Thursday, October 15, 2015

MALAYSIA:::MTUC BANTAH KENAIKAN HARGA TOL SECARA DRASTIK

MTUC membantah sekeras-kerasnya kenaikan drastik 17-80% harga tol yang diumumkan oleh syarikat konsesi  pada 17 lebuh raya sekitar Lembah Klang dan Terowong SMART serta lebuhraya Senai-Desaru di Johor mulai 15hb Oktober 2015 amat tidak adil dan tidak wajar. Keadaan rakyat yang sedang berhempas pulas terus berhadapan dengan gelombang kos sara hidup yang cukup dahsyat pada ketika ini.

Kenyataan Kementerian Kerja Raya dalam kenyataannya, berkata kerajaan tidak berhasrat membebankan rakyat dengan kadar tol yang tinggi, sebaliknya kadar dikenakan mengalami ‘gradual increment’ sepanjang tempoh konsesi dan pampasan perlu dibayar mengikut peruntukkan dalam perjanjian.