Thursday, April 16, 2015

Indonesia's dilemma over foreign domestic workers

During a recent visit to Malaysia, Indonesian President Joko Widodo expressed shame when discussing the issue of Indonesian women working overseas as foreign domestic workers (FDWs).
In an effort to preserve the dignity of the nation, the President announced plans to stop sending women to work as domestic helpers overseas. In doing so, he failed to realise the greater consequences of legitimate employment opportunities for women being cut.
The growing gender challenges of development and economic growth aside, women also face numerous cultural hurdles in establishing economic security.
Higher incomes for women can also help to narrow the gaps in resource

MALAYSIA:::PENGELUARAN CARUMAN KWSP PADA UMUR 55 TAHUN

MTUC mendengar pelbagai pandangan, kenyataan dan rungutan mengenai pengeluaran caruman KWSP pada umur 55 tahun atau 60 tahun. 
MTUC amat tegas dengan pendirian MTUC bahawa had umur pengeluaran caruman KWSP adalah 55, malah sesiapa yang ingin dan merasakan bahawa mereka ingin melanjutkan simpanan mereka sehingga ke umur 60 tahun terpulang kepada pencarum itu sendiri dan digalakkan.
Sememangnya MTUC telah mencadangkan supaya umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun supaya pekerja dapat menyara kehidupan mereka di samping itu simpanan KWSP boleh dilanjutkan sehingga ke umur 60 tahun. Kaedah ini boleh mengatasi pelbagai masalah pada hari tua pesara yang tidak perlu bergantung kepada wang dari anak-anak mereka.
MTUC sememangnya menyokong sekiranya pencarum ingin menyimpan wang dalam KWSP kerana caruman tersebut dapat menikmati faedah yang lebih baik berbanding dengan simpanan dalam bank.
MTUC tidak akan menyokong sama sekali memandotarikan had umur pengeluaran caruman KWSP dari 55 tahun kepada 60 tahun. MTUC faham dengan keperluan setiap individu lebih-lebih lagi dengan kenaikan kos sara hidup untuk menggunakan wang mereka untuk pelbagai kegunaan.
MTUC mohon jasa baik semua pihak termasuk pihak pengurusan KWSP dan orang awam supaya memahami pendirian MTUC dan bekerjasama dengan MTUC bagi manfaat semua pencarum KWSP.

MALAYSIA:::CAJ PERKHIDMATAN 10 % BAGI INDUSTRI HOTEL DAN RESTAURAN

Merujuk kepada perkara ini MTUC terima pelbagai pandangan dari pelbagai pihak yang ingin menghapuskan 10 peratus caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak hotel dan restauran.
MTUC benar-benar mengharapkan kerajaan tidak mengambil keputusan sewenang-wenangnya dengan memansuhkan 10 peratus caj perkhidmatan kerana ia amat bermakna kepada pekerja-pekerja dalam industri perhotelan dan restauran. Caj tersebut menjadi sebahagian dari punca pendapatan kepada pekerja hotel yang kebanyakannya bergantung kepada kutipan caj perkhidmatan untuk menampung perbelanjaan harian mereka.