Thursday, July 10, 2014

Kersatuan pekerja bimbang pembentukan bank terbesar di Malaysia jejas pekerja / Merger to form Malaysia’s biggest bank may lead to job losses, says union -



Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) bimbang terhadap kesan cadangan penggabungan dua bank dan badan kewangan ke atas pekerjaan mereka kerana sehingga kini mereka tidak dirujuk.
Presiden NUBE, Tan Eng Hong melahirkan kekecewaan dengan Bank Negara kerana kesatuan tidak dipanggil berbincang mengenai perkara itu, merujuk kepada laporan berita hari ini bahawa tiga institusi kewangan  CIMB Group Holdings Bhd, RHB Capital Sdn Bhd dan Malaysia Building Society Bhd merancang untuk bergabung dan membentuk bank terbesar di Malaysia.
Beliau berkata penggabungan institusi kewangan atau bank-bank di Malaysia memerlukan kelulusan terlebih dahulu daripada bank pusat negara itu.

HAKIKAT PERJUANGAN (RUM) VIDEO