Tuesday, January 3, 2017

'Workers not paid enough to meet normal standard of living'

 Workers in the country are not being paid the right amount to manage the increasing cost of living, the country's top trade unionist has claimed.
Newly-elected MTUC general-secretary J. Solomon said a large population of workers are living on borrowed income, adding that in the middle of last year Bank Negara announced the nation's household debt was 89.9% of the gross domestic product.

APA ITU PEMBUANGAN TERANCANG @ Pemecatan konstruktif @ CONSTRUCTIVE DISMISSAL?

Constructive Dismissal ini adalah merupakan satu kaedah yang dibenarkan oleh undang-undang yang memberikan hak kepada pekerja untuk menamatkan kontrak perkhidmatan dengan majikan. 

Ia dibenarkan oleh undang undang.

Constructive Dismissal membolehkan anda untuk berhenti daripada pihak Syarikat kerana disebabkan majikan sudah menunjukkan sikap tidak mahu mematuhi kontrak perkhidmatan. 

Anda boleh menamatkan kontrak perkhidmatan jika majikan anda bersalah sehingga sampai kepada dasar kontrak antara pekerja dan majikan. 

Apa maksud majikan bersalah? Nanti saya akan cerita kesalahan-kesalahan majikan yang boleh jadi sebab untuk anda buat Constructive Dismissal. Atau dalam keadaan majikan sudah menunjukkan sikap tidak mahu mematuhi lagi kontrak perkhidmatan. Ini adalah berdasarkan kepada kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah di dalam kes  Wong Chee Hong v. Cathay Organisation Malaysia Sdn Bhd [1987] 1 MELR 32; [1987] 1 MLRA 346; [1988] 1 MLJ 92; [1988] 1 CLJ 298



Jadi jika anda hendak berjaya di dalam tuntutan Constructive Dismissal maka anda perlu tunjukkan majikan adalah bersalah kerana telah pecah mungkir kontrak sehingga sampai kepada dasar kontrak. Tak faham tak pe. Jangan risau. Baca sahaja dulu. Atau pekerja perlu tunjukkan majikan sudah tidak ada lagi niat untuk ambil anda bekerja. Ini adalah sebagai mana yang diputuskan oleh Mahkamah di dalam kes Bayer (M) Sdn Bhd v. Anwar Bin Abd Rahim [1995] 4 MLRH 53; [1996] 2 CLJ 49  



Perlu diingat bahawa dalam setiap kontrak perkhidmatan antara anda dengan majikan adanya satu terma yang tersirat bahawa majikan anda tidak boleh tanpa sebab yang munasabah membuat tindakan yang memusnahkan hubungan kepercayaan antara majikan dengan anda (trust and confidence). Majikan anda sama sekali tidak boleh musnahkan hubungan kepercayaan yang ada sebagaimana dalam kes Quah Swee Khoon v. Sime Darby Bhd [2000] 1 MLRA 856 at p 865; [2000] 2 MLJ 600; [2000] 1 CLJ 9; [2000] 2 AMR 2265 


Ada juga keadaan di mana anda sebagai pekerja boleh menganggap diri anda sudah kena Constructive Dismissal bila ada banyak siri-siri kejadian penindasan yang telah berlaku. Penindasan berlaku secara berterusan sehingga memecah mungkir terma tersirat kepercayaan dan keyakinan. Ini adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Alan Thomas Bohlsen v. Draftworldwide Sdn Bhd [2009] 9 MLRH 446; [2009] 8 MLJ 461


Ada satu prinsip yang menarik telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Moo Ng v. Kiwi Products Sdn Bhd Johor & Anor [1998] 3 MELR 116; [1998] 3 CLJ 475 di mana Constructive Dismissal adalah merupakan satu prinsip undang-undang yang memberikan kehidupan kepada pekerja yang telah dibuang secara tidak munasabah. Constructive Dismissal boleh berlaku secara terang atau tersirat bila ada pelanggaran terma-terma kontrak.

sumber maklumat dari:::http://auzansazali.blogspot.my 

Related image