Cuti umum sempena Hari Pekerja yang disambut oleh pekerja-pekerja
MALAYSIA pada hari ESOK merupakan kali
yang ke-43 dalam sejarah negara ini
apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman
mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada
tahun 1972.
Pengumuman itu dibuat dalam ucapannya ketika merasmikan
Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO yang diadakan di
Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972.
Dalam penjelasannya, Allahyarham menyatakan bahawa keputusan
itu telah dibuat dengan harapan pergerakan buruh akan menganggap 1 Mei sebagai
satu hari dedikasi sesuai dengan cita-cita kebangsaan dan berharap gerakan
pekerja akan didorong oleh tujuan dan rasa terikat kepada cita-cita kebangsaan
tersebut.
``Pengumuman itu disusuli dengan tepukan gemuruh para
hadirin seminar kerana ia merupakan kejayaan yang berharga kepada pekerja,''
``Pengumuman itu signifikan kerana Malaysia secara tidak
langsung mengiktiraf Hari Pekerja yang diluluskan oleh Konvensyen Pertubuhan
Buruh Antarabangsa (ILO).''
Pengumuman ini adalah satu kejayaan kepada Cuepacs dan MTUC
(Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia).'' Yang telah memperjuangkannya sekian
lama.
Langkah itu sekali gus meninggikan martabat dan kedudukan
negara di peringkat antarabangsa.
1 Mei bertujuan
memberi pengiktirafan ke atas perjuangan lalu dalam pembangunan negara dan sumbangan
para pekerja,''
Sebenarnya kesatuan-kesatuan pekerja negara ini menyambut
Hari Pekerja sebelum kerajaan mengisytiharkan cuti umum.
Usaha itu disusuli dengan tindakan V. David (ketika itu
anggota Dewan Perwakilan dan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan
Pekerja-Pekerja Kilang dan Am) membawa usul menuntut cuti seumpama itu pada 24
Februari 1960.
Dalam buku yang dikeluarkan sempena Hari Pekerja 1973,
Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Malaysia menyifatkan tahun 1972 sebagai
sinar harapan bagi kelas pekerja kerana perubahan pada pendirian kerajaan.
Sambutan Hari Pekerja tidak disambut pada hari yang sama
oleh setiap negara yang mengiktiraf Konvensyen ILO yang berkaitan. Pada tahun
1884, Persekutuan Kesatuan Buruh dan Pekerja Berkesatuan meluluskan resolusi
yang menggariskan kerja lapan jam sehari yang sah mulai 1 Mei 1886. Resolusi
itu juga menggesa diadakan mogok umum untuk mencapai matlamat memandangkan
pendekatan perundangan menemui kegagalan. Kira-kira 250,000 pekerja berhimpun
pada gerakan Hari Mei. Bagaimanapun rekod juga menunjukkan Hari Pekerja telah
mula disambut pada September 1882 di Amerika Syarikat.
``Oleh itu, tidak semua negara menyambut Hari Pekerja pada 1
Mei. Pada peringkat permulaan, negara-negara fahaman komunis menyambut hari
keistimewaan ini pada 1 Mei, manakala yang bukan komunis pada hari-hari yang
lain,''
Austria, Argentina, Belgium, Jerman, Norway (Hari Mei, 1
Mei), Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Thailand,
Perancis, Hong Kong, Vietnam, Korea Selatan dan Itali menyambut Hari Pekerja
pada 1 Mei, Kanada dan Amerika Syarikat (2 September), Jepun mengenalinya
sebagai Hari Terima Kasih Pekerja (23 November), New Zealand (28 Oktober),
Britain (6 Mei).
``Tetapi, hari ini ia dilihat sebagai satu hari yang
berlainan.''
Di peringkat awal kesatuan-kesatuan mengadakan mengikut
kemampuan masing-masing, termasuk menganjurkan rapat-rapat umum dengan dihadiri
antara 3,000 hingga 4,000 orang.
``Kini kemudahan bertambah baik, banyak kemudahan
pengangkutan diadakan. Sambutan anjuran kerajaan pula menyediakan anugerah dan
hadiah pengiktirafan kesatuan dan pekerja terbaik.
``Cara sambutan berbeza. Kesatuan sekerja seharusnya lebih
ke depan dalam menganjurkan sambutan Hari Pekerja,
Sekarang, ``pekerja-pekerja tidak merasai makna sebenar
sambutan. Kesatuan tidak harus tenggelam dalam suasana sedemikian.'' Pengalaman
lalu menunjukkan ucapan-ucapan pemimpin kesatuan lebih bersifat
`mengapi-apikan' semangat para pekerja. Kini ia berubah sama sekali.
Ayuh bangun la wahai rakan rakan pekerja di Malaysia, jangan samakan cuti umum esok dengan cuti umum yang lain. Hayatilah perjuangan pemimpin kesatuan sekerja dalam memertabatkan taraf hidup pekerja marhaen.
Labour Bulletin mengucapkan selamat menyambut HARI PEKERJA ( MAY DAY ) kepada semua pembaca setia www.labourbulletin.com satu satunya laman web yang menghimpunkan semua berita berita pekerja dari akhbar akhbar utama di Malaysia.
MOHAMAD FAUZI BIN IBRAHIM
ASST. GENERAL SECRETARY
NATIONAL UNION OF TRANSPORT EQUIPMENT AND ALLIED INDUSTRIES WORKERS.
NO 30A JALAN UTAS A
SECTION 15, 40000 SHAH ALAM
MOHAMAD FAUZI BIN IBRAHIM
ASST. GENERAL SECRETARY
NATIONAL UNION OF TRANSPORT EQUIPMENT AND ALLIED INDUSTRIES WORKERS.
NO 30A JALAN UTAS A
SECTION 15, 40000 SHAH ALAM
ASST SECRETARY
MTUC PENANG DIVISION
NO. 2955 TINGKAT 1, JALAN PRAI,
TAMAN INDERAWASIH,
13600 PRAI
PULAU PINANG.
TEL: 019-4753450 /0124734460
https://http://www.labourbulletin.com

No comments:
Post a Comment