Malaysian Law 69572 AWARD 23674
Status pekerjaan Pihak Menuntut sebagai “Fixed-Term Contract” tetapi sebenarnya status pekerjaan Pihak Menuntut adalah bersifat tetap (“Permanent”) atas alasan berikut:-
a) Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (“CEO”) atau setaraf dengannya
di Responden bersifat hakiki serta tetap dan akan terus wujud selagi
mana syarikat Responden terus beroperasi walaupun selepas Pihak
Menuntut ditamatkan perkhidmatannya.
b) Jawatan Pihak Menuntut di syarikat Responden tidak bersifat
sementara untuk menguruskan sesuatu projek khas sahaja yang
mempunyai masa bermula dan tamat.
c) Perkhidmatan Pihak Menuntut telah dilanjutkan sekali oleh syarikat
Responden dengan tambahan kenaikan gaji, elaun serta insentif
sebelum ini.
d) Tiada tarikh yang jelas menyatakan bila perkhidmatan Pihak
Menuntut bermula dan berakhir di dalam terma kontrak
perkhidmatan.
Pihak Menuntut mendakwa Responden telah menamatkan
perkhidmatan secara tidak sah di sisi undang-undang tanpa alasan yang adil,
kasar, tergesa-gesa dan memalukan. Pihak Menuntut juga memohon untuk
diambil bekerja semula dengan Responden ke jawatan asalnya dan lain-lain
tuntutan yang dinyatakan di dalam pernyataan kes.
Pihak Responden
menyatakan bahawa Responden telah melakukan penamatan perkhidmatan
kepada pihak menuntut mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh undangundang
pekerjaan dan penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut telah dilakukan
secara sah di sisi undang-undang pekerjaan.
BEBAN PEMBUKTIAN
Dalam kes Telekom Malaysia Kawasan Utara v. Krishnan Kutty
Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314 di mana Mahkamah Rayuan
memutuskan seperti berikut:
“Mahkamah Perusahaan tidak perlu dibebankan dengan segala
perkara-perkara teknikal berkenaan perbezaan beban bukti atau rukun
keterangan atau prosedur yang perlu dipakai dalam mahkamah undangundang.
Mahkamah Perusahaan mesti dibenarkan untuk menjalankan
prosidingnya sebagai satu 'mahkamah timbangtara' dengan membenarkan
beberapa kelonggaran bertujuan bagi mencapai satu keputusan asalkan ia
mengambil kira keteguhan merit dalam kes dan membuat keputusan menurut
ekuiti dan dengan kemurnian.
Representasi oleh Menteri kepada Mahkamah
Perusahaan tidak boleh ditakrifkan sebagai 'sivil' atau 'jenayah' dengan beban
kebuktian yang berbeza bagi setiap klasifikasi.
Dengan demikian dalam pendengaran kes tuntutan ketidakadilan
pemecatan dimana pekerja dipecat berdasarkan pertuduhan kesalahan
jenayah seperti kes curi harta syarikat.
Mahkamah Perusahaan tidak perlu
memenuhi kehendak melangkaui batasan keraguan bahawa kesalahan itu
telah dilakukan. Beban kebuktian yang perlu dipakai adalah standard sivil iaitu
imbangan 10 kebarangkalian yang fleksibel supaya kadar kebarangkalian
yang diperlukan sesuai dengan jenis dan graviti isu yang dibicarakan.”
Di dalam Advanced Ceremics Technology (M) Sdn. Bhd. Vs
Chong Kok Foo & Mahkamah Perusahaan Malaysia (2014) 1 LNS 1365
memberi garis panduan apakah itu “fixed term contract”.
Berdasarkan kes Low Ching Hock vs Malcon Rep Haulage (M)
Sdn. Bhd & Anor (2014) 2 LNS 1001
Mahkamah telah memutuskan bahawa
‘Contractual Termination” juga adalah bentuk ‘dismissal’ untuk tujuan Seksyen 20
Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Fakta kes ini menunjukkan bahawa perkhidmatan Pihak Menuntut
bertarikh 23hb Julai 2013 berdasarkan terma kontrak dan tanpa alasan-alasan
lain merupakan “termination simpliciter”.
Mahkamah merujuk kepada kes Dr. A. Dutt vs Assunta Hospital
(1981) 1 LNS 5 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan “termination
simpliciter” berdasarkan terma kontrak adalah merupakan suatu penamatan
perkhidmatan tanpa alasan adil dan munasabah.
Remedi
Dalam kes ini setelah mempertimbangkan keterangan yang
dikemukakan Mahkamah berpendapat bahawa perlantikan semula ke jawatan
asal bukan remedi yang bersesuaian memandangkan tempoh ‘fixed term
contract” telah tamat pada 31hb Disember 2013.
Mahkamah merujuk kepada kes Ravindran Ayasamy vs Malaysia
Design & Innovation Centre (2009) 2 ILR 102 dan memutuskan Pihak
Responden untuk membayar gaji untuk 5 bulan mengambil kira daripada tarikh
penamatan perkhidmatan sehingga kontrak perkhidmatan yang sepatutnya tamat
pada 31hb Disember 2013.
No comments:
Post a Comment