Thursday, June 6, 2013

PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMAN

PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMAN ( DI )


 PENGENALAN

DI. Biasanya DI dibuat bagi major misconduct atau kesalahan yang boleh mendatangkan penalty yang besar. Contohnya dibuang kerja (termination), diturunkan pangkat (demotion), digantung kerja (suspension), dsb. Walaubagaimanapun DI adalah sesuatu yang PERLU sebelum sesuatu tindakan disiplin serius dibuat, menandakan majikan telah mengikut prosedur yg betul sebelum mengambil tindakan. Ini kerana sebaik sahaja kes dibicarakan di mahkamah perusahaan soalan wajib yang ditanya oleh juri, “Ada buat siasatan dalaman?” “Boleh saya tengok rekod siasatan dalaman?”



Langkah yang perlu diikuti sebelum DI dilaksanakan:-

1- Majikan perlu mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (Showcause Letter).

2- Selepas dapat reply letter daripada pekerja, analisa jawapan yang diberi. Sekiranya tidak memuaskan hati dan banyak keraguan keluarkan satu surat Panggilan Untuk DI. Dalam surat tersebut mesti tertulis dengan jelas Tuduhan (charge) ke atas tertuduh, tarikh, masa dan tempat DI akan dijalankan. Maklumkan juga yg tertuduh boleh membawa saksi yang menyokong keterangan dia pada hari kejadian. Kegagalan dia menghadirkan diri, DI akan diteruskan secara ex-parte, dan keputusan akan dibuat oleh juri walaupun tanpa kehadiran tertuduh dan ianya muktamad.

Nota: Gantung kerja yg dibenarkan adalah 2 minggu dengan separuh gaji, baki separuh gaji perlu dipulangkan sekiranya selepas DI tertuduh didapati tidak bersalah. Sekiranya 2 minggu tidak mencukupi untuk pihak syarikat menghabiskan siasatan dan membuat persiapan DI, gantung kerja boleh dilanjutkan (dengan mengeluarkan surat lain Lanjutan Penggantungan Kerja) dengan bayaran gaji penuh kepada pekerja.

3 – Tak perlu gantung pekerja sekiranya kehadiran beliau ke syarikat tidak memberi sebarang masalah atau kesukaran sehingga hari DI.

4 – Pegawai penyiasat boleh memulakan siasatan dengan mengumpul seberapa banyak bukti dan keterangan saksi secara bertulis sebelum hari DI. Kemudian serahkan hasil siasatan dan bukti kepada pegawai pendakwa dalam DI. Pegawai pendakwa akan menyediakan soalan dan melampirkan semua bukti-bukti yang dikumpul untuk diserahkan pada juri pada waktu DI.

5 – Lantik 3 orang non-bias juri. Yang bermaksud juri mestilah bukan pegawai atasan atau rakan sekerja yang satu bahagian kepada tertuduh. Juri perlulah dari level eksekutif dan ke atas. Dari tiga juri tersebut, seorang darinya adalah ketua juri merangkap pengerusi (chairman) untuk DI tersebut. Kemudian lantik seorang pekerja untuk menjadi setiausaha bagi mencatit minit DI.

PROSES DI

1.1       Sesi Siasatan Dalaman dijalankan apabila pihak Syarikat , berdasarkan kepada siasatan awalan             yang dijalankan, berpendapat bahawa seseorang pekerja telah melakukan salah laku yang serius.

                   Semasa  sesi Siasatan Dalaman, pekerja terbabit yang dikenali sebagai Tertuduh akan didakwa                     Terhadap salah laku yang dipercayai telah dilakukan. Pembentangan kes akan dijalankan oleh                        pegawai yang dilantik  oleh Syarikat yang dikenali sebagai Pegawai Pembentang Kes.

1.2       Panel Siasatan Dalaman merupakan pihak ketiga yang dipertanggungjawabkan untuk mendengar                 pembentangan kes oleh Pegawai Pembentang Kes dan juga pembelaan daripada Tertuduh seterusnya

          Panel Siasatan akan membuat keputusan samada Tertuduh bersalah atau tidak terhadap dakwaan                 yang dikemukakan. 

1.3       Panel Siasatan ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan dua orang ahli Panel lain.

1.4       Pada dasarnya, tujuan Siasatan Dalaman diadakan adalah untuk;
            -Mencari kebenaran
            -Menegak kebenaran
            -Untuk menentukan samada kebenaran tersebut menyokong    
              perlakuan yang dilakukan oleh Tertuduh samada salah atau betul.
            - Menentukan siapa yang melakukan salah laku tersebut.
             -Menambil kira faktor-faktor yang boleh meringankan hukuman


1.5       Untuk mencapai tujuan Siasatan Dalaman, Panel Siasatan hendaklah;
            -menjalankannya dengan semangat yang adil dan berhati murni.
            -Memberi Tertuduh peluang yang secukupnya untuk membela diri dan 
             memperdengarkan hujahnya.
            -Meneliti setiap dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak sebagai
              bahan  bukti.
            -Tidak menyebelahi mana-mana pihak  dan hanya berpandukan kepada

             fakta-fakta yang dinyatakan dalam sesi tersebut.

NOTA:-  Pegawai siasatan atau ahli panel janganlah sekali-kali diberikan taklimat sebelum, samasa atau malah selepas pembicaraan kes pekerja itu. 

Kes Malayan Tobacco Co, Bhd lwn Chow Yong Peng ( Award No.87 tahun 1986) memutuskan bahawa ”..keadilan kelihatan telah tidak dilakukan kerana suatu unsur berat sebelah telah diwujuskan iaitu pengerusi telah diberikan taklimat oleh saksi yang mempunyai pengetahuan tentang insiden yang dikatakan itu” ( 1986 I.L.R 518) Keputusan yang sama telah dicapai dalam kes Lori Malaysia Berhad lwn transport workers union ( award No69 tahun 1987)


2.0       PERMULAAN SIASATAN DALAMAN


2.1       Sebelum memulakan suatu Siasatan Dalaman secara rasminya, Pengerusi hendaklah memastikan                 bahawa semua ahli Panel telah hadir dan memastikan bahawa Tetuduh, Pegawai Pembentang Kes dan          pencatat minit juga telah berada di tempat yang diteteapkan. Lampiran 1 adalah contoh kedudukan                sesi Siasatan Dalaman.Pengerusi juga perlu memastikan bahawa keadaaan tenang sebelum Siasatan               tersebut dimulakan.


2.2       Pengerusi perlu memulakan siasatan tersebut dengan memperkenalkan diri selaku Pengerusi dan ahli Panel, dan seterusnya menyatakan tujuan siasatan pada hari ersebut. 

            Contoh pengenalan adalah seperti berikut.

          “Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Saya, (nama Pengerusi) selaku Pengerusi siasatan padahari ini, dan akan di Bantu oleh dua ahli Panel iaitu En (nama) dan En (nama). Tujuan kita mengadakan Sesi Siasatan Dalaman pada hari ini adalah untuk mendengar kes terhadap (nama Tertuduh) yang telah dituduh melakukan salah laku yang bercanggah dengan peraturan-peraturan syarikat.”



2.3       Pengerusi seterusnya, hendaklah bertanya kepada Tertuduh , samada beliau mempunyai apa-apa bantahan terhadap perkara-perkara berikut;
            -Pemilihan Panel Siasatan
            -Tempat/ Masa siasatan tersebut dijalankan.

            Contoh penyataan adalah seperti berikut;

            “Sebelum saya mulakan Siasatan Dalaman pada hari ini, saya ingin bertanya Tertuduh samada anda mempunyai apa-apa bantahan terhadapperlantikan kami selaku Panel pada hari ini dan juga apa-apa bantahan terhadap tempat dan masa Siasatan Dalaman ini dijalankan. Sekiranya anda mempunyai sebarang bantahan sila nyatakan sekarang berserta sebab-sebab atau alasan anda membuat bantahan tersebut. Sekiranya tiada bantahan yang dibuat kita akan teruskan siasatan ini


Sekiranya ada bantahan yang dibuat, Pengerusi hendaklah meminta Tertuduh memberikan penjelasan terhadap sebab atau asas bantahan tersebut dibuat dan seterusnya berbincang bersama ahli Panel yang lain. Pengerusi boleh juga meminta pendapat Pegawai Pembentang Kes dan pemerhati Syarikat sebelum membuat sebarang keputusan. Selepas perbincangan Pengerusi boleh membuat keputusan-keputusan berikut;
-meneruskan juga siastan Menangguhkan siasatan ke suatu tarikh yang lain.
-Menangguhkan seketika siasatan bagi mendapatkan pendapat dari pihak-pihak  yang lain.


2.4       Sekiranya tiada apa-apa bantahan yang dibuat, Pengerusi bolehlah meneruskan sesi Siasatan Dalaman tersebut dengan memulakan pembacaan pertuduhan-pertuduhan.Pertuduhan-pertuduhan adaterdapat di surat “Notis Siasatan Dalaman”
            yang diserahkan kepada Panel.


3.0       PEMBACAAN PERTUDUHAN


3.1       Pembacaan pertuduhan hendaklah dibuat dengan jelas dan terang supaya ianya mudah difahami oleh Tertuduh. Selepas setiap pembacaan pertuduhan, Pengerusi hendaklah bertanyakan kepada Tertuduh samada ia mengaku bersalah atau tidak.

             Contoh pembacaan pertuduhan adalah seperti berikut;

            “En (Tertuduh), saya akan bacakan pertuduhan satu persatu dan anda hendaklah menjawab samada anda mengaku bersalah atautidak terhadap pertuduhan apabila saya selesai membaca setiap satu pertuduhan.
            Tuduhan pertama…(rujuk kepada pertuduhan)
            Adakah anda mengaku bersalah?
            Tuduhan kedua…(rujuk kepada pertuduhan)
            Adakah anda mengaku bersalah ?


3.2       Bagi setiap jawapan yang diberikan ke atas setiap pertuduhan, Pengerusi dan Panel hendaklah membuat catatan terhadap jawapan tersebut samada bersalah atau tidak


4.0       SEKIRANYA TERTUDUH MENGAKU BERSALAH    


4.1       Sekiranya Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan,Pengerusi hendaklah memastikan bahawa Tertuduh faham terhadap perakuan tersebut. Pengerusi juga perlu memastikan bahawa Tertuduh memahami kesan dan akibat pengakuan tersebut; yang mana pihak Syarikat boleh mengenakan tindakan disiplin yang tegas kepada Tertuduh;yang merangkumi pembuangan kerja.

4.2       Pengakuan bersalah hendaklah disebut tanpa meletakkan sebarang syarat.
4.3       Setekah pengesahan tersebut dibuat, dan tertudh tetap dengan pengakuan bersalah;ini bermakna perbicaraan untuk kes tersebut telah selesai. Pengerusi tidak perlu meminta Pegawai Pembentang Kes untuk membentangkan kes dengan sepenuhnya seperti memanggil saksi-saksi, tetapi Pengerusi handaklah mengarahkan Pegawai Pembentang Kes  menyatakan ringkasan fakta kes sahaja.

4.4       Pengerusi seterusnya meneruskan sesi tersebut dengan memberi peluang kepada Tertuduh untuk membuat rayuan terhadap hukuman yang bakal dikenakan. Semasa sesi ini, Tertuduh sudah tidak boleh lagi mempersoalkan terhadap pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan kapadanya. Pengerusi perlu memastikan  bahawa Tertuduh menumpukan kepada isu-isu rayuan sahaja.


5.0       SEKIRANYA TERTUDUH TIDAK MENGAKU BERSALAH


5.1       Sekiranya Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan, ini bermakna pembicaraan pada hari tersebut diteruskan dan Pengerusi akan meminta Pegawai Pembentang Kes untuk membentangkan kes. 

            Contah penyataan adalah seperti berikut;

            “Memandangkan Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap kesemua /tuduhan pertama/kedua(dan seterusnya);Panel dengan ini meminta Pegawai Pembentang Kes untuk membentangkan kes”


6.0 PEMBENTANGAN KES OLEH PEGAWAI PEMBENTANG KES



6.1       Untuk membentangkan kes, Pegawai Pembentang Kes biasanya akan menyatakan bahawa beliau ingin memanggil saksi untuk memberikan keterangan. Jumlah saksi syarikat berubah-berubah bergantung kepada jenis kes dan kesalahan. Pegawai Pembentang Kes juga biasanya akan membawa dokumen-dokumen bukti yang akan ditender sebagai eksibit.


6.2       Apabila  Pegawai Pembentang Kes memanggil saksi, beliau akan menyoal saksi tersebut bagi mengaitkan bahawa Tertuduh  adalah bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh saksi yang dipanggil. Pegawai Pembentangan Kes juga akan menyerahkan dokumen-dokumen bukti melalui saksi tersebut; yang mana dokumen-dokumen tersebut akan ditandakan mengikut turutan. Pengerusi dan Panel hendaklah meyemak dokumen-dokumen  tersebut; meminta  penjelasan sekiranya perlu dan seterusnya mengesahkan penerimaan dokumen-dokumen tersebut sebagai eksibit. 

         Contoh penyataan penyerahan dokumen bukti yang  dilakukan oleh Pegawai Pembentang Kesc adalah seperti berikut;

            “Panel, saya ingin menyerahkan rekd perubatan ini sebagai eksibit PO3”


Pengerusi dan Panel setelah menyemak dan meneliti dokumen tersebut;menerima dokumen tersebut sebagai eksibit dengan mengatakan:

“Panel dengan ini menerima rekod perubatan ini sebagai eksibit PO3”


NOTA:- Satu salinan dokumen bukti tersebut akan diserahkan kepada tertuduh.

6.3       Apabila Pegawai Pembentang Kes telah selesai menyoal saksinya, Panel seterusnya akan memberi peluang kepada Tertuduh untuk menyoal-balas saksi tersebut. Panel hendaklah memastikan bahawa soalan-soalan yang diajukan oleh Tertuduh adalah berkaitan dengan pertuduhan-pertuduhan sahaja. 

             Contoh penyataan Panel adalah seperi berikut

            “Sekarang saya beri peluang kepada tertuduh untuk menyoal-balas saksi ini”

6.4       Apabila Tertuduh telah selesai menyoal-balas saksi syarikat, Panel hendaklah memberi peluang kepada Pegawai Pembentang Kes untuk menyoal semula saksi tersebut. Contoh penyataan Panel adalah seperti berikut;

            “Sekarang saya memberi peluang semula kepada Pegawai Pembentang Kes untuk  menyoal semula saksinya atau untuk meminta penjelasan lanjut, dipersilakan”

            Sekiranya tiada apa-apa  soalan daripada Pegawaqi Pembentang Kes, atau telah selesai dengan soal-balasnya, ini bermakna saksi tersebut telah selesai memberi keterangannya, dan Pengerusi seterusnya membenarkan saksi untuk meninggalkan bilik Siasatan Dalaman. 

            Contoh penyataan adalah seperti berikut;

            “Terima kasih (nama saksi) diatas kerjasama yang telah anda berikan. Sesi ini telah selesai mendengar keterangan anda dan anda dibenarkan untuk keluar”

6.5       Pegawai Pembentang Kes  akan seterus nya memanggil saksi kedua untuk memberikan keterangan dan seterusnya sehingga kesemua saksi-saksi bagi pihak syarikat selesai memberi keterangan. Proses memberi keterangan, penyerahan dokumen bukti sebagai eksibit dan soal-balas adalah serupa bagi kesemua saksi dan semua dokumen

6.6       Apabila Pegawai Pembentang Kes telah selesai menyoal kesemua saksinya, pihak Tertuduh pula akan diberikan peluang untuk memanggil saksi-saksinya, iaitu saksi bagi pihak Tertuduh. Proses memberi keterangan oleh saksi Tertuduh adlah serupa saperti saksi syarikat, cuma untuk kali ini. Tertuduh akan memulakan soalan-soalannya dahulu. Setelah selesai, Pegawai Pembentang Kes pula akan duberikan peluang untuk menyoal-balas dan seterusnya diatas. Contoh penyataan adalah seperti berikut:

            “Pegawai pembentang Kes telah selesai memanggil saksi-saksi bagi pihak syarikat sekarang adalah giliran pihak Tertuduh untuk memanggil saksi-saksi Tertuduh bagi memberi keterangan kepada sesi ini, dipersilakan”

6.7       Semasa proses saksi memberi keterangan ini, Pengerusi dan Panel dibenarkan untuk menyoal soalan dan meminta penjelasan samada dari saksi, Pegawai Pembentang Kes atau Tertuduh; terhadap apa-apa jua isu-isu yang berkaitan

6.8       Setelah kedua-dua pihak selesai dengan saksi dan dokumen bukti masin-masing; kedua-dua pihak akan diminta untuk meggulung kes. Penggulungan akan  dibuat olieh Pegawai Pembentang kes dan di ikuti oleh Tertuduh. Contoh penyataan adalah seperti berikut;

            “memandangkan kedua-dua piahk telah selesai dengan kes masing-masing dan juga telah selesai memenggil saksi masing-masing; Panel Siasatan Dalaman dengan ini  meinta kedua-dua pihak untuk menggulung kes masing-masing. Kita mulakan penggulungan kes oleh Pegawai Pembentang Kes dahulu, dipersilakan

             NOTA:-  No 164 tahun 1985, mahkamah dimaklumkan bahawa;
“jika pekerja tidak diberikan salinan penyataan yang dibuat oleh saksi sebelum 
          dipanggil untuk memeriksa balas saksi tentang pernyataan tersebut, siasatan itu tidak akan menjadi adil walaupun pernyataan itu telah dibaca semasa kehadiran pekerja dan ditanda sebagai keterangan dalam pemeriksaan utama saksi pengurusan kerana keadilan menghendaki supaya pekerja mempunyai masa yang mencukupi untuk mengkaji pernyataan itu untuk menyediakan pembelaan”

            …sekarang Panel Siasatan Dalaman meminta pihak Tertuduh untuk meggulung kesnya, dipersilakan”.

NOTA:- tertuduh / wakil tertuduh (kesatuan) boleh meminta pengulungan dibuat dalam cara bertulis dan diserahkan pada pengerusi DI dalam tempoh masa tertentu.

6.9       Setelah kedua-dua pihak melakukan penggulungan masing-masing; ini bermakna sesi Siasatan Dalaman tersebut telah sampai ke penghujungnya.

 NOTA:- “Perbincangan tertutup sesame wakil di antara pembicaraan dan penentuan keputusan adalah pelanggaran serius akan kaedah keadilan asasi dan pemecatan diputuskan itu adalah tidak adil”


6.10     Sebelum brsurai Pengerusi  hendak memberitahu kepada Tertuduh bahawa keputusan siasatan tersebut akan diberitahu secara bertulis dalam jangkamasa terdekat.

6.11     Sesi Siasatan Dalaman bersurai.

NOTA: Sepanjang DI berlangsung bermula dengan pembukaan oleh pengerusi sehingga ke bersurai, setiap patah perkataan perlu ditulis di dalam minit DI dalam bentuk dialog oleh setiausaha. Adakalanya ia bukan berbentuk kata2, tetapi ia boleh jadi (tertuduh mengangguk kepala berkali2) (tertuduh menggelengkan kepala) (tertuduh menghentak meja) (tertuduh menunjukkan bagaimana dia duduk ketika kejadian tersebut dengan menyilangkan kaki dan bersandar) dan macam2 lagi. Minit ini sangat penting kerana ia perlu dibaca dan ditandatangani oleh 3 juri, pendakwa dan tertuduh (di setiap muka surat) bagi mengakui segala butiran percakapan yang ditulis adalah benar. (sebaik2nya dalam 2-3 hari sebaik habis DI, minit perlu disiapkan dan ditandatangani oleh setiap orang yg disebutkan di atas). Jadi bayangkan betapa tebalnya minit DI sekiranya DI berlangsung selama 4 jam atau lebih.......



JIKA TEMPAT KERJA ANDA ADA KESATUAN ..... ANDA AKAN DIWAKILI OLEH KESATUAN

BAGAIMANA MENUBUHKAN KESATUAN SEKERJA DI TEMPAT KERJA ANDA >>
http://labourbulletin4workers.blogspot.com/2013/01/bagaimana-menubuhkan-union-kesatuan.html

8 comments:

  1. Thank you for this information.

    ReplyDelete