MTUC membantah sekeras-kerasnya kenaikan drastik 17-80% harga
tol yang diumumkan oleh syarikat konsesi
pada 17 lebuh raya sekitar Lembah Klang dan Terowong SMART serta
lebuhraya Senai-Desaru di Johor mulai 15hb Oktober 2015 amat tidak adil dan
tidak wajar. Keadaan rakyat yang sedang berhempas pulas terus berhadapan dengan
gelombang kos sara hidup yang cukup dahsyat pada ketika ini.
Kenyataan Kementerian Kerja Raya dalam kenyataannya, berkata
kerajaan tidak berhasrat membebankan rakyat dengan kadar tol yang tinggi,
sebaliknya kadar dikenakan mengalami ‘gradual
increment’ sepanjang tempoh konsesi dan pampasan perlu dibayar mengikut
peruntukkan dalam perjanjian.
Persoalan MTUC ialah: Apakah isi kandungan perjanjian
konsesi tersebut? Mengapakah perjanjian tersebut tidak diedarkan kepada pihak
umum?
MTUC merasakan adalah wajar sekiranya kerajaan menyemak dan mengkaji
semula syarat perjanjian tersebut supaya tidak melepaskan segala bebanan ditanggung
oleh pengguna dan orang awam.
Ø Rakyat sudah pun dibebankan dengan GST
6 %, susulan dengan pengenalan GST semua harga barangan dan perkhidmatan telah
naik secara mendadak, dan dimanakah pemantauan untuk menyekat kenaikan kos
hidup ini?
Kajian FOMCA membuktikan bahawa harga barangan dan
perkhidmatan naik 20% selepas mengenalan GST:
“
The price of
goods have shot up between 20 to 30 percent after the implementation of the
goods and services tax (GST) says a recent survey conducted by the Federation
of Malaysian Consumers Associations (Fomca). "We found that the price of
most goods have gone up 20 to 30 percent compared to prices listed in the guide
book (issued by government)," Fomca Deputy President Mohd Yusof Abdul
Rahman said.
Ø Rakyat menerima kesan ketara akibat
penurunan nilai mata wang US dan Euro yang telah menjurus kepada peningkatan
harga barangan yang tinggi terutamanya barangan import.
Ø Kenaikan harga Petrol dan Diesal juga
secara tidak langsung telah menyebabkan kenaikan harga barangan.
Ø Kenaikan tol akan memberi kesan yang
lebih mudarat di mana semua pihak termasuk pembekal, pemborong, peruncit yang
menggunakan penggangkutan sebagai mod jaringan saluran penghantaran akan
menaikan harga barangan dan perkhidmatan sewenang-wenangnya.
MTUC wakil pekerja merasakan adalah hak
kita bersama untuk mengetahui isi kandungan konsesi perjanjian tersebut.
Seterusnya kerajaan tidak harus meningkatkan beban rakyat sedangkan gaji
pekerja masih setara.
N.GOPAL KISHNAM
No comments:
Post a Comment