Wednesday, March 2, 2016

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA::: Pembuangan Kerja Secara Konstruktif

Lau Kok Poh v Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad
Award No. 161 of 2016; Industrial Court
Date of Judgment: 19 March 2016 | Source: Industrial Court
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KES NO. 6(20)/4-712/13
DI ANTARA
LAU KOK POH
DENGAN
YEO HIAP SENG (MALAYSIA) BERHAD
AWARD NO: 161 TAHUN 2016
DI HADAPAN: Y.A. TUAN SAPINI BIN MAT SAMAN,Pengerusi (bersidang berseorangan)
TEMPAT: Mahkamah Perusahaan Johor Bahru
TARIKH RUJUKAN: 7 Mac 2013
TARIKH SEBUTAN: 16.5.2013, 15.7.2013, 19.7.2013, 2.8.2013, 8.11.2013 dan 2.3.2014.
TARIKH BICARA: 26.11.2013, 21.8.2014, 10.9.2014 dan 19.11.2014
RUJUKAN
[1] Ini ialah satu rujukan di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan terhadap pembuangan kerja Lau Kok Poh (Kemudian dikenali sebagai 'Pihak Yang Menuntut') oleh Yeo Hiap Seng Berhad (kemudian dikenali sebagai 'Pihak Syarikat') pada 28.8.2012. Y.B. Menteri Sumber Manusia telah merujuk perkara ini ke Mahkamah Perusahaan pada 7.3.2013 dan diterima oleh Mahkamah ini pada 1.4.2013 untuk dibicarakan.
AWARD
FAKTA KES
[2] Pihak Yang Menuntut telah dilantik sebagai 'Production Supervisor' di Syarikat pada 14.7.1997. Pada 1.9.2008 Pihak Yang Menuntut telah dinaikkan pangkat sebagai 'Production Executive' dan gaji Pihak Yang Menuntut telah dibayar sebanyak RM4,400.00 sebulan. Pihak Yang Menuntut telah diberi kenaikan gaji sepanjang perkhidmatan beliau dan gaji terakhir beliau pada tahun 2012 ialah RM4,738.00 sebulan.