Cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun adalah tidak rasional kerana perkara itu melibatkan hak pekerja.
Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Zainal Ismail berkata, perkara itu juga perlu dibincangkan bersama pihak-pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan dibuat.
Katanya, tempoh pengeluaran tersebut adalah tidak relevan memandangkan pada usia itu kebanyakan pekerja memerlukan wang untuk pelbagai rancangan seperti menampung kos perubatan dan sara hidup.