Sunday, October 23, 2016

Bajet 2017 tunjukkan pekerja swasta dianaktiri

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melahirkan kekecewaan berhubung pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu.
Ini kerana menurut Setiausaha Agungnya, N Gopal Krishnam, pembentangan bajet kali ini tidak memberi faedah kepada pekerja sektor swasta di negara ini.
"Kami berpendapat kerajaan tidak mengendahkan isu-isu berkaitan pekerja swasta.
"Antaranya isu kenaikan kadar gaji minima kepada RM1,200 bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan pemberian Elaun Sara Hidup (Cola) sebanyak RM300 kepada pekerja swasta," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menganaktirikan pekerja swasta memandangkan pekerja di sektor ini turut menyumbang terhadap ekonomi negara.
"Sumbangan pekerja-pekerja sektor swasta amat penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara dan mereka tidak harus diabaikan," tegasnya.
Lebih memburukkan keadaan, katanya, tindakan kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak akan memberi impak buruk terhadap harga makanan di negara ini.
Katanya lagi, tinjauan pihaknya juga mendapati sudah ada peniaga yang berani menyorokkkan stok minyak masak daripada terus menjualkannya di pasaran.
"Kami tidak menyokong sebarang kenaikan terhadap harga barangan makanan kerana tindakan kenaikan harga minyak pada bulan depan.
"Segala pemberian dan peningkatan bayaran bantuan rakyat tidak akan memberi sebarang makna sekiranya harga barangan naik secara mendadak," katanya lagi.
Harga beberapa kategori minyak masak akan dinaikkan mulai bulan depan.
Ia berikutan pemansuhan subsidi oleh kerajaan di bawah program penstabilan minyak masak baharu yang akan mula dilaksanakan November ini.
Harga minyak masak akan meningkat sebanyak RM0.40 sen bagi sekilo dan RM1.90 bagi 5kg akan meningkatkan semua harga barangan.
Menurutnya, kenaikkan harga barangan boleh menjurus kepada pelbagai masalah dan menyukarkan kehidupan isi rumah dan golongan berpendapatan rendah bagi membiayai kos hidup.
"Lebih-lebih lagi dengan kadar inflasi negara yang agak tinggi dengan kenaikan harga petrol dan GST.
"Pengumuman kenaikan harga minyak telah menyebabkan ramai pembekal telah mengurangkan penjualan minyak masak di pasaraya," ujarnya lagi.

Image result for budget 2016 malaysia

Kenyataan Media

MTUC Terkilan dan Kecewa dengan BUDGET 2017

MTUC mengalu-alukan Bujet 2017 yang memberikan slogan ‘Untuk Rakyat kerana Rakyat’. Pelbagai inisiatif telah diberikan kepada pelbagai golongan terutamanya yang berpendapatan rendah umpamanya:

Ø  Mengekalkan subsidi bahan api bagi gas memasak, pampasan tol  dan pengangkutan awam;
Ø  Memberi pelepasan pembelian peralatan penyusuan ibu dan pelepasan hantar anak ke pusat asuhan kanak-kanak dan prasekolah;  
Ø  Pelbagai bantuan kepada nelayan dan pekebun bagi membolehkan mereka meningkatkan pendapatan mereka dengan subsidi harga padi, dan benih padi;
Ø  Pelbagai inisiatif bagi memudahkan pemilikan rumah persendirian dan pinjaman perumahan;
Ø  Pemberian inisiatif kepada pemandu teksi, geran RM5000 untuk membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi;
Ø  Bantuan Rakyat 1Malaysia-Kadar BRIM ditingkatkan.