Wednesday, March 2, 2016

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA::: Pembuangan Kerja Secara Konstruktif

Lau Kok Poh v Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad
Award No. 161 of 2016; Industrial Court
Date of Judgment: 19 March 2016 | Source: Industrial Court
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KES NO. 6(20)/4-712/13
DI ANTARA
LAU KOK POH
DENGAN
YEO HIAP SENG (MALAYSIA) BERHAD
AWARD NO: 161 TAHUN 2016
DI HADAPAN: Y.A. TUAN SAPINI BIN MAT SAMAN,Pengerusi (bersidang berseorangan)
TEMPAT: Mahkamah Perusahaan Johor Bahru
TARIKH RUJUKAN: 7 Mac 2013
TARIKH SEBUTAN: 16.5.2013, 15.7.2013, 19.7.2013, 2.8.2013, 8.11.2013 dan 2.3.2014.
TARIKH BICARA: 26.11.2013, 21.8.2014, 10.9.2014 dan 19.11.2014
RUJUKAN
[1] Ini ialah satu rujukan di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan terhadap pembuangan kerja Lau Kok Poh (Kemudian dikenali sebagai 'Pihak Yang Menuntut') oleh Yeo Hiap Seng Berhad (kemudian dikenali sebagai 'Pihak Syarikat') pada 28.8.2012. Y.B. Menteri Sumber Manusia telah merujuk perkara ini ke Mahkamah Perusahaan pada 7.3.2013 dan diterima oleh Mahkamah ini pada 1.4.2013 untuk dibicarakan.
AWARD
FAKTA KES
[2] Pihak Yang Menuntut telah dilantik sebagai 'Production Supervisor' di Syarikat pada 14.7.1997. Pada 1.9.2008 Pihak Yang Menuntut telah dinaikkan pangkat sebagai 'Production Executive' dan gaji Pihak Yang Menuntut telah dibayar sebanyak RM4,400.00 sebulan. Pihak Yang Menuntut telah diberi kenaikan gaji sepanjang perkhidmatan beliau dan gaji terakhir beliau pada tahun 2012 ialah RM4,738.00 sebulan.

[3] Pada 24.5.2012 Pihak Yang Menuntut telah menerima surat tunjuk sebab berhubung dua pertuduhan salahlaku daripada Pihak Syarikat. Pihak Yang Menuntut telah menjawab surat tunjuk sebab di atas dan beliau tidak mengaku salah terhadap dua pertuduhan salahlaku yang dikenakan dan beliau memohon Pihak Syarikat untuk mengadakan satu Siasatan Dalaman. Pihak Syarikat bersetuju dengan cadangan Pihak Yang Menuntut dan telah mengadakan satu Siasatan Dalaman pada 13.6.2012.
[4] Setelah Siasatan Dalaman dijalankan, Panel Siasatan Dalaman telah mendapati Pihak Yang Menuntut bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan pihak Pengurusan Syarikat telah menghukum Pihak Yang Menuntut dengan menurunkan gaji Pihak Yang Menuntut dari RM4,738.00 kepada RM3,750.00 sebulan. Pihak Yang Menuntut tidak berpuashati terhadap hukuman potongan gaji tersebut dan memohon Pihak Syarikat mempertimbangkan semula hukuman tersebut tetapi telah ditolak oleh Pihak Syarikat. Pada 28.8.2012 Pihak Yang Menuntut telah mendakwa Pihak Syarikat telah melanggar kontrak pekerjaan dan mendakwa beliau telah ditamatkan secara konstruktif dan telah merujuk perkara ini ke Mahkamah Perusahaan atas alasan Pihak Syarikat gagal menjalankan siasatan dengan adil dan Pihak Yang Menuntut telah dijadikan mangsa keadaan dan hukuman menurunkan gaji beliau menyebabkan Pihak Syarikat telah melanggar kontrak perkhidmatan dan Pihak Yang Menuntut telah mendakwa beliau telah ditamatkan perkhidmatan secara konstruktif.
BEBAN PEMBUKTIAN
[5] Di dalam kes ini beban bukti terletak di bahu Pihak Yang Menuntut untuk membuktikan bahawa Pihak Syarikat telah menamatkan perkhidmatan beliau secara konstruktif. Mahkamah merujuk kepada kes Weltex Knitwear Industrial Sdn. Bhd. v. Low Kor Toy & Anor (1998) 1 LNS 258, Mahkamah Tinggi memutuskan:-
"The law is clear that if the fact go dismissal is not in dispute, the burden is on the company to satisfy the court that such dismissal was done without just cause or excuse.
However, where the fact of dismissal is in dispute, it is for the workman to establish that he was dismissed by his employer. If he fails, there is no onus whatsoever on the employer to establish anything for in such a situation no dismissal has taken place and the question of it being with just cause or excuse would not at all arise".
[6] Beban untuk membuktikan penamatan kerja secara konstruktif terletak di bahu Pihak Yang Menuntut dan jika Pihak Yang Menuntut berjaya membuktikan penamatan itu barulah beban ini berpindah kepada Pihak Syarikat untuk membuktikan penamatan itu dibuat secara adil dan bersebab. Oleh yang demikian Pihak Yang Menuntut perlu memberi keterangan terlebih dahulu di Mahkamah untuk membuktikan terdapatnya satu penamatan kerja secara konstruktif.
KES PIHAK YANG MENUNTUT
[7] Pihak Yang Menuntut telah memberi keterangan melalui Pernyataan Saksi (CLWS) beliau dan keterangan beliau di Mahkamah seperti berikut:
"Pertuduhan salahlaku terhadap Pihak Yang Menuntut seperti dalam surat tunjuk sebab bertarikh 24.5.2012 (rujuk CLB mukasurat 15) adalah seperti berikut:
(1) That in March 2012 (during FDA preparation period) Company has discovered that you have failed to take prompt and appropriate action in handling on line reject goods. Wrong use of "CA Cash Refund" ends instead of normal ends which happened on 19 November 2011. This has caused 154 tray of Iced Tea Lemon being rejected.
(2) That in March 2012 (during FDA preparation period) you had instructed Ms Tan Cheng Sing, Asst QA Manager to dispose off the said 154 tray without proper documentation."
Walau bagaimanapun Pihak Yang Menuntut melalui surat beliau di mukasurat 16, CLB enggan memberi sebarang penjelasan atas alasan tiada siasatan rapi dibuat dan memohon satu Siasatan Dalaman diadakan. Pihak Syarikat telah akur dengan permohonan Pihak Yang Menuntut dan telah mengadakan satu Siasatan Dalaman terhadap Pihak Yang Menuntut pada 13.6.2012. Selepas Siasatan Dalaman dijalankan, Pihak Yang Menuntut telah didapati bersalah terhadap pertuduhan 1 dan 2 tersebut dan pada 3.8.2012 Pihak Syarikat telah mengambil tindakan dengan memotong gaji Pihak Yang Menuntut dari RM4,738.00 kepada RM3,750.00 bermula 1.8.2012 (rujuk CLB mukasurat 18). Pihak Yang Menuntut tidak berpuashati dengan tindakan Pihak Syarikat dan tidak bersetuju dengan hukuman yang telah dkenakan. Melalui surat bertarikh 14.8.2012 (rujuk CLB mukasurat 20 - 23) Pihak Yang Menuntut memohon penjelasan daripada Pihak Syarikat jika tidak Pihak Yang Menuntut menganggap beliau telah ditamatkan secara konstruktif oleh Pihak Syarikat. Pihak Syarikat tidak mempertimbangkan permohonan Pihak Yang Menuntut dan pada 28.8.2012 Pihak Yang Menuntut melalui email kepada Pihak Syarikat telah mendakwa bahawa beliau telah ditamatkan kerja secara konstruktif.
[8] Pihak Yang Menuntut telah memberi keterangan dan melalui Pernyataan Saksinya (CLWS), Pihak Yang Menuntut menyatakan beliau telah bekerja di Syarikat tersebut mulai 14.7.1997 sebagai 'Production Supervisor' dan pada 14.1.1998 beliau telah disahkan dalam jawatan dan gaji terakhir beliau sebelum beliau ditamatkan pekerjaan pada tahun 2012 ialah sebanyak RM4,738.00 sebulan. Pihak Yang Menuntut mendakwa pada 24.5.2012 Pihak Syarikat telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab (rujuk CLB mukasurat 15) berhubung dua kesalahan salahlaku. Namun Pihak Yang Menuntut tidak berpuashati terhadap tuduhan salahlaku itu atas alasan tiada siasatan dijalankan dan Pihak Yang Menuntut tidak tahu kesalahan tersebut dan memohon Pihak Syarikat mengadakan Siasatan Dalaman terlebih dahulu.
[9] Pihak Yang Menuntut menyatakan pada 13.6.2012 satu Siasatan Dalaman telah diadakan dan Penal Siasatan Dalaman telah mendapati beliau bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan salahlaku dan Pihak Syarikat telah mengambil tindakan disiplin terhadap Pihak Yang Menuntut iaitu dengan memotong gaji Pihak Yang Menuntut sebanyak RM988.00 sebulan. Pihak Yang Menuntut tidak berpuashati terhadap hukuman tersebut dan merayu terhadap hukuman tersebut. Selepas Pihak Syarikat mempertimbangkan rayuan Pihak Yang Menuntut, Pihak Syarikat masih tetap dengan keputusan untuk memotong gaji Pihak Yang Menuntut. Pihak Yang Menuntut di dalam keterangan beliau mendakwa beliau tidak bersalah seperti yang didakwa kerana beliau telah mematuhi segala peraturan dan arahan di dalam melupuskan barang-barang yang di 'reject'. Pihak Yang Menuntut menyatakan beliau hanya mengetahu mengenai perkara tersebut sewaktu beliau menjalankan 'housekeeping' bersama COW2 di gudang dan mendapati 154 trays tin minuman berada disitu. Mengikut keterangan Pihak Yang Menuntut jika ada 'reject item' orang bawahan beliau akan menyediakan 'corrective action report (CAR)' dan mereka perlu mendapatkan 'reject sticker' yang dikeluarkan oleh Q.A Department. Pihak Yang Menuntut menyatakan di dalam Ikatan Dokumen CLB mukasurat 8 borang 'reject' telah diperolehi daripada Q.A. Department yang dikeluarkan pada 19.11.2011. Borang itu telah ditandatangani oleh Mohd Hairi Rohim dari Q.A. Department dan Shamsuri Md Nasir iaitu pekerja daripada 'Production Line' juga ada mengesahkan perkara tersebut. Pihak Yang Menuntut menyatakan prosedur untuk 'reject item' seperti dinyatakan dalam borang di mukasurat 8 CLB dan pihak Q.A. Department tahu hal ini kerana dokumen CLB mukasurat 8 akan diedar kepada 'Operation Manager' dan 'Production Manager'. Kemudian kepada 'Supervisor', 'Assistant Supervisor', 'Line Leader' dan kemudian kepada 'Operation Manager' dan Q.A. Department.
[10] Pihak Yang Menuntut tidak berpuashati kerana hanya beliau sahaja yang dikenakan tindakan potong gaji tetapi pegawai daripada Q.A. Department tidak dikenakan sebarang tindakan dan Pihak Yang Menuntut menganggap tindakan Pihak Syarikat telah melanggar syarat kontrak perkhidmatan dan bertindak seolah-olah menghendaki beliau meninggalkan pekerjaan beliau.
KES PIHAK SYARIKAT
[11] Pihak Syarikat telah mengemukakan seramai lima orang saksi untuk memberi keterangan di Mahkamah untuk membuktikan tindakan Pihak Syarikat memotong gaji Pihak Yang Menuntut adalah mematuhi segala peraturan Syarikat dan tindakan Pihak Yang Menuntut tidak hadir bertugas adalah perbuatan Pihak Yang Menuntut sendiri yang menamatkan perkhidmatan beliau tanpa paksaan dan adalah atas kehendak Pihak Yang Menuntut sendiri. Pihak Syarikat telah mengemukakan seramai 5 orang saksi iaitu:
COW1 - Choy Yoke Keng,Assistant General Manager, HRD.
COW2 - Tan Cheng Sing,Assistant Q.A. Manager
COW3 - Shum Kit Yee,Plant Manager
COW4 - Esther Chan Lee Ching,Human Resource & Admin Manager
COW5 - Ong Beng Hock,Regional Sales Manager
[12] COW1 merupakan 'Assistant General Manager' di Bahagian Human Resource Syarikat. Sewaktu keterangan beliau di Mahkamah dan dalam Pernyataan Saksi (COWS-1), COW1 telah mengeluarkan satu surat hukuman tatatertib pada 3.8.2012 setelah satu Siasatan Dalaman diadakan terhadap Pihak Yang Menuntut (rujuk COB mukasurat 30 - 31). Mengikut keterangan COW-1 tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Pihak Yang Menuntut ialah dengan memotong gaji Pihak Yang Menuntut dari RM4,738.00 kepada RM3,750.00. Keputusan untuk memotong gaji Pihak Yang Menuntut dibuat oleh 'Group Chief Executive Officer'. Mengikut Klausa 14, Company Code of Conduct (rujuk COB mukasurat 45) Pihak Syarikat boleh mengenakan hukuman turun gred atau 'lesser punishment' di Clause 14(1) YHSM Standard Operating Procedures.
[13] Saksi kedua Pihak Syarikat (COW2) merupakan 'Assistant Q.A. Manager'. Di dalam keterangan beliau dan Pernyataan Saksi (COWS-2) menyatakan pada bulan Mac 2012 beliau bersama-sama Pihak Yang Menuntut menjalankan pemeriksaan (house keeping) di dalam gudang barang-barang sempena lawatan US Food & Drug Administration yang akan datang untuk memeriksa kilang Pihak Syarikat. Sewaktu pemeriksaan itu COW-2 menyatakan:
"Q3: Was everything in order at the warehouse?
A: No. I found a stock of 154 trays of 300 ml cans of Iced Tea Lemon had the reject sticker stuck on them. But that stock did not have Q.A approval for it to be written off.
Q4: Did you question the Claimant about it?
A: When I question the Claimant, he informed me that the particular stock was rejected and needed to be disposed off and not to be included in the production stock. I disagreed with him.
Q5: Why did you disagree with him?
A: That stock of 154 trays was not in the QA approval list nor were there the required documentation for write off and disposal. This was serious breach of procedure.
Q6: What was the correct procedure for stock reject and disposal which the Claimant ought to have followed?
A: Before any stock is written off and disposed off, QA must approve it and issue reject stickers to production. I had reasons to believe that the Claimant was wrong as he had acted without the approval from QA. It was not for the Claimant to write off and reject the 154 trays of 300 ml Iced Tea Lemon on his own.
Q7: So what action did you take?
A: I put the Claimant's decision to dispose the stock on hold and informed the Plant Manager, Ms. Shum Kit Yee."
COW2 menyatakan beliau juga ada memberi keterangan di dalam Siasatan Dalaman terhadap Pihak Yang Menuntut.
[14] Saksi ketiga Pihak Syarikat Shum Kit Yee (COW3) di dalam Pernyataan Saksi beliau (COWS-3) dan keterangan beliau di Mahkamah menyatakan beliau ialah Pengurus Kilang Syarikat di Johor Bahru dan Pihak Yang Menuntut merupakan 'Production Executive'. COW3 menyatakan pada bulan Mac 2011 beliau telah dimaklumkan oleh COW2 bahawa 154 tray Iced Lemon Tea Cans telah dilupus dan 'reject' oleh Pihak Yang Menuntut tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Q.A Department. COW3 telah mengarahkan satu siasatan dijalankan dan hasil siasatan menunjukkan Pihak Yang Menuntut telah gagal mematuhi prosedur untuk melupus dan reject minuman tin tersebut. COW3 menyatakan adalah menjadi tanggungjawab Pihak Yang Menuntut untuk menyelia operasi pengeluaran tersebut. COW3 menyatakan tatacara yang betul untuk melupus barang ialah:
"Q6: What was the Correct procedure which the Claimant ought to have followed?
A: Before any stock is written off, rejected and disposed, Production Department must notify and get QA Department's approval. That requirement was not done."
[15] Saksi keempat Pihak Syarikat ialah Esther Chan Lee Ching (COW4). Di dalam keterangan dan pernyataannya COW4 menyatakan beliau bertugas sebagai 'Human Resource & Admin Manager'. COW4 telah menjalankan siasatan terhadap Pihak Yang Menuntut terhadap salahlaku tersebut seperti dalam Pernyataan Saksinya:
"Q6: Please explain the misconduct alleged against him.
A: The misconduct arose from an incident which took place in his Production Line on 19.11.2011 when a Production Operator had used the wrong covers for the Iced Tea Lemon cans. This resulted in 154 trays of Iced Tea Lemon Cans becoming unsuitable for sale. It is our Company's requirement that such problem be immediately informed to senior management. The production operator who caused the problem and his supervisor had promptly informed the Claimant but the Claimant did not inform his Superior. Instead, the 154 trays were left in the warehouse as rejects. Four months later, in March 2012, our QA department found out about the 154 trays and questioned the Claimant about it. The Claimant told the Assistant QA Manager that the 154 trays of cans were to be disposed. The Assistant QA Manager found that the documentations required for disposal was not carried out by the Claimant and therefore reported it to the Plant Manager who directed investigation. Following that the two charges of misconduct were brought against him in the Show Cause Letter which is found on page 15 of Claimant's Bundle of Document (CLB). "
[16] COW4 menyatakan selepas Pihak Yang Menuntut didapati bersalah di dalam Siasatan Dalaman, Pihak Yang Menuntut tidak berpuashati terhadap hukuman yang dikenakan iaitu pemotongan gaji dan Pihak Yang Menuntut telah menghantar surat kepada Pihak Syarikat di atas ketidakpuasan hati beliau terhadap hukuman itu dan Pihak Syarikat telah menjawab surat Pihak Yang Menuntut itu pada 16.8.2012. Pada 28.8.2012 Pihak Menuntut telah mendakwa beliau telah ditamatkan pekerjaan secara konstruktif. COW4 menyatakan pada 3.9.2012 Pihak Syarikat telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab terhadap Pihak Yang Menuntut (Rujuk COB mukasurat 36) kerana kegagalan Pihak Yang Menuntut untuk hadir bekerja. Kegagalan Pihak Menuntut menjawab surat tunjuk sebab itu pada 12.9.2012 menyebabkan Pihak Syarikat telah mengeluarkan satu surat kepada Pihak Yang Menuntut kerana telah pecah kontrak pekerjaan dengan tidak hadir bertugas (rujuk COB mukasurat 37). COW4 juga menyatakan beliau juga bertindak sebagai Pegawai Pendakwa di dalam Siasatan Dalaman yang dijalankan terhadap Pihak Yang Menuntut.
[17] COW5 Ong Beng Hock merupakan 'Regional Sales Manager' dan di dalam Pernyataan Saksi (COWS5) beliau menyatakan beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Panel satu Siasatan Dalaman yang dijalankan terhadap Pihak Yang Menuntut pada 13.6.2012. Pihak Syarikat telah memanggil seramai tiga orang saksi dan Pihak Yang Menuntut berpeluang menyoalbalas saksi-saksi tersebut (rujuk nota-nota Siasatan Dalaman di COB-1 mukasurat 1 - 9). Selepas Siasatan Dalaman dijalankan pihak Panel telah mendapati Pihak Menuntut bersalah terhadap dua pertuduhan itu dan laporan pihak Panel seperti mukasurat 28 dan 29 COB.
UNDANG-UNDANG
[18] Beban untuk membuktikan pembuangan kerja secara konstruktif terletak di bahu pihak pekerja. Y.A.A Salleh Abbas (Ketua Hakim Negara ketiga itu) dalam kes Wong Chee Hong v Cathay Organisation (M) Sdn. Bhd. (1988) 1 CLJ mukasurat 445 telah menerimapakai prinsip dalam kes Western Excavating seperti berikut:-
"The Common law has always recognised the right of an employee to terminate his contract of service and therefore to consider himself as discharged from further obligations if the employer is guilty of such breach as affects the foundation of the contract or if the employer has evinced or shown an intention not to be bound by it any longer. It was an attempt to enlarge the right of the employee of unilateral termination of his contract beyond the perimeter of the common law by an unreasonable conduct of his employer that the expression "constructive dismissal" was used."
[19] Dalam kes Bayer (M) Sdn. Bhd. v Anwar bin Abdul Rahim (1996) 2 CLJ 49 menerimapakai prinsip di dalam kes Wong Chee Hong seperti berikut:-
"Thus it is settled law that test applicable in or constructive dismissal case is the contract test and not the test of reasonableness. To claim constructive dismissal four conditions must be fulfilled. These conditions are:-
(i) There must be a breach of contract by the employer;
(ii) The breach must be sufficiently important to justify the employee resigning;
(iii) The employee must leave in response to the breach and not for any other unconnected reason; and
(iv) Must no occasion any undue delay in terminating the contract otherwise he will be deemed to have waive the breach and agreed to vary the contract.
ISU
[20] Isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah samada:
(i) Adakah Pihak Yang Menuntut telah ditamatkan pekerjaan secara konstruktif?
(ii) Samada penamatan itu dibuat secara adil dan bersebab?
PENILAIAN, KETERANGAN DAN DAPATAN
[21] Mahkamah telah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh Pihak Yang Menuntut melalui keterangan lisan dan dokumentar dan begitu juga keterangan Pihak Syarikat melalui saksi-saksi mereka bersama keterangan dokumentar. Wakil Pihak Yang Menuntut iaitu MTUC dan Peguam Pihak Syarikat juga telah mengemukakan hujahan bertulis untuk membantu Mahkamah mencapai satu keputusan yang adil.
[22] Beban pembuktian di dalam kes pemecatan secara konstruktif terletak di bahu Pihak Yang Menuntut. Pihak Yang Menuntut perlu membuktikan kepada Mahkamah bahawa syarat-syarat seperti dalam kes Wong Chee Hongperlu dibuktikan terlebih dahulu untuk membuktikan pemecatan secara konstruktif itu wujud. Rujuk kes Wong Chee Hong dan Bayer (M) Sdn. Bhd. v. Anuar bin Abd. Rahim. Jika Pihak Yang Menuntut berjaya membuktikan elemen-elemen yang digariskan di dalam kes di atas barulah beban tersebut beralih kepada Pihak Syarikat untuk menunjukkan penamatan kerja itu dibuat secara adil dan bersebab.
Elemen 1 - Adakah Pihak Yang Menuntut berjaya membuktikan prasyarat seperti dinyatakan didalam kes di atas iaitu;
(i) The Company, by its conduct, has breached a term or terms of his contract of employment or has evinced an intention no longer to be bound by it;
(ii) the breach was a fundamental breach going to the root or foundation of the contract;
(iii) he left in response to that breach and not for some unconnected reason; and
(iv) he did not delay too long in terminating the contract in response to the company's breach.
[23] Daripada fakta dan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan di hadapan Mahkamah isu ini timbul apabila Pihak Syarikat mendakwa Pihak Yang Menuntut telah melakukan dua kesalahan salahlaku seperti dinyatakan oleh COW4 di dalam Kenyataan saksi beliau di soalan 6 di COWS-4 seperti berikut:
"Q6: Please explain the misconduct alleged against him.
A: The misconduct arose from an incident which took place n his Production Line on 19.11.2011 when a Production Operator had used the wrong covers for the Iced Tea Lemon cans. This resulted in 154 trays of Iced Tea Lemon Cans becoming unsuitable for sale. It is our Company's requirement that such problem be immediately informed to senior management. The production operator who caused the problem and his supervisor had promptly informed the Claimant but the Claimant did not inform his Superior. Instead, the 154 trays were left in the warehouse as rejects. Four months later, in March 2012, our QA department found out about the 154 trays and questioned the Claimant about it. The Claimant told the Assistant QA Manager that the 154 trays of cans were to be disposed. The Assistant QA Manager found that the documentations required for disposal was not carried out by the Claimant and therefore reported it to the Plant Manager who directed investigation. Following that the two charges of misconduct were brought against him in the Show Cause Letter which is found on page 15 of Claimant's Bundle of Document (CLB). "
Berikutan dari itu satu siasatan telah dijalankan oleh Pihak Syarikat dan Pihak Syarikat telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Pihak Yang Menuntut selaku 'Production Executive' dan dua orang pekerja di bawah Pihak Yang Menuntut iaitu Shamsuri bin Mohd Nasir dan Muhammad Sabri bin Mat Shamsuddin, 'Line Operator' (Supervisor) pada 24.5.2012 (rujuk CLB mukasurat 15 dan COB mukasurat 14 dan 17). Pihak Yang Menuntut tidak mahu memberi apa-apa penjelasan terhadap surat tunjuk sebab (rujuk CLB mukasurat 15) tetapi memohon Pihak Syarikat mengadakan satu Siasatan Dalaman atas alasan Pihak Syarikat gagal menjalankan siasatan secara terperinci terlebih dahulu. Pihak Syarikat bersetuju menjalankan Siasatan Dalaman terhadap Pihak Yang Menuntut pada13.6.2012 (rujuk COB mukasurat 30). Hasil daripada Siasatan Dalaman, Pihak Yang Menuntut telah didapati bersalah oleh Panel Siasatan Dalaman terhadap dua pertuduhan salahlaku (rujuk COB mukasurat 28 dan 29). Pihak Syarikat selepas mengambilkira keadaan kes telah mengenakan hukuman potong gaji bermula dari 1.8.2012 iaitu gaji Pihak Yang Menuntut daripada RM4,738.00 diturunkan kepada RM3,750.00 iaitu jumlah maksimum ditangga gred gaji M2 Eksekutif dan lainlain syarat pekerjaan masih kekal. Pihak Yang Menuntut tidak berpuashati terhadap hukuman tersebut dan melalui surat beliau bertarikh 14.8.2012 tidak bersetuju dikenakan hukuman potong gaji dan memohon Pihak Syarikat memberi penjelasan jika tidak beliau beranggapan bahawa diri beliau ditamatkan secara konstruktif (rujuk CLB mukasurat 20, 21 dan 22). Pihak Syarikat melalui surat bertarikh 16.8.2012 mengekalkan keputusan yang telah mereka ambil.
[24] Mahkamah telah merujuk surat ketidakpuasan hati Pihak Yang Menuntut (grievance) (rujuk CLB mukasurat 20 - 23). Pihak Yang Menuntut hanya membangkitkan cara Panel Siasatan Dalaman membuat keputusan dan mempertikaikan keputusan Pihak Syarikat mengenakan hukuman potong gaji sebanyak RM988.00 seorang sahaja tanpa mengambil tindakan terhadap pekerja-pekerja yang lain.
[25] Setelah Mahkamah meneliti fakta di atas, Mahkamah mendapati Pihak Yang Menuntut gagal untuk membuktikan elemen pertama yang menunjukkan Pihak Syarikat telah melakukan pecah kontrak perkhidmatan dan berniat tidak mahu meneruskan kontrak tersebut.
[26] Daripada fakta kes, jelas tindakan Pihak Syarikat memberi surat tunjuk sebab kepada Pihak Yang Menuntut berlandaskan kepada satu laporan yang diterima oleh Pihak Syarikat berhubung satu kejadian yang berlaku pada 19.11.2011 yang mana 'Production Operator' telah tersilap menggunakan 'cover' untuk ice lemon tea dan menyebabkan sebanyak 154 trays ice lemon tea tidak sesuai untuk dijual. Kesemua 154 trays kemudiannya telah dilabel sebagai 'reject item' dan disimpan di dalam stor. 'Operator' dan 'Supervisor' di bahagian 'Production' telah memaklumkan hal tersebut kepada Pihak Yang Menuntut sebagai 'Senior Production' yang bertanggungjawab untuk mengawalselia 'production line' tersebut. Tetapi Pihak Yang Menuntut tidak memaklumkan hal itu kepada 'Senior Management' sehinggalah 4 bulan kemudian pada bulan Mac 2012 Q.A. Department mendapati 154 trays itu tidak mempunyai apa-apa kelulusan daripada Q.A. Department untuk dilupuskan.
[28] Pihak Syarikat telah menjalankan satu siasatan dan di atas kehendak Pihak Yang Menuntut satu Siasatan Dalaman telah dijalankan oleh Pihak Syarikat. Pihak Yang Menuntut telah diberi peluang untuk menyoal balas saksisaksi Pihak Syarikat terhadap dua pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau. Akhirnya Panel Siasatan Dalaman telah mendapati ada keterangan yang menunjukkan Pihak Yang Menuntut bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
[29] Daripada fakta ini juga menunjukkan Pihak Syarikat juga telah member hak untuk Pihak Yang Menuntut membela diri terhadap pertuduhan tersebut dan Mahkamah berpuashati Siasatan Dalaman itu telah dijalankan secara teratur. Pihak Menuntut juga telah mempertikaikan keputusan Pihak Pengurusan Syarikat mengenakan hukuman memotong gaji beliau sebanyak RM988.00 sebulan tanpa mengikut mana-mana peruntukan atau peraturan. Pihak Syarikat telah merujuk Code of Conduct Syarikat (rujuk mukasurat 38 - 52 COB) Klausa 15.1(2) dan (3); '(2) downgrade the employee or (3) improve any other lesser punishment as he deem fit'.
[30] Mengikut keterangan COW1 di dalam Pernyataan Saksi beliau COWS-1 soalan 7:
"The Claimant as the Production Executive had a duty to promptly disclose to QA the line reject incident in his department. He not only failed to do so but proceeded without authority to instruct the disposal and writing off of the 154 trays of the stock. There was breach of procedure, dishonesty and financial loss to the Company that warranted dismissal, but the management took into account his long service with the Company and imposed the lesser punishment of salary reduction."
[31] Pihak Syarikat juga turut mengambil tindakan terhadap 'supervisor' dan 'line operator' yang 'report duty' kepada Pihak Yang Menuntut. Kedua-dua mereka telah diberi tunjuk sebab dan telah memberi penjelasan terhadap surat tunjuk sebab dan Pihak Syarikat telah mengeluarkan amaran kepada mereka berdua. Pihak Syarikat telah mengenakan hukuman potong gaji berdasarkan Pihak Yang Menuntut merupakan seorang 'Senior Production Executive' dan mempunyai tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan dan sepatutnya Pihak Yang Menuntut perlu menjalankan tanggungjawab sepenuhnya terhadap Syarikat.
[32] Setelah Mahkamah meneliti tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pihak Syarikat dalam kes ini, Mahkamah mendapati tiada apa-apa ketinggalan atau pelanggaran syarat perkhidmatan yang dilakukan oleh Pihak Syarikat terhadap Pihak Yang Menuntut. Oleh yang demikian Mahkamah memutuskan bahawa Pihak Yang Menuntut gagal membuktikan bahawa beliau telah ditamatkan kerja secara konstruktif. Kegagalan Pihak Yang Menuntut untuk hadir bertugas dan kegagalan beliau menjawab surat tunjuk sebab kerana kesalahan tidak hadir bertugas adalah atas kehendak Pihak Yang Menuntut sendiri. Oleh itu tuntutan Pihak Yang Menuntut ditolak.
DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 19 FEBRUARI 2016
tt
SAPINI BIN MAT SAMAN
PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
En. A. Sivananthan,Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Lau Kok Poh - Pihak Menuntut
Encik T. Siva Subramaniam,Tetuan T. Siva & Co (Peguam Pihak Syarikat)
Puan Rozana binti Mat Saad,Pengurus Bhgn Sumber Manusia
Image result for mahkamah

No comments:

Post a Comment