Friday, December 30, 2016

Persekutuan majikan jangka 50,000 pekerja dibuang tahun depan

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan jumlah pekerja yang diberhentikan pada tahun depan akan terus meningkat antara 45,000 hingga 50,000 orang.
Ketua Pegawai Eksekutif MEF, Datuk Samsuddin Bardan memberitahu Oriental Daily 31,000 pekerja diberhentikan setakat September lalu dan sehingga 50,000 orang dijangka dibuang tahun depan dengan sektor paling terjejas ialah kewangan dan insurans.
Beliau berkata, risiko pemberhentian kerja juga agak tinggi dalam sektor teknologi kewangan (Fintech), teknologi insurans (Insurtech), pembuatan dan pembinaan kerana kadar permintaan merosot.

DPMM jangka Malaysia tak mampu jadi negara pendapatan tinggi pada 2020

Malaysia tidak mampu mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan lebih teruk lagi rakyat berpendapatan sederhana kini menjadi golongan berpendapatan rendah, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
Datuk Syed Ali Al-Attas dipetik Sin Chew Daily berkata, semua ahlinya daripada pelbagai sektor juga sependapat matlamat tahun depan ialah terus kekal berdaya tahan bagi menghadapi cabaran, bukannya memikirkan cara mengembangkan perniagaan.

Allow refugees to work, says Amnesty Malaysia

 Amnesty International Malaysia has urged Putrajaya to look at Rohingya refugees as a source of labour to address the shortage it claims the country is facing.
Its executive director, Shamini Darshni Kaliemuthu, said a wise government would weigh this option against the need to bring in more foreign workers.
“We should be looking at the Rohingya as a work source,” she told FMT. “They are already here. We already have them. Allow them to work.”