LOK YIM PHENG
LOK YIM PHENG
Beliau berkata, selain cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus, ahli-ahli kesatuan tersebut turut terpaksa membayar caj perkhidmatan yang sebelum ini dikenakan terhadap mereka.
Katanya, bayaran berkenaan tidak sepatutnya dikenakan kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak berasaskan keuntungan seperti NUTP.
“Setiap ahli telah dikenakan caj perkhidmatan untuk setiap poto­ngan yuran melalui potongan gaji yang diuruskan Angkasa, ia sudah memadai tetapi pihak Angkasa tetap mengenakan lagi GST ke atas perkhidmatan yang sama.
“Itu tidak termasuk dengan GST yang dikenakan oleh syarikat insurans, jadi kadar GST yang perlu dibayar oleh setiap ahli NUTP adalah dua kali ganda iaitu 12 peratus,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Dalam perkemba­ngan sama, Pre­si­den NUTP, Hashim Adnan ketika dihu­bungi berkata, sa­tu per­jumpaan telah dibuat dengan pihak Angkasa bulan lalu bagi membincangkan soal GST yang dikenakan tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan sebarang hasil.
“Semua sedia maklum tentang GST akan dikenakan terhadap ahli yang membeli pelbagai jenis produk yang dilindungi insurans tetapi masalah mula timbul apabila kadar bayaran yang perlu dibuat adalah berganda.
“Sepatutnya mereka membantu semua ahli NUTP tetapi sebaliknya mereka membebankan ahli yang begitu ramai. Pihak Angkasa mengenakan faedah (cukai) dan syarikat insurans juga mengenakan faedah (cukai), jadi ia menjadi satu angka yang besar,” katanya.