Tuesday, October 28, 2014

MALAYSIA::: PARLIMEN MALAYSIA (VIDEO) MP: Tak salah berpiket, majikan biadap pecat pekerja


Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid hari ini membidas beberapa majikan termasuk syarikat berkaitan kerajaan yang memecat pekerjaan tanpa mengikut undang-undang.

Beliau yang juga adalah Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) antara lain menamakan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysian Airlines (MAS) dan Maybank.