Saturday, September 13, 2014

MALAYSIA:::NUTP: Gantung tugas pengarah, timbalan LP wajar

  • UPSR BocorUPSR Bocor
KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan menggantung Pengarah dan Timbalan Pengarah Operasi Lembaga Peperiksaan susulan kebocoran soalan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah wajar dan efisien, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
  
Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, tindakan itu menunjukkan kerajaan memandang serius terhadap insiden itu yang membabitkan hampir setengah juta murid yang mengambil peperiksaan.
  
"Kami berharap kerajaan dapat menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi...walaupun pengarah digantung, tidak semestinya beliau bersalah," katanya kepada Bernama hari ini.