Pembuangan kerja Pihak Menuntut berlaku pada 31hb Julai 2013 dan masa itu gaji terakhir beliau adalah RM5,396.65 sebulan. Menurut Pihak Menuntut beliau telah bekerja semula pada 1hb Oktober 2013 dengan gaji sebanyak RM6500.00 sebulan dan kemudian pada 1hb Oktober 2014 hingga sekarang bekerja di Hotel Adya dengan gaji sebanyak RM4,000.00 sebulan. Adalah menjadi amalan Mahkamah apabila mengawardkan bayaran gaji kebelakangan bayaran adalah tidak melebihi 24 bulan dari tarikh penamatan kerja tersebut dengan berdasarkan kepada gaji akhir Pihak Menuntut yang telah dibuang kerja tanpa sebab dan alasan yang munasabah dan adil.
Untuk bayaran gaji kebelakangan Mahkamah mengawardkan bayaran seperti berikut :
RM5,396.65 x 24 bulan = RM129,519.60
Kurangkan 50% kerana mendapat pekerjaan pada 1hb Oktober 2014.
=RM64,759.80
Pampasan sebagai pengembalian ke jawatan asal:
Adalah juga menjadi amalan Mahkamah untuk mengawardkan pampasan sebagai ganti rugi pengembalian ke jawatan asal berdasarkan kepada formula satu bulan gaji bagi setiap tahun genap, perkhidmatan Pihak Menuntut dengan pihak Responden.
Pihak Menuntut telah mula berkhidmat sejak tahun 2002 sebagai Admin Assistant. Beliau telah dipecat secara konstruktif pada 31hb Julai 2013, maka jumlah pampasan adalah 10 bulan sebagai gantirugi pengembalian ke jawatan asal
RM5,396.65 x 10 = RM53,966.50
Perintah
Mahkamah dengan ini memerintahkan Panorama Langkawi Sdn Bhd untuk membayar kepada Pihak Menuntut sejumlah RM118,726.30 melalui peguam Tetuan Aswandi Hashim & Co dalam tempoh 30 hari dari tarikh award ini diturunkan.
DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 19hb APRIL 2016.
Nurul Zuwaibah Binti Ahmad v Panorama Langkawi Sdn Bhd
Award No. 465 of 2016; Industrial Court
Date of Judgment: 19 April 2016 | Source: Industrial Court