Thursday, August 25, 2016

MALAYSIA:::Pekerja kontrak 15 tahun diserap ke jawatan tetap

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata mulai Julai tahun ini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuka peluang kepada pekerja kontrak kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun untuk diserap ke dalam perkhidmatan tetap.

Beliau berkata perkara itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 15,000 kakitangan kontrak kerajaan di seluruh negara dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat.
"Pada masa ini kita masih dalam proses pemilihan dan terdapat beberapa aspek yang akan dilihat, khususnya dari segi disiplin dan kesihatan pegawai kontrak berkenaan.

Azeman Bin Omar, Mangsa Ke-4 Bank Muamalat

Pada Isnin Ogos 22, 2016 - Azeman Bin Omar kembali bekerja ke tempat asalnya di Bank Muamalat, Sg Petani selepas cuti sakit yang panjang hanya untuk menjadi mangsa keempat yang diganggu dan dibuli oleh Bank Muamalat.

MALAYSIA::Diskriminasi Wanita Hamil Wajar Dihentikan


Diskriminasi Wanita Hamil Wajar Dihentikan Beri Peluang Seimbang
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DALAM beberapa hari lagi negara akan meraikan ulang tahun ke-59 Hari Kemerdekaan. Di sebalik keriangan yang terpancar di wajah rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, hasil kajian Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) yang menunjukkan adanya diskriminasi dan penindasan dilakukan ke atas wanita hamil di sektor swasta dari segi dibuang kerja, disekat kenaikan pangkat, diberhentikan kerja dan tempoh percubaan dilanjutkan. Ia bertentangan dengan semangat Akta Kerja, Akta Perhubungan Perusahaan dan juga Perlembagaan Persekutuan.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memandang berat hasil kajian WAO. Hasil kajian dan syor-syor yang disenaraikan memerlukan tindakan banyak pihak khususnya majikan. Pada pandangan MTUC kes-kes ini bukan sesuatu yang abnormal. Ia telah beberapa kali dibawa ke perhatian MTUC. Pekerja-pekerja wanita didiskriminasi sedangkan peruntukan perundangan telah menggariskan ketetapan sebaliknya, di mana setiap pekerja tidak kira gender wajar harus diberi ruang pekerjaan dan penggajian sama rata demi kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.