Ucapan Hari Pekerja 2015 N. Gopal Kishnam Setiausaha Agung
A worldwide virtual community of workers, union members, leaders and activists coming together in support of ALL labor.
Thursday, April 30, 2015
MALAYSIA:::PERUTUSAN MAY DAY 2015 daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
Ucapan Hari Pekerja 2015
N. Gopal Kishnam
Setiausaha Agung
Kita merayakan Hari Mei tahun ini dengan harapan bahawa kita akan terus
berjuang dan membina kesatuan sekerja yang lebih kukuh untuk menangani isu-isu
yang dihadapi oleh pekerja-pekerja di Malaysia. Kita perlu memperkukuhkan
gerakan pekerja di Malaysia untuk memperjuangkan hak asasi pekerja di negara
ini, sepertimana kita berusaha membangunkan ekonomi negara ini dalam arus global
ini. Cabaran dan senggitan akan terus kekal, tiada cabaran maka tiada kesatuan.
Oleh itu kita tidak harus putus asa malah teruskan perjuangan kita.
GAJI MINIMUM
RM1200 DAN PENINGKATAN KETIDAKSAMAAN
PENDAPATAN
Gaji minimum telah menjadi topik hangat di Malaysia. Gaji minimum bukanlah
dana kebajikan yang diberikan kepada
pekerja-pekerja Malaysia. Hak untuk mendapat gaji yang berpatutan untuk
meneruskan hidup adalah hak asasi manusia. Walaupun gaji minimum dilaksanakan,
masih terdapat sektor di mana pekerja tidak melihat manfaat dari gaji minimum.
Pekerja-pekerja hotel telah diperdaya bagi tempoh yang lama.
Ketidaksamaan pendapatan semakin meningkat ke tahap yang tidak mapan di
negara ini. Ini menyebabkan isu-isu sosial dan kes di mana yang kaya semakin kaya
dan yang miskin menjadi lebih miskin. Keseimbangan perlu diwujudkan bagi
mengimbangkan kedudukan ini supaya majoriti rakyat berpendapatan di Malaysia
dapat berjalan sama-sama dalam arus pembangunan dan memiliki hak yang sama rata
dan menjadi sebahagian dalam arus pembangunan ekonomi negara. Oleh yang
demikian MTUC tuntut supaya gaji minimum diselaraskan kepada RM1200.
CABARAN BAGI PEKERJA DI MALAYSIA, GST DAN COLA
Kerajaan tidak mengendahkan dan mengambil kira sentimen rakyat terutama
golongan pekerja yang berpendapatan rendah malah telah memperkenalkan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% pada 1hb April 2015. Ini merupakan
satu lagi contoh hakisan terhadap tahap pendapatan sebenar pekerja di Malaysia.
Apakah justifikasinya kerajaan memberi BRIM selepas itu membebankan rakyat
dengan cukai GST malah harga barangan dan perkhidmatan naik berkali ganda. Kajian
yang dilakukan oleh FOMCA menunjukkan bahawa harga barangan telah naik sebanyak
20% sejak GST diperkenalkan. Bagaimanakah penduduk yang berpendapatan di bawah
paras kemiskinan dapat meneruskan hidup?
Pekerja di Malaysia berhadapan dengan tekanan bagi memenuhi keperluan harian
mereka dan ahli keluarga mereka. Ini adalah tidak wajar, kerana pekerja-pekerja
di negara ini telah memberi sumbangan besar ke arah pembangunan ekonomi negara.
MTUC telah meminta kerajaan untuk mewajibkan pemberian Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM300.00 dibayar kepada
semua pekerja oleh majikan mereka. Ini adalah hak yang harus dilaksanakan
dengan segera oleh setiap majikan. Majikan dan pelabur sentiasa dengan
bangganya mengisytiharkan keuntungan setiap tahun maka mereka juga harus
sanggup berkongsi keuntungan tersebut dengan pekerja mereka.
COLA bukanlah merupakan suatu bantuan yang diminta oleh pekerja dari majikan
dan kerajaan malah ia merupakan satu hak keadilan terhadap pekerja daripada
pembangunan negara ini.
SISTEM PERHUBUNGAN PERUSAHAAN
Malaysia pernah bangga dengan memiliki sistem perhubungan perusahaan yang
baik, di mana negara-negara lain sangup berkongsi dan mengamalkannya. Sungguh
menyedihkan kini sistem tersebut telah dimusnahkan.
Sistem perhubungan perusahaan harmoni yang tidak
harmoni, dilewat-lewatkan ini telah menyebabkan pekerja-pekerja yang telah
dipecat menanti tiga hingga lima tahun sebelum kesnya dirujuk ke Mahkamah
Perusahaan. Majikan yang tidak prihatin boleh memecat seseorang pekerja dan
menjahanamkan hidup keluarga pekerja hanya dengan sebatang pen dalam sekelip
mata sahaja. Malahan bagi mendapatkan keadilan pekerja terpaksa menunggu begitu
lama, yang melibatkan kos yang tinggi dan bukan mudah bagi seseorang pekerja
untuk menampung kos ini.
Mengenai Perjanjian Bersama,
Mahkamah Perusahaan telah menghadkan award kepada dua pertiga(2/3) daripada
peningkatan dalam Indeks Harga Pengguna (CPI). Ini tidak adil dan tidak wajar.
Tidak ada sebab mengapa CPI digunakan sebagai elemen utama oleh Mahkamah dalam
memberi kenaikan gaji kepada pekerja-pekerja walaupun syarikat memperoleh keuntungan
yang besar dan membayar berjuta-juta ringgit bonus kepada eksekutif kanan
mereka.
UNION BUSTING-
Telah menyebabkan pengiktirafan kesatuan sekerja
dikawal dan berjalan dengan tidak adil. Sebagai contoh dalam sektor elektronik,
majikan enggan memberi pengiktirafan kepada kesatuan dan menafikan hak kesatuan
daripada melakukan rundingan terhadap perjanjian bersama yang telah menjurus
kepada penafian hak terhadap ahli-ahli kesatuan. Itulah yang telah berlaku
kepada kesatuan RUM, BAT dan lain-lain kesatuan. Majikan sengaja memberi
tekanan terhadap pemimpin kesatuan dan pekerja-pekerja dengan membuang kerja mereka
manakala dalam kes BAT pula polis telah menahan seramai 11 orang pekerja yang
melakukan piket.
Hak untuk berpiket dan mogok terkandung dalam akta dan seharusnya kesatuan
boleh mempraktikannya untuk mendapatkan keadilan dan memperjuangkan hak mereka.
Namun apakah kesudahannya? Polis dan pihak berkuasa sentiasa campurtangan dalam
urusan piket yang dianjurkan oleh mana-mana kesatuan dan memangsakan pihak pekerja
dengan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang mempraktikan hak
mereka.
Aktiviti anti-Kesatuan telah menjadi satu perkara biasa dan lumrah. Ia kini dilakukan
secara terbuka dan dengan bangganya oleh majikan. Pihak berkuasa dari Kementerian
Sumber Manusia tidak aktif dan berkuasa untuk menghentikan perkara ini dari
berlaku dan majikan telah menggunakan kesempatan ini untuk meneruskan
aktiviti-aktiviti anti-kesatuan.
PINDAAN AKTA-MEMIHAK KEPADA MAJIKAN:
Walaupun memiliki pelbagai perundangan buruh di negara
ini, antara yang utama iaitu Akta Kerja, Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta
Kesatuan Sekerja, telah dipinda dari masa ke semasa untuk menghakiskan hak-hak
pekerja dan pengaruh kesatuan sekerja. Walaupun mendapat bantahan kuat dari MTUC,
pindaan yang memberi ruang lebih ke arah penggunaan pekerja kontrak yang akan memberi tekanan
terhadap gaji dan memusnahkan sama sekali hak-hak asasi lain pekerja secara
keseluruhannya di negara ini masih diluluskan di Parlimen. Ini hanya salah satu
daripada banyak pindaan sejak beberapa tahun yang boleh digambarkan sebagai
anti- pekerja.
MTUC mohon kerjasama pihak kerajaan untuk membuat semakkan semula
terutamanya peraturan undi sulit dan sebagainya dan mengemaskini akta-akta ini
supaya dapat memenuhi inspirasi kaum pekerja dan sejajar dengan seruan Perdana Menteri RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN
DIUTAMAKAN.
PEKERJA ASING
Perlambakkan pekerja asing di negara ini perlu diberi perhatian yang
serius. Pekerja asing telah dibawa masuk ke negara ini atas alasan bahawa
penduduk tempatan tidak mahu untuk melakukan pekerjaan tersebut. Namun demikian
pada realitinya pekerja asing dibawa ke negara ini hanya untuk memberi tekanan
terhadap gaji pekerja tempatan. Layanan yang diberikan terhadap pekerja asing amat
mengerikan dan tidak adil sama sekali. Kebergantuan kepada pekerja asing telah menjejaskan keharmonian
perhubungan perusahaan di negara kita.
Pekerja asing datang untuk bekerja
di Malaysia kerana majikan di Malaysia yang memerlukan pekerja ini dan kerajaan
Malaysia mahu mereka terus datang. Pekerja asing, biasanya datang dari
negara-negara miskin dan mereka datang ke sini untuk mendapatkan wang untuk menanggung
diri dan keluarga mereka.
Ramai pekerja asing apabila mereka
datang ke Malaysia untuk bekerja telah berhutang di negara asal mereka
sekurang-kurangnya RM6,000-RM15,000. Ramai pekerja asing telah ditipu oleh
ejen-ejen dengan janji-janji akan dibayar gaji dan faedah pekerjaan yang tinggi.
Malah ramai pekerja asing tidak menikmati hak gaji minimum sehingga akhir bulan
Disember 2014. Ramai juga yang kini sedang dibebani dengan levi, insurans dan
lain-lain bayaran.
Pengenaan undang-undang
dan syarat-syarat yang berbeza bagi pekerja-pekerja tempatan dan asing boleh memberi kesan buruk kepada
pertumbuhan dan keharmonian kesatuan sekerja di Malaysia
malah boleh memudahkan aktiviti union busting dilakukan dengan mudah. MTUC
berpendapat bahawa semua pekerja perlu dilayan sama rata tanpa mengira agama, bangsa, jantina atau kewarganegaraan.
Pekerja asing adalah pekerja juga
dan memberi sumbangan terhadap pembangunan di Malaysia perlu dilayan sama rata
apatah lagi memberi perkdimatan kesihatan yang wajar kepada mereka apabila
dipetlukan.
PERJANJIAN PERDAGANGAN PERLU MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA
Perjanjian perdagangan global tidak memberi manfaat kepada rakyat seperti
yang telah dijanjikan. Sebaliknya ia telah menyebabkan jurang antara pemilik
perniagaan kaya semakin meningkat. 99%
tidak mendapat faedah daripada perjanjian perdagangan global tersebut.
Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Barrack Obama telah mendesak untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Malahan syarat-syarat dalam TPPA tidak dinyatakan dengan jelas kepada rakyat dan Obama nampaknya tidak mempunyai sokongan daripada Kongres AS mengenai perkara ini.
Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Barrack Obama telah mendesak untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Malahan syarat-syarat dalam TPPA tidak dinyatakan dengan jelas kepada rakyat dan Obama nampaknya tidak mempunyai sokongan daripada Kongres AS mengenai perkara ini.
Kerajaan Malaysia telah mengenepikan MTUC dalam perkara ini, kerana
perjanjian-perjanjian ini memberi kesan serius dan berpotensi buruk kepada
pekerja. Kerajaan juga harus telus tentang kandungan TPPA kerana ia akan
memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia biasa dalam kehidupan seharian.
RATIFIKASI KONVENSYEN 87
Konvensyen 87, amat penting untuk perkembangan kesatuan sekerja dalam negara ini. Walaupun Malaysia telah menjadi negara anggota ILO namun masih belum mengiktiraf konvensyen teras yang penting bagi penubuhan kesatuan sekerja. Selagi konvensyen ini tidak diiktiraf selagi itulah kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah dalam mempercepatkan penubuhan kesatuan, pengiktirafan dan menuntut hak pekerja dari majikan-majikan. Kerajaan haruslah dengan segera mengiktiraf konvensyen ini bagi membolehkan keharmonian wujud di antara kesatuan, pekerja dan majikan.
BERSATU MTUC
Saya gembira dan bangga dengan kepimpinan baru MTUC yang kuat, teguh dan
kukuh dalam memberi sokongan padu dan kuat terhadap sebarang isu kesatuan yang
dibawa ketengah. Sokongan yang berterusan dari Majlis Am, kesatuan gabungan dan
semua ahli kesatuan sekerja telah menjadi inspirasi kuat kepada barisan
kepimpinan MTUC untuk meneruskan perjuangan MTUC di negara ini. Kita perlu
bersatu untuk menegakkan hak asasi kaum pekerja di negara ini. Terdapat banyak
yang perlu dilakukan dan kami berjanji akan terus perjuangkan hak-hak kaum pekerja
dan kesatuan sekerja di negara ini.
Saya menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin teruskan sokongan anda bagi
kemajuan dan keutuhan MTUC bagi kebaikkan bersama.
Hidup Pekerja ! Hidup MTUC!
MALAYSIA:::SEJARAH HARI PEKERJA DI MALAYSIA
Cuti umum sempena Hari Pekerja yang disambut oleh pekerja-pekerja MALAYSIA pada hari ESOK merupakan kali yang ke-43 dalam sejarah negara ini apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972.
MALAYSIA:::Review labour and industrial relations laws, urges MTUC
PETALING JAYA: The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) has asked the Government to review relevant labour and industrial relations laws for the benefit of workers.
MTUC secretary-general N. Gopal Kishnam said current amendments to such laws had affected the rights of the workers and influence of trade unions.
“Although (we) have various labour laws in the country, such as the Employment Act, Industrial Relations Act and Trade Unions Act, they have been amended to erode the rights of the workers and influence of the trade unions.
MALAYSIA:::SEJARAH HARI PEKERJA DI MALAYSIA
Cuti umum sempena Hari Pekerja yang disambut oleh pekerja-pekerja
MALAYSIA pada hari ESOK merupakan kali
yang ke-43 dalam sejarah negara ini
apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman
mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada
tahun 1972.
Pengumuman itu dibuat dalam ucapannya ketika merasmikan
Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO yang diadakan di
Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972.
Dalam penjelasannya, Allahyarham menyatakan bahawa keputusan
itu telah dibuat dengan harapan pergerakan buruh akan menganggap 1 Mei sebagai
satu hari dedikasi sesuai dengan cita-cita kebangsaan dan berharap gerakan
pekerja akan didorong oleh tujuan dan rasa terikat kepada cita-cita kebangsaan
tersebut.
``Pengumuman itu disusuli dengan tepukan gemuruh para
hadirin seminar kerana ia merupakan kejayaan yang berharga kepada pekerja,''
``Pengumuman itu signifikan kerana Malaysia secara tidak
langsung mengiktiraf Hari Pekerja yang diluluskan oleh Konvensyen Pertubuhan
Buruh Antarabangsa (ILO).''
Pengumuman ini adalah satu kejayaan kepada Cuepacs dan MTUC
(Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia).'' Yang telah memperjuangkannya sekian
lama.
Langkah itu sekali gus meninggikan martabat dan kedudukan
negara di peringkat antarabangsa.
1 Mei bertujuan
memberi pengiktirafan ke atas perjuangan lalu dalam pembangunan negara dan sumbangan
para pekerja,''
Sebenarnya kesatuan-kesatuan pekerja negara ini menyambut
Hari Pekerja sebelum kerajaan mengisytiharkan cuti umum.
Usaha itu disusuli dengan tindakan V. David (ketika itu
anggota Dewan Perwakilan dan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan
Pekerja-Pekerja Kilang dan Am) membawa usul menuntut cuti seumpama itu pada 24
Februari 1960.
Dalam buku yang dikeluarkan sempena Hari Pekerja 1973,
Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Malaysia menyifatkan tahun 1972 sebagai
sinar harapan bagi kelas pekerja kerana perubahan pada pendirian kerajaan.
Sambutan Hari Pekerja tidak disambut pada hari yang sama
oleh setiap negara yang mengiktiraf Konvensyen ILO yang berkaitan. Pada tahun
1884, Persekutuan Kesatuan Buruh dan Pekerja Berkesatuan meluluskan resolusi
yang menggariskan kerja lapan jam sehari yang sah mulai 1 Mei 1886. Resolusi
itu juga menggesa diadakan mogok umum untuk mencapai matlamat memandangkan
pendekatan perundangan menemui kegagalan. Kira-kira 250,000 pekerja berhimpun
pada gerakan Hari Mei. Bagaimanapun rekod juga menunjukkan Hari Pekerja telah
mula disambut pada September 1882 di Amerika Syarikat.
``Oleh itu, tidak semua negara menyambut Hari Pekerja pada 1
Mei. Pada peringkat permulaan, negara-negara fahaman komunis menyambut hari
keistimewaan ini pada 1 Mei, manakala yang bukan komunis pada hari-hari yang
lain,''
Austria, Argentina, Belgium, Jerman, Norway (Hari Mei, 1
Mei), Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Thailand,
Perancis, Hong Kong, Vietnam, Korea Selatan dan Itali menyambut Hari Pekerja
pada 1 Mei, Kanada dan Amerika Syarikat (2 September), Jepun mengenalinya
sebagai Hari Terima Kasih Pekerja (23 November), New Zealand (28 Oktober),
Britain (6 Mei).
``Tetapi, hari ini ia dilihat sebagai satu hari yang
berlainan.''
Di peringkat awal kesatuan-kesatuan mengadakan mengikut
kemampuan masing-masing, termasuk menganjurkan rapat-rapat umum dengan dihadiri
antara 3,000 hingga 4,000 orang.
``Kini kemudahan bertambah baik, banyak kemudahan
pengangkutan diadakan. Sambutan anjuran kerajaan pula menyediakan anugerah dan
hadiah pengiktirafan kesatuan dan pekerja terbaik.
``Cara sambutan berbeza. Kesatuan sekerja seharusnya lebih
ke depan dalam menganjurkan sambutan Hari Pekerja,
Sekarang, ``pekerja-pekerja tidak merasai makna sebenar
sambutan. Kesatuan tidak harus tenggelam dalam suasana sedemikian.'' Pengalaman
lalu menunjukkan ucapan-ucapan pemimpin kesatuan lebih bersifat
`mengapi-apikan' semangat para pekerja. Kini ia berubah sama sekali.
Ayuh bangun la wahai rakan rakan pekerja di Malaysia, jangan samakan cuti umum esok dengan cuti umum yang lain. Hayatilah perjuangan pemimpin kesatuan sekerja dalam memertabatkan taraf hidup pekerja marhaen.
Labour Bulletin mengucapkan selamat menyambut HARI PEKERJA ( MAY DAY ) kepada semua pembaca setia www.labourbulletin.com satu satunya laman web yang menghimpunkan semua berita berita pekerja dari akhbar akhbar utama di Malaysia.
MALAYSIA:::MTUC still waiting for Selangor to honour late unionist with road name.
The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) wants the Selangor government to honour the late unionist and lawmaker, Dr V. David, by naming a street in Petaling Jaya after him.
Secretary-general N. Gopal Kishnam said an appeal was made in 2009 soon after the Pakatan Rakyat government was voted into power.
"We had asked former menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim to rename an existing street but the request was met with protest from certain groups," he said.
"We had asked former menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim to rename an existing street but the request was met with protest from certain groups," he said.
MALAYSIA:::Cuepacs Hopes For Special Gift For Civil Servants / Cuepacs harap kerajaan umum 'hadiah istimewa' pada 1 Mei
KUCHING, April 29 (Bernama) - The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) is hoping the government will announce a special gift for civil servants in conjunction with this year's Labour Day celebration.
Cuepacs president Datuk Azih Muda said this is as a gesture of the government's appreciation of its employees who had worked hard to raise national productivity.
"National productivity which rose more than 100 per cent as announced by the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak proved the seriousness of civil servants in the country in carrying out their responsibility entrusted to them.
"I would like to congratulate the government for its success in national economic transformation programme but regret that there are workers in the country still receiving wages below the national poverty line," he told the media after the opening of the Cuepacs Premier Leadership Seminar by Sarawak deputy state secretary Datuk Misnu Taha here, Wednesday.
Subscribe to:
Posts (Atom)