Sunday, October 5, 2014

MALAYSIA:::NUJ lulus usul keahlian wartawan portal berita


Mesyuarat Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) meluluskan usul meminda perlembagaannya bagi menerima wartawan portal berita dan stesen televisyen satelit sebagai anggota.

Usul berkenaan diluluskan dalam mesyuarat dwitahunan luar biasanya semalam, kata presiden NUJ, Chin Sung Chew.