MTUC mendengar pelbagai pandangan,
kenyataan dan rungutan mengenai pengeluaran caruman KWSP pada umur 55 tahun
atau 60 tahun.
MTUC amat tegas dengan pendirian MTUC
bahawa had umur pengeluaran caruman KWSP adalah 55, malah sesiapa yang ingin
dan merasakan bahawa mereka ingin melanjutkan simpanan mereka sehingga ke umur
60 tahun terpulang kepada pencarum itu sendiri dan digalakkan.
Sememangnya MTUC telah mencadangkan
supaya umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun supaya pekerja dapat menyara
kehidupan mereka di samping itu simpanan KWSP boleh dilanjutkan sehingga ke
umur 60 tahun. Kaedah ini boleh mengatasi pelbagai masalah pada hari tua pesara
yang tidak perlu bergantung kepada wang dari anak-anak mereka.
MTUC sememangnya menyokong sekiranya
pencarum ingin menyimpan wang dalam KWSP kerana caruman tersebut dapat
menikmati faedah yang lebih baik berbanding dengan simpanan dalam bank.
MTUC tidak akan menyokong sama sekali
memandotarikan had umur pengeluaran caruman KWSP dari 55 tahun kepada 60 tahun.
MTUC faham dengan keperluan setiap individu lebih-lebih lagi dengan kenaikan
kos sara hidup untuk menggunakan wang mereka untuk pelbagai kegunaan.
MTUC mohon jasa baik semua pihak
termasuk pihak pengurusan KWSP dan orang awam supaya memahami pendirian MTUC
dan bekerjasama dengan MTUC bagi manfaat semua pencarum KWSP.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
N. Gopal Kishnam
Setiausaha
Agung
No comments:
Post a Comment