Tekanan yang terlampau di tempat kerja boleh membawa kepada sakit mental.
Mereka yang tidak mampu mengawal tekanan dikatakan boleh menyumbang ke arah sakit
mental.Kajian menunjukkan kalangan wanita sering menghadapi tekanan dalam kehidupan
seharian.
Pengabaian faktor kesihatan mental terutama berkaitan dengan tekanan perlu ditangani
segera supaya masalah seperti kemarahan, keganasan dan kemurungan sehingga
membawa kepada kejadian bunuh dapat dielakkan. Usaha mengatasinya mestilah bermula
dari dalam rumah tangga itu sendiri, selain itu terdapat juga keadaan di tempat kerja.
Tempat kerja adalah tempat kedua selepas seseorang itu berada di luar rumah.
Suasana di tempat kerja juga sangat penting ke arah menyumbang kepada keharmonian
dan ketenteraman jiwa.Jika di tempat kerja banyak menimbulkan masalah dan konflik, ia
akan membawa kepada permasalahan kepada seseorang khususnya dalam kehidupannya.
Semuanya merangkumi psikososial di tempat kerja, ia akan merugikan pekerja selain
memberi kesan secara langsung kepada kecekapan, keberkesanan dan hasil sesuatu
perusahaan jika tidak diberi perhatian dan diuruskan dengan baik. Mengatasi dengan
mengelakkan kemurungan adalah langkah terbaik bagai menghindari sakit mental.
Lantaran itu, Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye berkata,
keutamaan bagi promosi dan peningkatan kesihatan mental di kalangan rakyat negara ini di
semua peringkat umur perlu diberi keutamaan serta dijadikan sebagai agenda utama
kesihatan mental pada setiap masa.Katanya, dalam hal ini, majikan perlu memberi
pertolongan dan bantuan dalam bentuk
kaunseling dan rawatan kepada pekerja didapati menderita penyakit mental dengan
mengambil kira kekerapan sakit, tiadanya laporan, kemalangan pusing-ganti pekerja.
Kajian menunjukkan 11.3 peratus daripada 28.3 juta rakyat di negara ini yang mempunyai
masalah mental dan sekiranya golongan ini tidak diberikan rawatan sempurna, dikhuatiri
lebih ramai akan menjadi mangsa.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan statistik mengenai peningkatan jumlah
pesakit mental di Malaysia pada tahun 2010. Menurut laporan itu, seramai 400,227 orang
pesakit mental telah dikenal pasti di Malaysia. Jumlah itu menurut Menteri Kesihatan, Dato’
Sri Liow Tiong Lai, merupakan jumlah peningkatan sebanyak 15.6 peratus dan peningkatan
yang berlaku aban tahun ini sememangnya membimbangkan.
Di sebabkan tekanan dan kemurungan sering dilaporkan, mereka ini akan bertindak ganas
tanpa disedari. Justeru, ahli keluarga perlu lebih peka, dengan tahap kesihatan saudara-
mara merekayang mempunyai masalah kemurungan dan kelihatan suka bersendirian.
Oleh itu, langkah menasihatkan mereka mengambil ubat pada masa yang ditetapkan bagi
mengelak pesakit melakukan tindakan di luar kawalan. Di samping itu, melalui kaunseling
dapat menolong klien menyesuaikan diri dengan alam sosial, menolong memahami keadaan
di tempat kerja, mengatasi kelemahannya, potensi dan keupayaannya.
Menurut pandangan pakar, walaupun pemimpin dapat mendorong para pekerja, tetapi
suasanadi tempat kerja adalah pendorong yang lebih besar pengaruhnya ke atas psikologi
pekerja. Dalam hal ini, tekanan di tempat kerja seharusnya dielakkan.
Sesetengah pakar berpendapat, tugas pemimpin yang paling utama ialah memberi dorongan
kepada orang-orang yang dipimpinnya, mengelakkan tekanan. Tetapi ada pula pakar yang
mengatakan bukan tugas pemimpin atau pun pengurus mendorong mana-mana pekerja.
Keadaan di tempat kerja adalah faktor penting yang mempengaruhi tingkah laku pekerja.
Keadaan yang selesa dan tenteram penyumbang kepada kurangnya tekanan kepada para
pekerja.Semangat kerja sentiasa berubah-ubah mengikut masa, suasana dan keadaan.
Mereka yang tidak mempunyai banyak peluang naik pangkat ataupun peluang
perkembangan diri seharusnya diberikan motivasi. Lantaran itu, motivasi dapat mendorong
seseorang ke arah berfikiran positif.
Pakar psikologi mengatakan konsep diri yang positif menghasilkan keyakinan diri yang tinggi.
Manakala keyakinan diri adalah unsur penting untuk menjadikan pekerja yang berkesan dan
dedikasi. Motivasi dan dorongan di tempat kerja juga penting bagi mengelakkan seseorang
itu terjebak dengan permasalahan dalaman.
Mengelakkan tekanan di tempat kerja dapat meningkatkan prestasi di tempat kerja.
Seseorang itu harus mengubah konsep diri. Konsep diri adalah asas personaliti seseorang.
Apabila seseorang itu mengubah konsep dirinya, personalitinya dan tingkah laku seseorang
berubah selaras dengan konsep dirinya yang baru itu. Menurut pandangan Walter Scott,
kejayaan ataupun kegagalan dalam suatu usaha, lebih banyak disebabkan oleh sikap mental
daripada oleh kesanggupan mental.
Pakar-pakar psikologi mengatakan konsep diri yang positif menghasilkan keyakinan diri yang
tinggi. Keyakinan diri adalah unsur penting untuk menjadi pekerja dan pemimpin yang
berkesan.Mengawal emosi adalah langkah yang terbaik, teman akrab dan musuh besar
selamanya tidak dapat dihindari daripada emosi kita. Manakala, pemisahan emosi yang
panas dengan akal yang dingin, adalah suatu tragedi. Oleh itu, elakkan suasana ini
daripada berlaku.Pendekatan dan kajian psikologi dikenali sebagai strukturalisme.
Pendekatan ini menggunakan kaji diri untuk mendapati semua unsur asas dalam persepsi
dan perasaan yang menjadi hidup mental manusia, dan dengan cara ini, membuka asas
struktur minda individu.Islam menjelaskan untuk mendapat jiwa yang tenteram dan santapan
jiwa selalulah membaca Al-Quran yang merupakan penawar bagi penyakit-penyakit batin dan
kegelisahan jiwa.
http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/elak-tekanan-menjurus-sakit-mental-1.117499