Saturday, April 18, 2015

MALAYSIA:::Jawatankuasa khas caj perkhidmatan bermesyuarat Isnin ini

Jawatankuasa Caj Perkhidmatan yang ditubuhkan bagi mengkaji prosedur pelaksanaan caj perkhidmatan di negara ini akan mengadakan mesyuarat buat kali ke-4 Isnin ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata, masih banyak fasa perbincangan perlu dibuat untuk mencapai persetujuan kolektif daripada semua pihak.
Beliau berkata, jawatankuasa melibatkan Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu perlu membuat kajian mendalam kerana tiada undang-undang khusus atau agensi yang mengawal selia pelaksanaan caj perkhidmatan itu.

MALAYSIA:::'Gerakan demonstrasi di M'sia belum matang'

Gerakan demonstrasi di negara ini masih lagi belum matang kerana dikuasai oleh parti politik kata aktivis dan bekas tahanan ISA Abdul Malek Husin.

Menurut Malek, gerakan yang ada di Malaysia berbeza dengan di luar negara seperti Filipina, Indonesia dan Hong Kong memandangkan hala tuju gerakan tersebut hanya menjurus ke arah matlamat sesebuah parti.
"Ia belum matang. Yang menyebabkan ia terbenam ialah pergerakan kepartian yang menguasai pergerakan (demonstrasi). Penentangan dan perbezaan dengan pemerintah itu lebih terarah kepada penentangan yang menjurus kepada pergerakan kepartian.

"Parti politik yang menguasai (gerakan). Di Malaysia berbeza seperti di Filipina, Indonesia. Jauh sekali berbeza dengan di Hong Kong," katanya dalam forum Black 14 Reformasi ke #KitaLawan anjuran Malaysiakini di Petaling Jaya, malam tadi.

MALAYSIA:::MTUC: Ministers confusing public over service charge

SUBANG JAYA: The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) today criticised ministers for “confusing” the public regarding the 10% service charge subjected to consumers, mostly in hotels and some restaurants.
“I think it is wrong for the Ministers to confuse, not only hotel and restaurant employees, but the general public as well,” MTUC Secretary-General N Gopal Krishnam told the media here today.
“All these years I’ve been paying the 10% service charge, and now due to the minister’s statement, I’m thinking if I should pay the charge or not. He has created confusion among Malaysians.”

Wujudkan gaji minimum Asean, kata Dr Jeyakumar