Sunday, February 1, 2015

MALAYSIA:::Kesatuan guru mahu pekeliling lama mengenai rotan dikaji semula

Setiausaha Agung KPPK Lok Yim Pheng menyarankan Putrajaya supaya mengkaji kaedah lain selain merotan sebagai cara mendisiplinkan pelajar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 31 Januari, 2015.
Setiausaha Agung KPPK Lok Yim Pheng menyarankan Putrajaya supaya mengkaji kaedah lain selain merotan sebagai cara mendisiplinkan pelajar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 
31 Januari, 2015. Putrajaya disaran mengkaji semula satu pekeliling Kementerian Pendidikan yang dikeluarkan pada 1959, berhubung merotan pelajar sekolah, yang kini dianggap ketinggalan zaman dan perlu dipastikan selaras dengan keadaan semasa, kata  Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) hari ini.
Setiausaha Agung KPPK Lok Yim Pheng berkata, peraturan itu, di bawah Ordinan Pelajaran 1957, seharusnya lebih jelas dalam menyatakan jenis merotan yang boleh dikategorikan sebagai mendera atau satu kelakuan jenayah.
"(Kementerian) perlu lihat sama ada isu merotan ini perlu ditangani atau dikaji semula. Selain merotan, apa kaedah lain yang kita boleh gunakan, kerana ini kaedah lama," katanya.