Thursday, April 30, 2015

MALAYSIA:::PERUTUSAN MAY DAY 2015 daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia

Ucapan Hari Pekerja 2015 N. Gopal Kishnam Setiausaha Agung

MALAYSIA:::PERUTUSAN MAY DAY 2015 daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia

Ucapan Hari Pekerja 2015

N. Gopal Kishnam
Setiausaha Agung

Kita merayakan Hari Mei tahun ini dengan harapan bahawa kita akan terus berjuang dan membina kesatuan sekerja yang lebih kukuh untuk menangani isu-isu yang dihadapi oleh pekerja-pekerja di Malaysia. Kita perlu memperkukuhkan gerakan pekerja di Malaysia untuk memperjuangkan hak asasi pekerja di negara ini, sepertimana kita berusaha membangunkan ekonomi negara ini dalam arus global ini. Cabaran dan senggitan akan terus kekal, tiada cabaran maka tiada kesatuan. Oleh itu kita tidak harus putus asa malah teruskan perjuangan kita.

GAJI  MINIMUM RM1200 DAN  PENINGKATAN KETIDAKSAMAAN PENDAPATAN

Gaji minimum telah menjadi topik hangat di Malaysia. Gaji minimum bukanlah dana kebajikan  yang diberikan kepada pekerja-pekerja Malaysia. Hak untuk mendapat gaji yang berpatutan untuk meneruskan hidup adalah hak asasi manusia. Walaupun gaji minimum dilaksanakan, masih terdapat sektor di mana pekerja tidak melihat manfaat dari gaji minimum. Pekerja-pekerja hotel telah diperdaya bagi tempoh yang lama.
Ketidaksamaan pendapatan semakin meningkat ke tahap yang tidak mapan di negara ini. Ini menyebabkan isu-isu sosial dan kes di mana yang kaya semakin kaya dan yang miskin menjadi lebih miskin. Keseimbangan perlu diwujudkan bagi mengimbangkan kedudukan ini supaya majoriti rakyat berpendapatan di Malaysia dapat berjalan sama-sama dalam arus pembangunan dan memiliki hak yang sama rata dan menjadi sebahagian dalam arus pembangunan ekonomi negara. Oleh yang demikian MTUC tuntut supaya gaji minimum diselaraskan kepada RM1200.

CABARAN BAGI  PEKERJA DI MALAYSIA, GST DAN COLA

Kerajaan tidak mengendahkan dan mengambil kira sentimen rakyat terutama golongan pekerja yang berpendapatan rendah malah telah memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% pada 1hb April 2015. Ini merupakan satu lagi contoh hakisan terhadap tahap pendapatan sebenar pekerja di Malaysia.
Apakah justifikasinya kerajaan memberi BRIM selepas itu membebankan rakyat dengan cukai GST malah harga barangan dan perkhidmatan naik berkali ganda. Kajian yang dilakukan oleh FOMCA menunjukkan bahawa harga barangan telah naik sebanyak 20% sejak GST diperkenalkan. Bagaimanakah penduduk yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan dapat meneruskan hidup?
Pekerja di Malaysia berhadapan dengan tekanan bagi memenuhi keperluan harian mereka dan ahli keluarga mereka. Ini adalah tidak wajar, kerana pekerja-pekerja di negara ini telah memberi sumbangan besar ke arah pembangunan ekonomi negara.
MTUC telah meminta kerajaan untuk mewajibkan pemberian Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM300.00 dibayar kepada semua pekerja oleh majikan mereka. Ini adalah hak yang harus dilaksanakan dengan segera oleh setiap majikan. Majikan dan pelabur sentiasa dengan bangganya mengisytiharkan keuntungan setiap tahun maka mereka juga harus sanggup berkongsi keuntungan tersebut dengan pekerja mereka.
COLA bukanlah merupakan suatu bantuan yang diminta oleh pekerja dari majikan dan kerajaan malah ia merupakan satu hak keadilan terhadap pekerja daripada pembangunan negara ini.

SISTEM PERHUBUNGAN PERUSAHAAN

Malaysia pernah bangga dengan memiliki sistem perhubungan perusahaan yang baik, di mana negara-negara lain sangup berkongsi dan mengamalkannya. Sungguh menyedihkan kini sistem tersebut telah dimusnahkan.
Sistem perhubungan perusahaan harmoni yang tidak harmoni, dilewat-lewatkan ini telah menyebabkan pekerja-pekerja yang telah dipecat menanti tiga hingga lima tahun sebelum kesnya dirujuk ke Mahkamah Perusahaan. Majikan yang tidak prihatin boleh memecat seseorang pekerja dan menjahanamkan hidup keluarga pekerja hanya dengan sebatang pen dalam sekelip mata sahaja. Malahan bagi mendapatkan keadilan pekerja terpaksa menunggu begitu lama, yang melibatkan kos yang tinggi dan bukan mudah bagi seseorang pekerja untuk menampung kos ini.
Mengenai Perjanjian Bersama, Mahkamah Perusahaan telah menghadkan award kepada dua pertiga(2/3) daripada peningkatan dalam Indeks Harga Pengguna (CPI). Ini tidak adil dan tidak wajar. Tidak ada sebab mengapa CPI digunakan sebagai elemen utama oleh Mahkamah dalam memberi kenaikan gaji kepada pekerja-pekerja walaupun syarikat memperoleh keuntungan yang besar dan membayar berjuta-juta ringgit bonus kepada eksekutif kanan mereka.

UNION BUSTING

Telah menyebabkan pengiktirafan kesatuan sekerja dikawal dan berjalan dengan tidak adil. Sebagai contoh dalam sektor elektronik, majikan enggan memberi pengiktirafan kepada kesatuan dan menafikan hak kesatuan daripada melakukan rundingan terhadap perjanjian bersama yang telah menjurus kepada penafian hak terhadap ahli-ahli kesatuan. Itulah yang telah berlaku kepada kesatuan RUM, BAT dan lain-lain kesatuan. Majikan sengaja memberi tekanan terhadap pemimpin kesatuan dan pekerja-pekerja dengan membuang kerja mereka manakala dalam kes BAT pula polis telah menahan seramai 11 orang pekerja yang melakukan piket.
Hak untuk berpiket dan mogok terkandung dalam akta dan seharusnya kesatuan boleh mempraktikannya untuk mendapatkan keadilan dan memperjuangkan hak mereka. Namun apakah kesudahannya? Polis dan pihak berkuasa sentiasa campurtangan dalam urusan piket yang dianjurkan oleh mana-mana kesatuan dan memangsakan pihak pekerja dengan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang mempraktikan hak mereka.  

Aktiviti anti-Kesatuan telah menjadi satu perkara biasa dan lumrah. Ia kini dilakukan secara terbuka dan dengan bangganya oleh majikan. Pihak berkuasa dari Kementerian Sumber Manusia tidak aktif dan berkuasa untuk menghentikan perkara ini dari berlaku dan majikan telah menggunakan kesempatan ini untuk meneruskan aktiviti-aktiviti anti-kesatuan.

PINDAAN AKTA-MEMIHAK KEPADA MAJIKAN

Walaupun memiliki pelbagai perundangan buruh di negara ini, antara yang utama iaitu Akta Kerja, Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja, telah dipinda dari masa ke semasa untuk menghakiskan hak-hak pekerja dan pengaruh kesatuan sekerja. Walaupun mendapat bantahan kuat dari MTUC, pindaan yang memberi ruang lebih ke arah penggunaan  pekerja kontrak yang akan memberi tekanan terhadap gaji dan memusnahkan sama sekali hak-hak asasi lain pekerja secara keseluruhannya di negara ini masih diluluskan di Parlimen. Ini hanya salah satu daripada banyak pindaan sejak beberapa tahun yang boleh digambarkan sebagai anti- pekerja.
MTUC mohon kerjasama pihak kerajaan untuk membuat semakkan semula terutamanya peraturan undi sulit dan sebagainya dan mengemaskini akta-akta ini supaya dapat memenuhi inspirasi kaum pekerja dan  sejajar dengan seruan Perdana Menteri RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. 

PEKERJA ASING

Perlambakkan pekerja asing di negara ini perlu diberi perhatian yang serius. Pekerja asing telah dibawa masuk ke negara ini atas alasan bahawa penduduk tempatan tidak mahu untuk melakukan pekerjaan tersebut. Namun demikian pada realitinya pekerja asing dibawa ke negara ini hanya untuk memberi tekanan terhadap gaji pekerja tempatan. Layanan yang diberikan terhadap pekerja asing amat mengerikan dan tidak adil sama sekali. Kebergantuan kepada  pekerja asing telah menjejaskan keharmonian perhubungan perusahaan di negara kita.  
Pekerja asing datang untuk bekerja di Malaysia kerana majikan di Malaysia yang memerlukan pekerja ini dan kerajaan Malaysia mahu mereka terus datang. Pekerja asing, biasanya datang dari negara-negara miskin dan mereka datang ke sini untuk mendapatkan wang untuk menanggung diri dan keluarga mereka.
Ramai pekerja asing apabila mereka datang ke Malaysia untuk bekerja telah berhutang di negara asal mereka sekurang-kurangnya RM6,000-RM15,000. Ramai pekerja asing telah ditipu oleh ejen-ejen dengan janji-janji akan dibayar gaji dan faedah pekerjaan yang tinggi. Malah ramai pekerja asing tidak menikmati hak gaji minimum sehingga akhir bulan Disember 2014. Ramai juga yang kini sedang dibebani dengan levi, insurans dan lain-lain bayaran.
Pengenaan undang-undang dan syarat-syarat yang berbeza bagi pekerja-pekerja tempatan dan asing boleh memberi kesan buruk kepada pertumbuhan dan keharmonian kesatuan sekerja di Malaysia malah boleh memudahkan aktiviti union busting dilakukan dengan mudah. MTUC berpendapat bahawa semua pekerja perlu dilayan sama rata tanpa mengira agama, bangsa, jantina atau kewarganegaraan.
Pekerja asing adalah pekerja juga dan memberi sumbangan terhadap pembangunan di Malaysia perlu dilayan sama rata apatah lagi memberi perkdimatan kesihatan yang wajar kepada mereka apabila dipetlukan.

PERJANJIAN PERDAGANGAN PERLU MEMBERI  MANFAAT KEPADA SEMUA

Perjanjian perdagangan global tidak memberi manfaat kepada rakyat seperti yang telah dijanjikan. Sebaliknya ia telah menyebabkan jurang antara pemilik perniagaan kaya semakin  meningkat. 99% tidak mendapat faedah daripada perjanjian perdagangan global tersebut.
Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Barrack Obama telah mendesak untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Malahan syarat-syarat dalam TPPA tidak dinyatakan dengan jelas kepada rakyat dan Obama nampaknya tidak mempunyai sokongan daripada Kongres AS mengenai perkara ini.
Kerajaan Malaysia telah mengenepikan MTUC dalam perkara ini, kerana perjanjian-perjanjian ini memberi kesan serius dan berpotensi buruk kepada pekerja. Kerajaan juga harus telus tentang kandungan TPPA kerana ia akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia biasa dalam kehidupan seharian.

RATIFIKASI KONVENSYEN 87

Konvensyen 87, amat penting untuk perkembangan kesatuan sekerja dalam negara ini. Walaupun Malaysia telah menjadi negara anggota ILO namun masih belum mengiktiraf konvensyen teras yang penting bagi penubuhan kesatuan sekerja. Selagi konvensyen ini tidak diiktiraf selagi itulah kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah dalam mempercepatkan penubuhan kesatuan, pengiktirafan dan menuntut hak pekerja dari majikan-majikan. Kerajaan haruslah dengan segera mengiktiraf konvensyen ini bagi membolehkan keharmonian wujud di antara kesatuan, pekerja dan majikan.

BERSATU  MTUC

Saya gembira dan bangga dengan kepimpinan baru MTUC yang kuat, teguh dan kukuh dalam memberi sokongan padu dan kuat terhadap sebarang isu kesatuan yang dibawa ketengah. Sokongan yang berterusan dari Majlis Am, kesatuan gabungan dan semua ahli kesatuan sekerja telah menjadi inspirasi kuat kepada barisan kepimpinan MTUC untuk meneruskan perjuangan MTUC di negara ini. Kita perlu bersatu untuk menegakkan hak asasi kaum pekerja di negara ini. Terdapat banyak yang perlu dilakukan dan kami berjanji akan terus perjuangkan hak-hak kaum pekerja dan kesatuan sekerja di negara ini.
Saya menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin teruskan sokongan anda bagi kemajuan dan keutuhan MTUC bagi kebaikkan bersama.


Hidup Pekerja ! Hidup MTUC!

MALAYSIA:::SEJARAH HARI PEKERJA DI MALAYSIA
Cuti umum sempena Hari Pekerja yang disambut oleh pekerja-pekerja MALAYSIA  pada hari ESOK merupakan kali yang ke-43  dalam sejarah negara ini apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972.

MALAYSIA:::Review labour and industrial relations laws, urges MTUC

PETALING JAYA: The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) has asked the Government to review relevant labour and industrial relations laws for the benefit of workers.
MTUC secretary-general N. Gopal Kishnam said current amendments to such laws had affected the rights of the workers and influence of trade unions.
“Although (we) have various labour laws in the country, such as the Employment Act, Industrial Relations Act and Trade Unions Act, they have been amended to erode the rights of the workers and influence of the trade unions.

MALAYSIA:::SEJARAH HARI PEKERJA DI MALAYSIA

Cuti umum sempena Hari Pekerja yang disambut oleh pekerja-pekerja MALAYSIA  pada hari ESOK merupakan kali yang ke-43  dalam sejarah negara ini apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972.

Pengumuman itu dibuat dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO yang diadakan di Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972.
Dalam penjelasannya, Allahyarham menyatakan bahawa keputusan itu telah dibuat dengan harapan pergerakan buruh akan menganggap 1 Mei sebagai satu hari dedikasi sesuai dengan cita-cita kebangsaan dan berharap gerakan pekerja akan didorong oleh tujuan dan rasa terikat kepada cita-cita kebangsaan tersebut.

``Pengumuman itu disusuli dengan tepukan gemuruh para hadirin seminar kerana ia merupakan kejayaan yang berharga kepada pekerja,''

``Pengumuman itu signifikan kerana Malaysia secara tidak langsung mengiktiraf Hari Pekerja yang diluluskan oleh Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).''

Pengumuman ini adalah satu kejayaan kepada Cuepacs dan MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia).'' Yang telah memperjuangkannya sekian lama.

Langkah itu sekali gus meninggikan martabat dan kedudukan negara di peringkat antarabangsa.
 1 Mei bertujuan memberi pengiktirafan ke atas perjuangan lalu dalam pembangunan negara dan sumbangan para pekerja,''

Sebenarnya kesatuan-kesatuan pekerja negara ini menyambut Hari Pekerja sebelum kerajaan mengisytiharkan cuti umum.

Usaha itu disusuli dengan tindakan V. David (ketika itu anggota Dewan Perwakilan dan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Kilang dan Am) membawa usul menuntut cuti seumpama itu pada 24 Februari 1960.

Dalam buku yang dikeluarkan sempena Hari Pekerja 1973, Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Malaysia menyifatkan tahun 1972 sebagai sinar harapan bagi kelas pekerja kerana perubahan pada pendirian kerajaan.

Sambutan Hari Pekerja tidak disambut pada hari yang sama oleh setiap negara yang mengiktiraf Konvensyen ILO yang berkaitan. Pada tahun 1884, Persekutuan Kesatuan Buruh dan Pekerja Berkesatuan meluluskan resolusi yang menggariskan kerja lapan jam sehari yang sah mulai 1 Mei 1886. Resolusi itu juga menggesa diadakan mogok umum untuk mencapai matlamat memandangkan pendekatan perundangan menemui kegagalan. Kira-kira 250,000 pekerja berhimpun pada gerakan Hari Mei. Bagaimanapun rekod juga menunjukkan Hari Pekerja telah mula disambut pada September 1882 di Amerika Syarikat.

``Oleh itu, tidak semua negara menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei. Pada peringkat permulaan, negara-negara fahaman komunis menyambut hari keistimewaan ini pada 1 Mei, manakala yang bukan komunis pada hari-hari yang lain,''

Austria, Argentina, Belgium, Jerman, Norway (Hari Mei, 1 Mei), Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Thailand, Perancis, Hong Kong, Vietnam, Korea Selatan dan Itali menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei, Kanada dan Amerika Syarikat (2 September), Jepun mengenalinya sebagai Hari Terima Kasih Pekerja (23 November), New Zealand (28 Oktober), Britain (6 Mei).

``Tetapi, hari ini ia dilihat sebagai satu hari yang berlainan.''

Di peringkat awal kesatuan-kesatuan mengadakan mengikut kemampuan masing-masing, termasuk menganjurkan rapat-rapat umum dengan dihadiri antara 3,000 hingga 4,000 orang.
``Kini kemudahan bertambah baik, banyak kemudahan pengangkutan diadakan. Sambutan anjuran kerajaan pula menyediakan anugerah dan hadiah pengiktirafan kesatuan dan pekerja terbaik.

``Cara sambutan berbeza. Kesatuan sekerja seharusnya lebih ke depan dalam menganjurkan sambutan Hari Pekerja,


Sekarang, ``pekerja-pekerja tidak merasai makna sebenar sambutan. Kesatuan tidak harus tenggelam dalam suasana sedemikian.'' Pengalaman lalu menunjukkan ucapan-ucapan pemimpin kesatuan lebih bersifat `mengapi-apikan' semangat para pekerja. Kini ia berubah sama sekali.

Ayuh bangun la wahai rakan rakan pekerja di Malaysia, jangan samakan cuti umum esok dengan cuti umum yang lain. Hayatilah perjuangan pemimpin kesatuan sekerja dalam memertabatkan taraf hidup pekerja marhaen.

Labour Bulletin mengucapkan selamat menyambut HARI PEKERJA ( MAY DAY ) kepada semua pembaca setia www.labourbulletin.com satu satunya laman web yang menghimpunkan semua berita berita pekerja dari akhbar akhbar utama di Malaysia.

MALAYSIA:::MTUC still waiting for Selangor to honour late unionist with road name.

The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) wants the Selangor government to honour the late unionist and lawmaker, Dr V. David, by naming a street in Petaling Jaya after him.
Secretary-general N. Gopal Kishnam said an appeal was made in 2009 soon after the Pakatan Rakyat government was voted into power.

"We had asked former menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim to rename an existing street but the request was met with protest from certain groups," he said.

MALAYSIA:::Cuepacs Hopes For Special Gift For Civil Servants / Cuepacs harap kerajaan umum 'hadiah istimewa' pada 1 Mei


KUCHING, April 29 (Bernama) - The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) is hoping the government will announce a special gift for civil servants in conjunction with this year's Labour Day celebration.

Cuepacs president Datuk Azih Muda said this is as a gesture of the government's appreciation of its employees who had worked hard to raise national productivity.

"National productivity which rose more than 100 per cent as announced by the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak proved the seriousness of civil servants in the country in carrying out their responsibility entrusted to them.

"I would like to congratulate the government for its success in national economic transformation programme but regret that there are workers in the country still receiving wages below the national poverty line," he told the media after the opening of the Cuepacs Premier Leadership Seminar by Sarawak deputy state secretary Datuk Misnu Taha here, Wednesday.

Wednesday, April 29, 2015

MALAYSIA:::Embassy urges employers of Nepalese nationals to pay salaries early to help support families

Malaysian employers have been urged to let Nepalese workers fly home and pay 
salaries early to help them support their families.




Nepal Embassy Memo
A memo from the Embassy of Nepal in Kuala Lumpur states employers of Nepalese nationals should provide at least one month salary in advance to help support their families in Nepal

The Nepalese Embassy in Kuala Lumpur, Malaysia, has asked employers of Nepalese nationals in Malaysia to pay them salaries in advance to help staff support their families.
In 2014, there were about 1,876,802 Nepalis living in Malaysia, according to the Malaysian Ministry of Foreign Affairs.
"In this panic situation, the Nepalese nationals working in different companies in Malaysia might have lost their loved ones and worried for them. They may want to contact their families and also go back to see them," a memo shared by the embassy read.
In view of this, the embassy has requested all employers in Malaysia
 "help their Nepalese employers to contact
 their families in Nepal, and, if need be send them back to Nepal
 for a few days".

SINGAPORE::: Recognise foreign workers as fellow human beings

RECENTLY, Singaporeans witnessed two remarkable incidents involving migrant workers.
In the first, a teen assaulted migrant workers, apparently to practise his martial arts skills ("Teen who beat foreigners: AGC files notice of appeal"; last Thursday).
It was an attack so shocking that Law and Foreign Minister K. Shanmugam spoke out about it, calling such behaviour "completely unacceptable", adding: "It's sickening conduct, the kind of conduct that you would not approve if somebody did it to animals."
Just a few days later, we saw the dramatic rescue of a toddler from the second-floor parapet of an HDB flat in Jurong East by two Indian migrant workers ("Rescuers' only thought was to save toddler"; l

MALAYSIA:::MTUC wants 24/7 workers’ insurance cover

GEORGE TOWN: The Malaysian Trades Union Congress (MTUC), the country’s main worker’s organisation, has called for round-the-clock Socso insurance coverage given the rapidly increasing number of road deaths in the labour force. “Most accidents occur after working hours.”
MTUC Penang branch chairman N. Ravindran, in calling for the present “outdated” insurance scheme to be scrapped, lamented that workers in the country have been calling for this for years but all their pleas so far had fallen on deaf ears.
He was addressing the issue in a “Workers Memorial Day” speech on Tuesday. “We are concerned about the victims’ families.”

MALAYSIA:::Kemalangan di tempat kerja menurun

KUANTAN - Jumlah kemalangan pekerja di tempat kerja menunjukkan penurunan berdasarkan statistik iaitu 43,795 pada tahun 2013 dan 42,148 pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Tugas-tugas khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, ia berikutan kadar kemalangan negara pada tahun 2013 adalah sebanyak 3.28 per 1000 pekerja manakala 3.10 per 1000 pekerja pada tahun 2014.

“Ini menunjukkan penurunan sebanyak 5.49 peratus. Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menjalankan 222,612 pemeriksaan ke atas tempat kerja dan jentera.

ILO:::‘6000 die daily in work-related accidents’

Six thousand workers die daily from work-related accidents and diseases, the International Labour Organisation (ILO) has said.
Addressing reporters at  the World Health and Safety Day, factional President of the Nigeria Labour Congress (NLC), Comrade Joe Ajaero, said statistics from ILO showed that ‘one worker dies every 15 seconds worldwide, 6,000 die daily and more than two million  die annually from work-related accidents and diseases’.
“From the ILO statistics, more people die at work than at wars and even natural disasters.
“Beyond job-related deaths each year, there are some 268 million non-fatal workplace accidents as well as 160 million new cases of work-related illnesses.

MALAYSIA:::MTUC’s May Day wish: RM1,200 minimum wage

KUALA LUMPUR: Talks on a new minimum wage have failed after the National Wages Consultative Council had met for the third time and the unions were now turning to Prime Minister Najib Razak.
Malaysian Trades Union Congress (MTUC) secretary-general N Gopal Krishnam said they want the government to fix the minimum wage at RM1,200 per month and are hoping Prime Minister Najib Razak would announce it on Labour Day this Friday.
The minimum wage for private sector workers was set in January 2013 at RM900 for Peninsular Malaysia and RM800 in Sabah and Sarawak. It must be reviewed every two years under the Minimum Wages Order 2012.

MALAYSIA:::MTUC: Why were our members treated like criminals?

PETALING JAYA: The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) may consider filing for a judicial review of the arrest of 11 picketing individuals last Thursday.
The 11 were charged at the Magistrates Court here, under Section 13 of the Minor Offences Act for making ‘excessive’ noise in a public area.
Its president, Khalid Atan, questioned the police’s action on detaining and charging them.
“I do not understand why they were treated as if they are criminals. They were arrested, put into lock-up (sic) overnight and charged in court the next day.

Tuesday, April 28, 2015

MALAYSIA:::Memorial Day 2015 - April 28th


For everyone with an interest in the safety, health and welfare of people at work, April 28th is an important date. It’s the date every year when trade union and employer groups worldwide, as well as individual organisations, remember those who have been killed or injured in work-related accidents.


Monday, April 27, 2015

MALAYSIA:::After minimum wage talks fail, workers union places last hope in Najib

Upset that the National Wages Consultative Council could not come to a consensus on a new minimum wage for private sector employees, the Malaysian Trades Union Congress (MTUC) is banking on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to fix the ceiling rate at RM1,200 per month.
MTUC secretary-general N. Gopal Kishnam said the council failed to agree on an acceptable sum for an increased minimum wage despite holding three meetings.
"We now hope the prime minister will make an announcement in his Labour Day message to fix the minimum wage at RM1,200 until the end of next year," Gopal Kishnam told The Malaysian Insider.

Friday, April 24, 2015

MALAYSIA:::MTUC shocked with the arrest and detention of 11 workers exercising right to picket


Malaysian Trade Union Congress (MTUC) is shocked with the action of the Malaysian police who arrested 11 workers from the National Union of Tobacco Industry Workers (NUTIW) at a picket near the factory along Jalan University, Petaling Jaya, Selangor at about 1.50pm yesterday(23/4/2015). The right to picket is a workers’ right provided for in Malaysian law, in section 40 of the Industrial Relations Act 1967.

Thursday, April 23, 2015

INDONESIA:::Mayday Tahun Ini, Buruh Dirikan Partai Politik

Gerakan Buruh Indonesia sepakat mendirikan partai politik. Selama ini, buruh merasa hanya dijadikan objek kepentingan para penguasa.

Presiden Konfederasi Serikat Pekerja Seluruh Indonesia Andi Gani Nena Wea menegaskan kaum buruh seharusnya menjadi kekuatan penentu dari setiap kebijakan-kebijakan pemerintah.

MALAYSIA:::Educate Public On Health Hazards Posed By Open Burning - MTUC

The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) called on the government to educate the public on the health damaging effects from exposure to illegal open burning as it will lead to serious health problems for workers if left unchecked.

MTUC deputy secretary-general, A.Balasubramaniam said the workers union identified open burning at construction sites and industrial areas as posing adverse effects to workers' health besides contributing to environmental problems like haze.

Tuesday, April 21, 2015

MALAYSIA:::Presiden Nufam cabar pemecatan tidak sah MAS ke mahkamah
















Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) Ismail Nasaruddin (gambar, kiri) mencabar pemecatannya oleh Malaysian Airlines (MAS) pada November 2013, di Mahkamah Perusahaan, dalam satu kes yang akan didengar pada 28 April ini.
Katanya, tindakan itu diambil terhadap bekas majikannya kerana pemecatan itu dianggap tidak sah, dibuat berikutan kenyataan media oleh Nufam menggesa peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) MAS ketika itu, Ahmad Jauhari Yahya.

MALAYSIA:::Picket at American British Tobacco (VIDEO PICKET)

Monday, April 20, 2015

MALAYSIA:::Private sector in need of a Cola policy - MTUC

 The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) has called on Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak to announce a monthly RM300 cost of living allowance (Cola) for private sector employees to meet the rising costs of living.
MTUC secretary-general Gopal Kishnam said there is a need for a Cola policy in the private sector as the cost of goods has gone up by 20% to 30% since the implementation of the Goods and Services Tax (GST).
The figures are based on those given in the Federation of Malaysian Consumers Association (Fomca) website, he added.

Saturday, April 18, 2015

MALAYSIA:::Jawatankuasa khas caj perkhidmatan bermesyuarat Isnin ini

Jawatankuasa Caj Perkhidmatan yang ditubuhkan bagi mengkaji prosedur pelaksanaan caj perkhidmatan di negara ini akan mengadakan mesyuarat buat kali ke-4 Isnin ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata, masih banyak fasa perbincangan perlu dibuat untuk mencapai persetujuan kolektif daripada semua pihak.
Beliau berkata, jawatankuasa melibatkan Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu perlu membuat kajian mendalam kerana tiada undang-undang khusus atau agensi yang mengawal selia pelaksanaan caj perkhidmatan itu.

MALAYSIA:::'Gerakan demonstrasi di M'sia belum matang'

Gerakan demonstrasi di negara ini masih lagi belum matang kerana dikuasai oleh parti politik kata aktivis dan bekas tahanan ISA Abdul Malek Husin.

Menurut Malek, gerakan yang ada di Malaysia berbeza dengan di luar negara seperti Filipina, Indonesia dan Hong Kong memandangkan hala tuju gerakan tersebut hanya menjurus ke arah matlamat sesebuah parti.
"Ia belum matang. Yang menyebabkan ia terbenam ialah pergerakan kepartian yang menguasai pergerakan (demonstrasi). Penentangan dan perbezaan dengan pemerintah itu lebih terarah kepada penentangan yang menjurus kepada pergerakan kepartian.

"Parti politik yang menguasai (gerakan). Di Malaysia berbeza seperti di Filipina, Indonesia. Jauh sekali berbeza dengan di Hong Kong," katanya dalam forum Black 14 Reformasi ke #KitaLawan anjuran Malaysiakini di Petaling Jaya, malam tadi.

MALAYSIA:::MTUC: Ministers confusing public over service charge

SUBANG JAYA: The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) today criticised ministers for “confusing” the public regarding the 10% service charge subjected to consumers, mostly in hotels and some restaurants.
“I think it is wrong for the Ministers to confuse, not only hotel and restaurant employees, but the general public as well,” MTUC Secretary-General N Gopal Krishnam told the media here today.
“All these years I’ve been paying the 10% service charge, and now due to the minister’s statement, I’m thinking if I should pay the charge or not. He has created confusion among Malaysians.”

Wujudkan gaji minimum Asean, kata Dr Jeyakumar


Friday, April 17, 2015

MALAYSIA:::MTUC bertegas 55 tahun

KUALA LUMPUR 16 April - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu syarat pengeluaran kesemua wang pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan pada usia 55 tahun.
MOHD. KHALID ATAN
Presiden MTUC, Mohd. Khalid Atan berkata, syarat itu telah lama digunakan dan berdasarkan maklum balas yang diterima, perkara itu turut dipersetujui oleh kebanyakan pencarum dalam kumpulan wang tersebut.
Menurutnya, saranan Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam) semalam yang mahu syarat pencarum mengeluarkan 20 peratus caruman KWSP pada usia 45 tahun dilihat terlalu awal.
“Saya kurang bersetuju dengan saranan tersebut kerana pada usia 45 tahun mungkin ramai pencarum yang belum mempunyai jumlah caruman yang banyak apabila ia dikeluarkan ketika itu.
“Apatah lagi, syarat pencarum mengeluarkan caruman pada usia 55 tahun dan ke atas adalah amalan yang telah digunakan sejak sekian lama serta dipersetujui oleh kebanyakan penca­rum,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat semalam yang mencadang­kan syarat pada usia 45 tahun pencarum boleh mengeluarkan 20 peratus caruman mereka.
Malah, Khairul turut me­nyarankan syarat itu juga boleh diikuti dengan pengeluaran caruman KWSP sebanyak 20 peratus pada usia 50 dan pengeluaran sepenuh­nya pula pada usia 55 tahun.
Ujar Mohd. Khalid, saranan Sukaguam itu bukan sahaja perlu diperhalusi tetapi ia juga perlu mendapat maklum balas daripada majoriti pencarum KWSP agar sama ada ia dipersetujui atau tidak oleh golongan itu.
“Saya tidak mahu komen lanjut tentang isu itu kerana ia adalah hak pencarum sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan saranan itu. Apa yang saya tahu, setakat ini belum ada cadangan rasmi tentang perkara itu.
“Ia hanyalah saranan daripada Sukaguam, sedangkan kami di MTUC tidak pernah dipanggil untuk berbincang sama ada oleh KWSP atau mana-mana pihak dalam isu syarat umur dalam pe­ngeluaran itu,” ujarnya.

sumber:::http://www.utusan.com.my

Thursday, April 16, 2015

Indonesia's dilemma over foreign domestic workers

During a recent visit to Malaysia, Indonesian President Joko Widodo expressed shame when discussing the issue of Indonesian women working overseas as foreign domestic workers (FDWs).
In an effort to preserve the dignity of the nation, the President announced plans to stop sending women to work as domestic helpers overseas. In doing so, he failed to realise the greater consequences of legitimate employment opportunities for women being cut.
The growing gender challenges of development and economic growth aside, women also face numerous cultural hurdles in establishing economic security.
Higher incomes for women can also help to narrow the gaps in resource

MALAYSIA:::PENGELUARAN CARUMAN KWSP PADA UMUR 55 TAHUN

MTUC mendengar pelbagai pandangan, kenyataan dan rungutan mengenai pengeluaran caruman KWSP pada umur 55 tahun atau 60 tahun. 
MTUC amat tegas dengan pendirian MTUC bahawa had umur pengeluaran caruman KWSP adalah 55, malah sesiapa yang ingin dan merasakan bahawa mereka ingin melanjutkan simpanan mereka sehingga ke umur 60 tahun terpulang kepada pencarum itu sendiri dan digalakkan.
Sememangnya MTUC telah mencadangkan supaya umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun supaya pekerja dapat menyara kehidupan mereka di samping itu simpanan KWSP boleh dilanjutkan sehingga ke umur 60 tahun. Kaedah ini boleh mengatasi pelbagai masalah pada hari tua pesara yang tidak perlu bergantung kepada wang dari anak-anak mereka.
MTUC sememangnya menyokong sekiranya pencarum ingin menyimpan wang dalam KWSP kerana caruman tersebut dapat menikmati faedah yang lebih baik berbanding dengan simpanan dalam bank.
MTUC tidak akan menyokong sama sekali memandotarikan had umur pengeluaran caruman KWSP dari 55 tahun kepada 60 tahun. MTUC faham dengan keperluan setiap individu lebih-lebih lagi dengan kenaikan kos sara hidup untuk menggunakan wang mereka untuk pelbagai kegunaan.
MTUC mohon jasa baik semua pihak termasuk pihak pengurusan KWSP dan orang awam supaya memahami pendirian MTUC dan bekerjasama dengan MTUC bagi manfaat semua pencarum KWSP.

MALAYSIA:::CAJ PERKHIDMATAN 10 % BAGI INDUSTRI HOTEL DAN RESTAURAN

Merujuk kepada perkara ini MTUC terima pelbagai pandangan dari pelbagai pihak yang ingin menghapuskan 10 peratus caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak hotel dan restauran.
MTUC benar-benar mengharapkan kerajaan tidak mengambil keputusan sewenang-wenangnya dengan memansuhkan 10 peratus caj perkhidmatan kerana ia amat bermakna kepada pekerja-pekerja dalam industri perhotelan dan restauran. Caj tersebut menjadi sebahagian dari punca pendapatan kepada pekerja hotel yang kebanyakannya bergantung kepada kutipan caj perkhidmatan untuk menampung perbelanjaan harian mereka.

Wednesday, April 15, 2015

MALAYSIA:::118 cases given green light to bring minimum wage issue to court

A total of 118 cases have been given the permission to proceed with legal action against errant employers who had failed to adhere to the minimum wage regulation. Deputy Human Resource Minister Datuk Ismail Abd Mutalib said from the period of Jan 1, 2014 to end of March 2015, 191 investigation papers had been opened against employers, and from that total, 118 had been given the green light to pursue with litigation. “From that, 64 prosecutions have been settled in court, involving a total fine of RM211,600,” he told the Dewan Negara today. Ismail was answering a question raised by Senator Syed Shahir Syed Mohamud on the number of employers that had been charged at courts for failing to implement the directive of minimum wage at the second day of Dewan Negara sitting.

source:::http://www.nst.com

Tuesday, April 14, 2015

MALAYSIA:::Tindakan kementerian satu titik hitam – NUFAM


Tindakan Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem menyerahkan isu pembuangan 6,000 pekerja syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) kepada pengurusan syarikat berkenaan disifatkan seperti menolak tanggungjawab dan tidak mahu memainkan peranan dalam isu buruh.
Presiden Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (NUFAM), Ismail Nasaruddin berkata, pihak kementerian seharusnya memberi perlindungan sewajarnya dan memainkan peranan bagi memastikan masa depan pekerja MAS tidak terjejas.

Monday, April 13, 2015

MALAYSIA:::Syor KWSP tidak rasional – CUEPACS

Cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun adalah tidak rasional kerana perkara itu melibatkan hak pekerja.
Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Zainal Ismail berkata, perkara itu juga perlu dibincangkan bersama pihak-pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan dibuat.
Katanya, tempoh pengeluaran tersebut adalah tidak relevan memandangkan pada usia itu kebanyakan pekerja memerlukan wang untuk pelbagai rancangan seperti menampung kos perubatan dan sara hidup.

ILO:::What age means for the labour force

The global economy is moving into a new period which will see unemployment continuing to rise over the coming years.

By 2019, more than 212 million people will be out of work, up from the current 201 million, according to the World Employment and Social Outlook – Trends 2015, a publication of the International Labour Organization. Part of what’s causing this is the slowdown in the supply of labour -- and that -- is partly affected by the world’s ageing population. 

ILO senior economist Ekkehard Ernst explains: “The number of older people is rising everywhere in the world. The share of older workers aged 55 or above in the world’s workforce expanded from 10.5 per cent in 1990 to an as yet unseen 14.3 per cent in 2014.”

Saturday, April 11, 2015

MALAYSIA:::Keep hands off cash from service charge, MTUC tells bosses

PETALING JAYA: The Malaysian Trade Unions Congress is urging employers to keep their hands off the service charge money which belongs to employees.
The call follows reports that the majority of hotels had been using the service charge to meet the minimum wage for their employees. Following this, there have been suggestions to abolish the charge altogether.
MTUC secretary-general N. Gopal Krishnam said it was wrong for employers to take the amount gained from the service charge to make up for any shortfall to the RM900 minimum wage set by the Government.

MALAYSIA:::KWSP Timbang Selaras Umur Pengeluaran Ahli Pada Usia Hampir 60

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Beliau berkata negara perlu menangani isu pengeluaran simpanan pada usia 55 tahun berbanding usia persaraan baharu pada 60 tahun, jika tidak ia akan menjadi bebanan kepada masyarakat untuk menguruskan orang-orang yang bersara tanpa wang yang mencukupi dalam akaun mereka.