Saturday, October 29, 2016

Mengapa Islam Menggalak Kesatuan Sekerja

Pandangan lslam terhadap buruh atau kesatuan sekerja amat mendukacitakan. Kebanyakan pemikir-pemikir Islam kurang arif tentang hal perburuhan. Minoritinya telah menulis secara mudah dan juiur akibat dari kurang pendedahan. Kisah-kisah Nabi Nuh sebagai tukang kayu, Nabi ldris sebagai tukang jahit, Nabi Musa dan Nabi Muhamnad sebagai pengembala kambing. Dua atau tiga Hadis mengenai pekerjaan selalu disebut tetapi ini sahajalah bahan mengenai perburuhan yang dimiliki oleh para pemikir Islam tradisional. Kebanyakan daripada mereka yang telah menulis mengenai perburuhan cuba mengelak daripada menyebut isu kesatuan sekerja seolah-olah perkara tersebut adalah menjadi pantang-larang. Malahan setengah daripada mereka percaya bahawa kesatuan sekerja tidak selaras dengan lslam dan peraturan-peraturannya.
Sikap ini tidak berasas sekali dan sebab utamanya ialah kerana mereka kurang arif dan kurang pendedahan terhadap isu kesatuan sekerja. Mereka tidak mendapati apa-apa rujukan mengenainya di kitab-kitab Fiqh, Hadis atau Tafsir yang ditulis 10 abad yang lalu. Kesudahannya, terjadilah suatu jurang pemisahan yang besar diantara pemikir-pemikir Islam moden dan pemikir-pemikir Islam tradisional mengenai isu yarg penting ini. Inilah sebab utamanva dan bukannya perbezaan di antara nilai Islam dan kewujudan kesatuan sekerja.