Friday, August 19, 2016

PENDIDIKAN::: Cuti Umum (Public Holiday)

 Cuti Umum (Public Holiday)

1   Seorang pekerja berhak mendapat 11 hari dalam setahun sebagai Cuti Umum. Bilangan  hari Cuti Umum ini dipilih oleh majikan dari sekian banyak bilangan dan jenis cuti umum yang diwartakan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, dan dimaklumkan kepada semua pekerja sebelum bermulanya tahun yang baru.

2   Bilangan hari Cuti Umum ini boleh ditambah oleh majikan jika ia bersedia berbuat demikian.

3   Daripada bilangan 11 hari itu tadi (atau bilangan tambahan oleh majikan), 5 hari mestilah terdiri dari hari-hari berikut:

(a)   Hari Kebangsaan
(b)   Hari Malaysia
(c)   Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong
(d)   Hari Keputeraan Sultan atau Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah Persekutuan
(e)   Hari Pekerja

4   Bakinya boleh dipilih oleh majikan. Hari-hari cuti umum lain ini boleh ditukar ganti dengan hari cuti yang lain atau dipindahkan kepada hari yang lain tetapi hendaklah dengan persetujuan pekerja.

5   Satu lagi Cuti Umum ialah cuti umum yang diumumkan oleh kerajaan secara tiba-tiba. Contohnya: kerana pilihanraya umum, atau Malaysia menang Piala Dunia (bolasepak). Cuti yang diisytiharkan secara tiba-tiba ini dibuat di bawah Akta Hari Kelepasan Am 1951. Walaupun majikan mesti memberi hak cuti umum ini kepada pekerja tetapi ia boleh memilih untuk memberi cuti ini (mengganti) pada satu tarikh yang lain.

6   Jika hari Cuti Umum itu jatuh pada hari Cuti Rehat Mingguan, atau jatuh pada datu lagi hari Cuti Umum yang lain, maka hari kerja berikutnya hendaklah digantikan sebagai hari Cuti Umum bergaji.

7   Jika hari Cuti Umum atau hari yang diganti jatuh semasa pekerja dalam Cuti Sakit, atau sedang dalam Cuti Tahunan, atau dalam Cuti Perkeso, pekerja itu mesti diberi hari Cuti Umum yang lain sebagai ganti.

Malaysian Law 62603 AWARD 23647 (This is a reference made under section 20 (3) of the Industrial Relations Act 1967 (the Act) arising out of the dismissal )

"Backwages of 24 months: RM18,000.00 + RM350.00 x 24 months = RM 440,400.00
 Compensation in lieu of reinstatement of one month's pay for each year of completed service: RM18,000.00 + RM350.00 x 4 months' salary (August 2008 to 1 March 2013) = RM 73,400.00 Total = RM 513,800.00 Deduction = RM 56,700.48 Total = RM 457,099.52
The amount, after deducting the necessary statutory deductions if any, is to be paid by the Company to the Claimant through the Claimant's solicitors Messrs Bodipalar Ponnudurai De Silva within 30 days from the date of this award." 

MALAYSIA:::MTUC Mohon Diskriminasi ke atas Wanita Hamil Dihentikan, Diberi Hak Seimbang‎ ‎

MTUC/2202

17hb Ogos 2016
Kenyataan Media MTUC

MTUC Mohon Diskriminasi ke atas Wanita Hamil Dihentikan, Diberi Hak Seimbang

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memandang serius hasil kajian Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) yang menunjukkan wujudnya diskriminasi dan penindasan dilakukan ke atas wanita hamil dalam sektor swasta
, iaitu melibatkan  pembuangan kerja, kenaikan pangkat dihentikan, diberhentikan kerja dan tempoh percubaan dilanjutkan. Semua tindakan ini adalah bertentangan dengan hak yang terkandung dalam Akta Kerja, Akta Perhubungan Perusahaan dan Perlembagaan Persekutuan.

MALAYSIA:::Pengaruh harga makanan ke atas sara hidup

ISU peningkatan kos sara hidup sentiasa diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat dan dijangka menjadi salah satu fokus utama kerajaan dalam merangka Bajet 2017 yang akan diumumkan kelak. Kos sara hidup merujuk kepada jumlah per­belanjaan isi rumah ke atas barangan dan perkhidmatan untuk mengekalkan taraf hidup. Semakin tinggi peningkatan harga barangan dan perkhidmatan, semakin tinggi per­belanjaan yang diperlukan.

MALAYSIA:::‘Industrial Court will still be relocated’

 Despite the chorus of protests from stakeholders, the Kuala Lumpur Industrial Court will be relocated to Wisma Perkeso in Jalan Tun Razak.
Human Resources Minister Datuk Seri Richard Riot said after considering the alternatives, they decided to move the court from the Straits Trading Building in Jalan Lebur Pasar because of the lower rent offered by the Social Security Organisation (Perkeso).

MALAYSIA:::MTUC wants independent probe into alleged immigration depot deaths

Despite the denial by the Immigration Department, Malaysian Trades Union Congress (MTUC) wants the government to commission a thorough and independent investigation into alleged torture and detainee abuse which purportedly led to deathsat the Juru immigration detention centre.