Monday, February 2, 2015

MALAYSIA:::Razak: Minta maaf 3 bulan di FB tak logik


Pemohonan maaf harian tiga bulan kepada kepimpinan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam media sosial "tidak logik dan tidak masuk akal", kata Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) Abdul Razak Md Hassan.
"Dia suruh saya minta maaf dekat Facebook dan blog tiga bulan setiap hari. Mula-mula setahun selepas itu diskaun enam bulan, selepas itu diskaun tiga bulan. (Tindakan ini) tidak logik dan tak masuk akal.

"Mana ada undang-undang kita kata tiga bulan minta maaf. Mana undang-undang dia pakai? Dalam negara kita pun paling lama minta maaf cuma tiga hari, kalau kena saman (harus mohon maaf) tiga hari,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

MALAYSIA:::Presiden kesatuan KTMB rela menganggur, enggan mohon maaf setiap hari di Facebook

Presiden kesatuan pekerja KTMB, Abdul Razak Md Hassan berkata walaupun beliau menasihati pekerja menerima syarat KTMB, dia sendiri tidak akan mengalah dan akan mencabar syarikat itu di bawah Akta Perhubungan Perusahaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2015.
Presiden kesatuan pekerja KTMB, Abdul Razak Md Hassan berkata walaupun beliau menasihati pekerja menerima syarat KTMB, dia sendiri tidak akan mengalah dan akan mencabar syarikat itu di bawah Akta Perhubungan Perusahaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Februari, 2015.

Diminta memohon maaf kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) setiap hari di Facebook dan di blog selama tiga bulan akan datang jika beliau mahu mendapatkan semula kerjanya, presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) menyifatkan syarat itu umpama dikenakan tebusan dan enggan mengalah.

MALAYSIA:::Majikan didakwa halang penubuhan kesatuan pekerja ( 2 MARCH 2005 )

Beberapa kilang pemasangan kenderaan gergasi didakwa menggunakan tindakan mahkamah untuk menghalang pekerja mereka daripada menubuhkan kesatuan sekerja di kilang masing-masing.

Malah, Presiden Persatuan Pengeluar dan Pembekal Alat-alat Ganti Kenderaan dan Sekutu, Muda Ismail mendakwa, mereka juga menggunakan `orang berpengaruh' termasuk tokoh-tokoh politik untuk mempengaruhi pekerja kilang masing-masing daripada menubuhkan kesatuan sekerja.