Monday, January 14, 2013

EPF launches advertising campaign to promote i-Akaun

EPF launches advertising campaign to promote i-Akaun


KUALA LUMPUR: The Employees Provident Fund (EPF) has launched an advertising campaign "Rest Easy" to promote its i-Akaun facility whereby members can access information about their account via the Internet.
The advertising campaign, which appears in mainstream newspapers and radio from Jan 14 to Feb 7, is to highlight the convenient features and options of its i-Akaun facility.
EPF general manager for public relations Nik Affendi Jaafar said the advertisement campaign aims at creating greater appreciation and awareness of the benefits of subscribing to an i-Akaun.
"Ease of use is the key priority in i-Akaun. The facilities and options are available 24/7 from the home or office or wherever a member has access to the Internet. It also reduces the need to visit an EPF branch for routine tasks and facing the hassle of traffic jams during peak hours," he said.
He also said there was a new feature called TAC, which is a transaction authorisation code - used for certain transactions in i-Akaun to ensure data security.
If members or employers forget their user IDs or passwords, a TAC will be sent via short message service (SMS) to their registered hand phone to allow for the safe completion of their online process.
Nik Affendi said for the TAC facility, members must register or update their mobile telephone number at any EPF kiosk or EPF branch using their MyKad for authentication purposes. Employers with an existing i-Akaun can update their mobile telephone number via i-Akaun directly.
"Through i-Akaun, members can check the beneficiary they nominated for their EPF savings, and keep track of their EPF contributions to ensure that they are paid timely and accurately by their employer as well as print current and the previous year's EPF statement.
"In addition, withdrawal information such as member's withdrawal status, history, and estimated amount eligible for withdrawals are also available through this online facility," he said.
Nik Affendi said members wishing to update their correspondence address could do it via the i-Akaun.
He reminded members to log in via the official EPF URL www.kwsp.gov.my and not from any other link or email.

Asia markets higher in quiet trade | Free Malaysia Today

Asia markets higher in quiet trade | Free Malaysia Today

HAD GAJI MOHON SKIM RUMAH PERTAMA NAIK

Kuala Lumpur: Mulai bulan ini, had pendapatan peminjam individu yang ingin memohon Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan manakala bagi pendapatan bersama peminjam naik sehingga RM10,000 sebulan. Langkah kerajaan menambah baik kriteria kelayakan permohonan itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki kediaman pertama. Di samping itu, keperluan rekod simpanan bersamaan tiga bulan ansuran dan had perkhidmatan minimum enam bulan juga akan dimansuhkan. Pembiayaan penuh Berdasarkan kriteria itu, skim itu membolehkan pembeli rumah mendapatkan pembiayaan sepenuhnya daripada institusi kewangan, sekali gus peluang memiliki rumah tanpa bayaran pendahuluan 10 peratus. Cagamas SRP Bhd (CSRP) akan menjamin 10 peratus pembiayaan di bawah skim itu. Tahun lalu, CSRP diberi mandat untuk memainkan peranan membantu golongan muda dan rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor swasta memiliki kediaman di bawah CSRP. Syarikat itu dibentuk untuk menjamin pembayaran 10 peratus daripada pinjaman yang diperoleh di syarikat perbankan yang mengambil bahagian dalam skim itu. Antara bank yang menawarkan pembiayaan untuk skim perumahan berkenaan ialah Affin Bank Berhad (AFFINBANK), Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank), AmBank (M) Berhad (AmBank), Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat), CIMB Bank Berhad (CIMB Bank), Hong Leong Bank (HLB), Malayan Banking Berhad (Maybank), OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC), Public Bank Berhad (Public Bank), RHB Bank Berhad (RHB Bank), Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (Standard Chartered) dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd. Ketika pembentangan Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mencadangkan kenaikan had gaji pekerja berpendapatan RM5,000 ke bawah layak memohon skim perumahan itu. Skim dilancarkan Mac 2011 pada mulanya bagi memenuhi permintaan golongan berpendapatan bulanan kurang RM3,000, namun kini boleh dinikmati pembeli perumahan pertama melalui pinjaman bersama suami isteri. Ia kemudian dikaji semula pada awal tahun lalu dari segi had kelayakan pendapatan isi rumah bersama kepada RM6,000 berbanding RM3,000 sebelum dinaikkan kepada RM10,000 tahun ini.

Kode warna yang terpilih :

Cuepacs: Elaun kerja lebih masa perlu dinaik

KUALA KANGSAR – Kerajaan perlu mengkaji semula elaun kerja lebih masa sebanyak RM300 yang dibayar kepada kakitangan badan beruniform supaya selaras dengan kos hidup dan beban kerja semasa. Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, elaun berkenaan dilihat tidak setimpal dengan bidang tugas kakitangan badan beruniform di negara ini yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan memerlukan mereka bekerja di luar waktu kerja. Malah menurutnya, pelaksanaan kerja lebih masa ini juga perlu disusun semula demi tujuan penyelarasan cuti bagi semua kakitangan badan beruniform “Elaun kerja lebih masa yang dihadkan sebanyak RM30 dilihat telah lari daripada dasar buruh antarabangsa berikutan kakitangan badan berunfirorm ini tergolong dalam kumpulan Gred 1 hingga 40. Jadi mereke memang layak untuk bekerja lebih masa tanpa had; bukannya dari 8 pagi hingga 5 petang. “Lebih-lebih lagi dengan ahli kumpulan badan beruniform ini yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang. Perlu diambil kira dari segi kebajikan, keselamatan, beban tugas serta risiko bahaya yang bakal mereka hadapi ketika bertugas,” katanya kepada Sinar Harian. Kerajaan telah membentuk satu suruhanjaya mengkaji penambahbaikan sistem saraan perkhidmatan awam. Laporannya dijangka diumumkan awal tahun ini. Omar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Dialog Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kuala Kangsar di Stesen Timbang JPJ di sini. Sementara itu, Omar mencadangkan agar stesen timbang JPJ berkenaan dinaik taraf dengan menyediakan perkhidmatan memperbaharui lesen memandu, cukai jalan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain. Katanya, selain memberi kemudahan kepada penduduk sekitar, ia juga bakal menjadikan stesen berkenaan lebih komprehensif. “Kita cadangkan agar cawangan JPJ di sini dinaikkan taraf sebagai cawangan penambahan bagi tujuan memperbaharui lesen memandu serta cukai jalan. “Kita juga difahamkan pada hari ini, orang ramai terpaksa datang ke Ipoh atau Gerik bagi berurusan mengenai perkara berkenaan,” katanya lagi.