MTUC
amat dukacita dengan laporan Menteri Sumber Manusia pada 11hb November pada
Bernama berkaitan dengan pekerja asing yang disiarkan sejak peristiwa tanah
runtuh di Cameroon Highland.
Laporan
dua bulan terdahulu menyebut bahawa, dari 5.8 juta pekerja asing, hanya 2.9
juta yang mempunyai dokumen sah dan selebihnya 2.9 juta pula adalah pekerja
yang tidak mempunyai documen secara sah. Malah laporan terkini pula menyatakan
6.7 juta pekerja asing dinegara ini dengan hanya 2.1juta yang memiliki
dokumen secara sah. MTUC berpendapat bahawa pekerja asing yang tidak mempunyai
dokumen sah adalah melebihi dari angka yang diunjurkan oleh kerajaan. Persoalan
MTUC, siapakah yang bertanggungjawab?