Wednesday, December 2, 2015

MALAYSIA:::Pembantu rumah terpaksa kerja lima tahun tanpa dibayar gaji


Pembantu rumah terpaksa kerja lima tahun tanpa dibayar gaji
Perkhidmatan pembantu rumah Indonesia telah lama menjadi sebahagian daripada keperluan keluarga domestik negara ini. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Pejabat Konsul Indonesia di Pulau Pinang berjaya menyelesaikan antara kes yang paling mengejutkan iaitu seorang majikan yang tidak membayar gaji pembantu rumah selama lima tahun perkhidmatan.

Menurut Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang Taufiq Rodhy, secara purata pihaknya menerima 200 laporan setahun daripada pembantu rumah republik itu yang berkhidmat di negeri berkenaan, yang menghadapi masalah bayaran gaji oleh majikan masing-masing.