Wednesday, December 28, 2016

Sikap pencarum habiskan simpanan KWSP membimbangkan

Sikap pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menghabiskan wang simpanan dalam tempoh singkat semakin membimbangkan, kata Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP cawangan Kuala Lumpur, Nornisah Mohd Yusof.
Beliau berkata, rata-rata ahli KWSP yang telah mencapai usia persaraan menghabiskan wang simpanan mereka dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun sedangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat iaitu 75 tahun.
"Lebih membimbangkan apabila terdapat kes yang mana pesara mengeluarkan 70 peratus wang simpanan mereka dan tidak sampai 30 hari telah menghabiskan wang tersebut, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.