kontrak adalah merupakan suatu penamatan perkhidmatan tanpa alasan adil dan munasabah.

Remedi

 Dalam kes ini setelah mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan Mahkamah berpendapat bahawa perlantikan semula ke jawatan asal bukan remedi yang bersesuaian memandangkan tempoh ‘fixed term contract” telah tamat pada 31hb Disember 2013. 

Mahkamah merujuk kepada kes Ravindran Ayasamy vs Malaysia Design & Innovation Centre (2009) 2 ILR 102 dan memutuskan Pihak Responden untuk membayar gaji untuk 5 bulan mengambil kira daripada tarikh penamatan perkhidmatan sehingga kontrak perkhidmatan yang sepatutnya tamat pada 31hb Disember 2013.



Image result for mahkamah perusahaan di malaysia

Monday, August 22, 2016

MALAYSIA:::Masing ticks off MTUC over statement on Petronas issue

KUCHING: The state government is not that ‘stupid’ to prioritise employment for Sarawakians at the expense of quality, says Deputy Chief Minister Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.
“Don’t assume that Sarawak government prioritises the need for local interest at the expense of quality. We aren’t stupid,” he said.

Friday, August 19, 2016

PENDIDIKAN::: Cuti Umum (Public Holiday)

 Cuti Umum (Public Holiday)

1   Seorang pekerja berhak mendapat 11 hari dalam setahun sebagai Cuti Umum. Bilangan  hari Cuti Umum ini dipilih oleh majikan dari sekian banyak bilangan dan jenis cuti umum yang diwartakan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, dan dimaklumkan kepada semua pekerja sebelum bermulanya tahun yang baru.

2   Bilangan hari Cuti Umum ini boleh ditambah oleh majikan jika ia bersedia berbuat demikian.

3   Daripada bilangan 11 hari itu tadi (atau bilangan tambahan oleh majikan), 5 hari mestilah terdiri dari hari-hari berikut:

(a)   Hari Kebangsaan
(b)   Hari Malaysia
(c)   Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong
(d)   Hari Keputeraan Sultan atau Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah Persekutuan
(e)   Hari Pekerja

4   Bakinya boleh dipilih oleh majikan. Hari-hari cuti umum lain ini boleh ditukar ganti dengan hari cuti yang lain atau dipindahkan kepada hari yang lain tetapi hendaklah dengan persetujuan pekerja.

5   Satu lagi Cuti Umum ialah cuti umum yang diumumkan oleh kerajaan secara tiba-tiba. Contohnya: kerana pilihanraya umum, atau Malaysia menang Piala Dunia (bolasepak). Cuti yang diisytiharkan secara tiba-tiba ini dibuat di bawah Akta Hari Kelepasan Am 1951. Walaupun majikan mesti memberi hak cuti umum ini kepada pekerja tetapi ia boleh memilih untuk memberi cuti ini (mengganti) pada satu tarikh yang lain.

6   Jika hari Cuti Umum itu jatuh pada hari Cuti Rehat Mingguan, atau jatuh pada datu lagi hari Cuti Umum yang lain, maka hari kerja berikutnya hendaklah digantikan sebagai hari Cuti Umum bergaji.

7   Jika hari Cuti Umum atau hari yang diganti jatuh semasa pekerja dalam Cuti Sakit, atau sedang dalam Cuti Tahunan, atau dalam Cuti Perkeso, pekerja itu mesti diberi hari Cuti Umum yang lain sebagai ganti.