Friday, December 20, 2013

MALAYSIA:::Azih Muda presiden baru CUEPACS

Azih Muda presiden baru CUEPACSOmar (kanan) meraikan kemenangan Azih (kiri) pada Konvensyen Tritahunan CUEPACS Ke-26 di Menara PGRM, Kuala Lumpur, semalam. - Foto ABDULLAH YUSOF
Kuala Lumpur: Pemilihan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyaksikan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysis (ANULAE), Azih Muda, 56, diumumkan sebagai Presiden CUEPACS bagi penggal 2013-2016.

Bekas Timbalan Presiden 1 CUEPACS itu menewaskan pencabarnya, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Kementerian Pertahanan (KESATRIA), Ahmad Shah Mohd Zain dengan majoriti 390 undi bagi jawatan tertinggi kesatuan yang mewakili suara 1.4 juta penjawat awam.


Azih mendapat 701 undi, manakala Ahmad Shah 311 undi pada Konvensyen Tiga Tahun Sekali CUEPACS di Dewan Wawasan, Menara PGRM, di sini semalam. 

sumber:::http://www.bharian.com.my