Wednesday, August 24, 2016

MALAYSIA:::Positive outlook, businesses picking up this year after challenging 2015

Malaysian manufacturers noted business conditions in the first half of the year have improved and the outlook for the rest of the year is more positive. Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) president Tan Sri Saw Choo Boon said after a challenging 2015, capital investment and business activities have picked up in the first half of this year. "Business activities among manufacturers have picked up amid volatility in the global export market," he told reporters at a briefing to present the findings of the FMM-MIER Business Conditions Index here today.

Malaysian Law 69572 AWARD 23674 (Status pekerjaan Pihak Menuntut sebagai “Fixed-Term Contract” tetapi sebenarnya status pekerjaan Pihak Menuntut adalah bersifat tetap (“Permanent”) atas alasan berikut:-)

Malaysian Law 69572 AWARD 23674

 Status pekerjaan Pihak Menuntut sebagai “Fixed-Term Contract” tetapi sebenarnya status pekerjaan Pihak Menuntut adalah bersifat tetap (“Permanent”) atas alasan berikut:-

a) Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (“CEO”) atau setaraf dengannya di Responden bersifat hakiki serta tetap dan akan terus wujud selagi mana syarikat Responden terus beroperasi walaupun selepas Pihak Menuntut ditamatkan perkhidmatannya.

 b) Jawatan Pihak Menuntut di syarikat Responden tidak bersifat sementara untuk menguruskan sesuatu projek khas sahaja yang mempunyai masa bermula dan tamat. 

c) Perkhidmatan Pihak Menuntut telah dilanjutkan sekali oleh syarikat Responden dengan tambahan kenaikan gaji, elaun serta insentif sebelum ini.

 d) Tiada tarikh yang jelas menyatakan bila perkhidmatan Pihak Menuntut bermula dan berakhir di dalam terma kontrak perkhidmatan. 

Pihak Menuntut mendakwa Responden telah menamatkan perkhidmatan secara tidak sah di sisi undang-undang tanpa alasan yang adil, kasar, tergesa-gesa dan memalukan. Pihak Menuntut juga memohon untuk diambil bekerja semula dengan Responden ke jawatan asalnya dan lain-lain tuntutan yang dinyatakan di dalam pernyataan kes.

 Pihak Responden menyatakan bahawa Responden telah melakukan penamatan perkhidmatan kepada pihak menuntut mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh undangundang pekerjaan dan penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut telah dilakukan secara sah di sisi undang-undang pekerjaan.

BEBAN PEMBUKTIAN

 Dalam kes Telekom Malaysia Kawasan Utara v. Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut:

 “Mahkamah Perusahaan tidak perlu dibebankan dengan segala perkara-perkara teknikal berkenaan perbezaan beban bukti atau rukun keterangan atau prosedur yang perlu dipakai dalam mahkamah undangundang. 

Mahkamah Perusahaan mesti dibenarkan untuk menjalankan prosidingnya sebagai satu 'mahkamah timbangtara' dengan membenarkan beberapa kelonggaran bertujuan bagi mencapai satu keputusan asalkan ia mengambil kira keteguhan merit dalam kes dan membuat keputusan menurut ekuiti dan dengan kemurnian.

 Representasi oleh Menteri kepada Mahkamah Perusahaan tidak boleh ditakrifkan sebagai 'sivil' atau 'jenayah' dengan beban kebuktian yang berbeza bagi setiap klasifikasi. Dengan demikian dalam pendengaran kes tuntutan ketidakadilan pemecatan dimana pekerja dipecat berdasarkan pertuduhan kesalahan jenayah seperti kes curi harta syarikat.

 Mahkamah Perusahaan tidak perlu memenuhi kehendak melangkaui batasan keraguan bahawa kesalahan itu telah dilakukan. Beban kebuktian yang perlu dipakai adalah standard sivil iaitu imbangan 10 kebarangkalian yang fleksibel supaya kadar kebarangkalian yang diperlukan sesuai dengan jenis dan graviti isu yang dibicarakan.”

Di dalam Advanced Ceremics Technology (M) Sdn. Bhd. Vs Chong Kok Foo & Mahkamah Perusahaan Malaysia (2014) 1 LNS 1365 memberi garis panduan apakah itu “fixed term contract”.

 Berdasarkan kes Low Ching Hock vs Malcon Rep Haulage (M) Sdn. Bhd & Anor (2014) 2 LNS 1001 

Mahkamah telah memutuskan bahawa ‘Contractual Termination” juga adalah bentuk ‘dismissal’ untuk tujuan Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. 

Fakta kes ini menunjukkan bahawa perkhidmatan Pihak Menuntut bertarikh 23hb Julai 2013 berdasarkan terma kontrak dan tanpa alasan-alasan lain merupakan “termination simpliciter”. 

Mahkamah merujuk kepada kes Dr. A. Dutt vs Assunta Hospital (1981) 1 LNS 5 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan “termination simpliciter” berdasarkan terma kontrak adalah merupakan suatu penamatan perkhidmatan tanpa alasan adil dan munasabah.

Remedi

 Dalam kes ini setelah mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan Mahkamah berpendapat bahawa perlantikan semula ke jawatan asal bukan remedi yang bersesuaian memandangkan tempoh ‘fixed term contract” telah tamat pada 31hb Disember 2013. 

Mahkamah merujuk kepada kes Ravindran Ayasamy vs Malaysia Design & Innovation Centre (2009) 2 ILR 102 dan memutuskan Pihak Responden untuk membayar gaji untuk 5 bulan mengambil kira daripada tarikh penamatan perkhidmatan sehingga kontrak perkhidmatan yang sepatutnya tamat pada 31hb Disember 2013.



Image result for mahkamah perusahaan di malaysia