Sunday, January 13, 2013

BAGAIMANA MENUBUHKAN ' UNION' (KESATUAN SEKERJA) DITEMPAT KERJA ANDA???


Pekerja dan majikan di Malaysia adalah bebas menubuhkan pertubuhan mengikut:

 i. Artikel 10(1) (c) Perlembagaan Malaysia

 ii. Konvensyen ILO No.98
 iii. Seksyen 8 dan 9 Akta Kesatuan Sekerja 1959 Sesebuah kesatuan sekerja perlu didaftarkan bagi membolehkannya menikmati keistimewaan sebagai sebuah kesatuan sekerja yang sah.


  Apakah langkah PERTAMA menubuhkan kesatuan?

Jika anda dan rakan rakan anda berminat menubuhkan UNION di tempat kerja, ada boleh menghubunggi saya melalui email,


 TUJUANNYA adalah untuk saya mengenal pasti UNION mana yang anda layak sertai mengikut jenis tempat kerja anda sama ada di sektor pengeluaran atau perkhidmatan, selepas itu saya akan memperkenalkan pegawai UNION kepada anda mengikut jenis pekerjaaan anda. 

 CONTOH : Jika anda bekerja di sektor elektronik, maka saya akan memperkenalkan pegawai UNION sektor elektronik kepada anda, Jika kilang tempat anda bekerja mengeluarkan produk berasaskan besi maka UNION yg layak mewakili anda adalah METAL UNION, 


Begitu juga jika anda bekerja di syarikat yang mengeluarkan alat alat pengangkutan atau vendor kepada PROTON DAN PARODUA, maka union yg paling layak mewakili anda adalah KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA PERUSAHAAN ALAT ALAT PENGANGKUTAN DAN SEKUTU (NUTEAIW) 

ADAKAH MAJIKAN PERLU TAHU HASRAT PEKERJA UNTUK MENUBUHKAN UNION?

 Tidak... semasa proses mendapatkan ahli di dalam tempat kerja anda, majikan tidak perlu tahu, dan pekerja juga tidak perlu mendapat kebenaran majikan untuk menubuhkan UNION. 

 SIAPAKAH YANG AKAN MENJALAN KERJA KERJA MENG REKRUT AHLI ?


 Anda dan rakan rakan anda yang boleh dipercayai dengan dibantu oleh pegawai UNION. 

 APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH MENDAPAT MAJORITI AHLI DIDALAM TEMPAT KERJA?

 Serahkan borang ahli kepada pegawai UNION untuk tindakan seterusnya. 
 APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN OLEH PEGAWAI UNION / IBUPEJABAT KESATUAN SETELAH MENDAPAT BORANG KEAHLIAN DARI ANDA?

 Menghantar surat kepada majikan anda untuk memaklumkan bahawa UNION telah mendapat ahli di syarikat berkenaan bersama dengan borang A. Bagi mendapatkan pengiktirafan, sesebuah kesatuan sekerja perlu mengemukakan tuntutan pengiktirafan ke atas majikan dalam borang yang ditetapkan (Borang A - Peraturan-Peraturan Perhubungan Perusahaan, 1980). Majikan perlu memberi respon dalam tempoh 21 hari, mengikut salah satu dari yang berikut : Memberi pengiktirafan; atau Tidak mengiktiraf dan memaklumkan kesatuan sebab-sebabnya. 


APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN OLEH IBU PEJABAT KESATUAN JIKA TIADA RESPON DARI MAJIKAN SELEPAS 21 HARI? 

Jika majikan tidak memberi pengiktirafan secara sukarela sebagaimana di (ii) di atas atau tidak mengambil apa-apa tindakan, kesatuan boleh mengadu kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh diberitahu oleh majikan atau tamat tempoh 21 hari. Jabatan Perhubungan Perusahaan akan memproses tuntutan pengiktirafan kesatuan menurut peruntukan undang-undang di atas aduan dari kesatuan. Proses ini termasuk meminta Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja menentukan kelayakan kesatuan mewakili pekerja-pekerja. Jabatan Perhubungan Perusahaan akan menjalankan pemeriksaan keahlian secara undi sulit sekiranya kesatuan tersebut layak mewakili pekerja-pekerja. Menteri Sumber Manusia akan membuat perintah supaya pengiktirafan itu diberi sekiranya kesatuan mempunyai kelayakan dan majoriti keahlian dengan majikan tersebut. 
 SEPANJANG PROSES INI ADAKAH UNION AKAN MENDEDAHKAN MAKLUMAT AHLI KEPADA MAJIKAN ATAU PEGAWAI JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN?

 Tidak. Pihak kesatuan tidak akan mendedahkan maklumat ahli kepada sesiapa. Semuanya adalah rahsia.


 BILAKAH PIHAK SYARIKAT AKAN MENDAPAT TAHU SIAPAKAH YANG MENJADI AHLI DI DALAM SYARIKAT BERKENAAN? 

Setelah mendapat pengitirafan dari syarikat melalui arahan menteri dan UNION telah diitiraf oleh syarikat maka satu mesyuarat agong akan dilakukan untuk memilih AHLI JAWANTANKUASA KERJA di tempat anda bekerja, Selepas kepimpinan dipilih secara demokrasi maka pihak ibu pejabat akan memperkenalkan BARISAN KEPIMPINAN KEPADA SYARIKAT.

 ADAKAH SYARIKAT BOLEH MEMBUANG / PECAT AHLI KESATUAN?

 Tidak. pihak syarikat tidak boleh membuang seseorang pekerja dengan alasan beliau adalah ahli / pemimpin kesatuan, tetapi pihak syarikat boleh memgambil tindakan displin termasuk memencat jika pekerja itu melakukan kesalahan displin. 

 KESATUAN SEKERJA HAK DAN TUNTUTAN

Sejarah penubuhan kesatuan sekerja bermula di Britain hasil daripada perkembangan pesat pembukaan kilang dalam pelbagai bidang dan cabang industri. Kesatuan sekerja mula mendapat hak pada tahun 1915 seterusnya menjadi ikutan di seluruh dunia sehingga kini.
 Di Malaysia, MTUC ditubuhkan pada tahun 1949 untuk melindungi dan meningkatkan kualiti kehidupan kaum pekerja.
 Definisi kesatuan sekerja Seksyen 2(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang bermaksud seperti berikut:

 "…apa-apa perhubungan atau gabungan pekerja-pekerja atau majikan-majikan yang menjadi pekerja di mana tempat pekerjanya adalah di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak mengikut mana yang berkenaan."

 a) dalam mana-mana pertubuhan, trend, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-apa industri yang serupa

;b) sama ada secara sementara atau tetap; dan

c) yang mempunyai antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan berikut…….” Akta-akta yang berkaitan pula ialah:

 1. Perkara 10(1)(c) Perlembangaan Persekutuan menjamin hak warganegara untuk menyertai persatuan. 

 2. Akta Perhubungan Perusahaan (APP) 1967 seksyen 4 dan 5 yang memperuntukkan jaminan hak pekerja. Seksyen 4 menjamin kebebasan kedua belah pihak iaitu tidak boleh ada campur tangan atau ancaman daripada pihak yang satu lagi berhubung hak untuk menubuhkan atau menyertai atau terlibat dalam aktiviti kesatuan pekerja. Seksyen 5(1)(a), 5(1)(b), 5(1)(c), 5(1)(d) dan 5(1)(e)

. Peranan kesatuan sekerja Kebajikan pekerja menjadi fokus kesatuan sekerja kerana banyak perkara yang melibatkan pekerja. 

Antaranya ialah:
 1. perubahan struktur pekerjaan, terma dan keadaan pekerjaan. 
 2. pembangunan sumber manusia.
 3. mobiliti antara kerja secara mendatar dan menegak. 
 4. kesihatan dan keselamatan pekerja. 
 5. kualiti kehidupan pekerja dan keselamatan sosial (PERKESO) 


 Balakrishnan (2003) menyatakan fokus kesatuan sekerja adalah seperti berikut: -Memperluas ruang antara pembahagian pendapatan dengan kekayaan dalam masyarakat -

Memperkembang sektor informal dalam pasaran buruh-Kemerosotan keselamatan dalam sistem pekerjaan, upah benar dan faedah minimum pekerja menurut kehendak undang-undang -Isu pengangguran dan guna tenaga.



-Peningkatan dari segi kadar kemiskinan 

-Hilangnya ciri demokrasi dan juga hak kesatuan sekerja di tempat kerja 

-Penswastaan tanpa mengambil kira kesan-kesan sosial terhadap golongan pekerja 

-Peningkatan marginal pekerja terutamanya pekerja wanita, golongan pekerja asing dan peningkatan buruh kanak-kanak dalam pasaran buruh. Peranan kesatuan sekerja adalah mengikut kesatuan masing-masing.

 Sebagaimana yang ditegaskan oleh Awang Abdullah (2002), perjuangan MTUC adalah lebih tertumpu kepada: 
 a. hak gaji minimum 
 b. hak pekerja
 c. pembangunan kemahiran dan buruh asing 
 d. piawaian keselamatan dan kesihatan pekerja 
 e. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 


 FUNGSI KESATUAN SEKERJA 

 Kuasa pekerja yang dikumpulkan daripada individu memberi manfaat kepada setiap ahli dalam perundangan ekonomi, perundangan kerja, perubahan sosial dan kepuasan diri. 

 Kesatuan memberi balik tanggungjawab yang diamanahkan oleh individu dengan harapan setiap ahli mendapat apa yang dikehendaki. Kenapa pula pekerja melibatkan diri dalam kesatuan sekerja? 

 Maimunah (2007) menyatakan tiga tujuan utama pekerja ingin melibatkan diri dalam kesatuan pekerja iaitu: 

 1. untuk membaiki keadaan ekonomi mereka 

2. untuk menentukan hak mereka dilindungi 

3. atas sebab-sebab sosial Motif ekonomi Ekonomi sentiasa menjadi dorongan di mana sahaja. 

Keadaan hidup yang lebih baik menjadi pilihan pekerja dan cara untuk mendapatkan apa yang diingini ialah dengan menyertai kesatuan sekerja yang ditubuhkan.

 Melalui kesatuan, mereka dapat memperbaiki syarat-syarat perkhidmatan pekerjaan yang lebih baik dan memuaskan. Meningkatkan kekuatan perundingan pekerja di mana pekerja mempunyai kuasa apabila bergabung dan kuasa untuk berunding dengan majikan berkaitan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik.  

Mendapatkan faedah yang ditawarkan oleh majikan sepertimana MTUC yang menyediakan pendidikan kesatuan dan latihan. Motif sosial Hidup berkumpulan menjadikan setiap individu merasa diri mereka mendapat sokongan dan bantuan. Justeru, dalam kesatuan ini mereka juga mempunyai motif sosial iaitu:  

a) Keperluan untuk dipunyai dalam kumpulan (teori hirarki keperluan)Dalam kumpulan, hubungan yang rapat, minat dan keperluan sosial yang sama memberi semangat kepada pekerja untuk membina faedah yang lebih banyak seperti polisi insuran, pusat jagaan dan lain-lain faedah. Contohnya MTUC menyediakan faedah yang diberikan merupakan keperluan sosial yang diperlukan oleh pekerja.

 b) Pengaruh rakan sejawat Perlu beberapa ahli untuk mendapatkan pengiktirafan supaya dapat mendorong pekerja lain menyertai kesatuan bagi menyokong aktiviti rakan sejawat.

 c) Memperlihatkan daya kepimpinan Memberi peluang kepada pekerja mengamalkan sifat-sifat kepimpinan dalam hirarki kesatuan. Seterusnya dapat membantu rakan sejawat untuk membaiki syarat-syarat dan keadaan pekerjaan. 



Perlindungan hak 

 a) Diskriminasi, eksploitasi dan layanan yang tidak adil di tempat kerja. Contohnya kes yang berlaku di Sea Firebricks di mana pembayaran gaji yang berlainan berdasarkan gender untuk jumlah kerja yang sama, Di sini jelas terdapat layanan yang tidak adil berdasarkan gender pekerjanya. 

 b) Jaminan kerja – dari pembuangan atau pemecatan yang tidak adil. Menyertai kesatuan agar dapat melindungi pekerja dari segi jaminan kerja melalui kontrak kesatuan yang mengandungi peraturan-peraturan tegas berkenaan jaminan pekerja. 

 Terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja telah dijelaskan oleh Farnham dan Pimplott (1995) sebagai: 

 i) Pertukaran struktur di dalam corak pekerjaan kebangsaan (structural changes in the pattern of national employment) 

Pertumbuhan dan penurunan di dalam ekonomi nasional (growth and decline in the national economy)

iii) Politik, perundangan dan persekitaran sosial perusahaan perindustrian (political, legal and social climate of industrial relations)iv) Imej kesatuan, tarikan dan pemimpin (trade union image, appeal and leadership)

 Kenapa majikan menghalang penubuhan kesatuan? 

 Walaupun kesatuan sekerja memberi banyak faedah kepada pekerja, ianya tidak membawa manfaat yang besar kepada majikan kerana meningkatkan kos tenaga buruh, pekerja yang tidak cekap diberikan perlindungan dan mengganggu perkhidmatan.

 Contohnya syarikat makanan segera, McDonalds. R. Queenland (eksekutif dan pengurus) menyatakan bahawa implikasi pertama berurusan dengan kesatuan sekerja ialah peningkatan kos gaji dan lain-lain faedah sampingan.

 Justeru ini membebankan majikan untuk jangka masa panjang. Tindak balas majikan terhadap kesatuan Kesatuan sekerja dilihat daripada perspektif positif dan negatif oleh majikan. 

Biasanya, kekuatan kesatuan sekerja ialah berjaya dalam konflik yang dibuat secara terbuka dengan majikan seperti yang berlaku di Perancis iaitu mogok pekerja kereta api. 

Selagi permintaan mereka tidak ditunaikan oleh majikan, mogok akan diteruskan. Apabila kerajaan bersetuju dengan beberapa tuntutan kesatuan, para pekerja kembali bekerja dan perkhidmatan pengangkutan awam kereta api pulih seperti sedia kala.

 Pertelingkahan secara terbuka tetapi terkawal dapat mengurangkan tempoh konflik kerana kedua-dua pihak, pekerja dan majikan dapat mengawal keadaan. 


 Permintaan kesatuan sekerja bagi sesuatu isu kadang kala diterima dengan senang hati. Apabila majikan mendapati prestasi organisasi sangat memberangsangkan, mereka memikirkan bentuk penghargaan yang boleh diberikan kepada pekerja. 

Biasanya kesatuan sekerja memohon kenaikan gaji, bonus atau kebajikan pekerja yang lebih baik. Jika permintaan berpatutan, majikan akan tunaikannya dengan mudah. Suasana yang lebih mudah ialah wujud kerjasama di antara kesatuan sekerja dan majikan. 

Kerjasama ini pasti membantu pekerja dan majikan meningkatkan kualiti dan produktiviti masing-masing. Kedua-dua pihak mendapat manfaat yang berkekalan. 

 Cara majikan menghalang kesatuan

 Di sesetengah negara, majikan akan mencari jalan menghalang kesatuan sekerja bertindak kerana imej yang dibawa kesatuan sekerja membawa trauma kepada majikan.

 Keadaan ini amat mencemaskan jika kesatuan sekerja merancang mengadakan demonstrasi atau PIKET. 


Ini kerana satu sebab: mencemarkan imej majikan seterusnya menjejaskan produktiviti organisasi. Jadi, bagi mengelakkan kesatuan sekerja "naik kepala" dengan membuat tuntutan yang melampau, ada beberapa cara yang digunakan oleh majikan seperti: 

 -bayar gaji dan faedah lebih baik 
-libatkan pekerja dalam pembuatan keputusan, laksana polisi sistem terbuka secara efektif 
-tawarkan latihan, pembangunan dan jaminan tempoh jawatan mengembangkan perasaan percaya dan setia dalam organisasi dengan cara pihak pengurusan mendapatkan maklum balas terhadap ketidakpuasan pekerja terhadap organisasi. 

 TUNGGU APA LAGI....... HUBUNGGI SAYA UNTUK CARA CARA MENUBUHKAN KESATUAN..........

 fauzi.ibrahim@gmail.com
solidarity2u@yahoo.com 

Organizer kesatuan pekerja pekerja industri elektronik.
 Penolong Setiausaha MTUC Bahagian Pulau Pinang. 
 Penolong Setiausaha Agong Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Perusahaan Alat Alat Pengangkutan dan Sekutu
 sekian salam solidariti.........






34 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. tiada had gaji maksima unyuk menubuhkan kesatuan, anda boleh menghubunggi saya melalui email, saya akan membantu anda.....

    ReplyDelete
  3. Syabas saudara kerana BLOG ini - dan kerajinan saudara sentiasa update Blog dan memberikan juga kesedaran khusus kepada pekerja di Malaysia -

    ReplyDelete
  4. Saya berkerja dalam kilang makanan ada ke

    ReplyDelete
  5. kami berkerja sebagai Jurudandang (Boilerman) .kami ingin memubuhkan kesatuaan sekerja kami sendiri, bagaimana caranya ?

    ReplyDelete
  6. mohon semua pertanyaan menubuhkan kesatuan email terus kepada saya fauzi.ibrahim@gmail,com

    ReplyDelete
  7. mohon pencerahan, saya ingin menubuhkanunion dalam syarikat dmana saya berkerje,
    kilang recykle,bahagian mantanace technician,syarat berapa statt tempatan boleh buat union ,tuan,masalah nye sekarang saya baru je bertugas belum kompom lagi,boleh kah.mohon pencerahan ,hp no. 01123640038 ,terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  8. saya bekeja di German Malaysian Institute....nk tubuh union...erwan@gmi.edu.com

    ReplyDelete
  9. saya bekeja di German Malaysian Institute....nk tubuh union...erwan@gmi.edu.com

    ReplyDelete
  10. ramai ahli ajk union di naik kan pangkat jadi eksekutif supaya tidak boleh join union...ada juga ahli di sogok,contoh naik kn gaji ahli2 besar ,supaya tidak fight betul2 untuk ahli2 lain.

    ReplyDelete
  11. Iskhhh mana admin ni apa cerita admin kalau nak tubuhkan union di Germany Malaysian Intitute ke Nottingham University ke berminat ni admin apa yang perlu kami buat

    ReplyDelete
  12. tlg sy nk tbuhkan union di tmpat kerja kami...kayaku safety system..

    ReplyDelete
  13. boleh saya tahu dengan lebih lanjut tentang union..saya nak tubuhkan di kilang saya..wasap saya 0177479105

    ReplyDelete
  14. boleh bantu saya cara nak tubuhkan union ditempat kerja saya. ws 0133114996

    ReplyDelete
  15. Encik boleh saya minta no ws, untuk lebih detail

    ReplyDelete
  16. Ada tak Union untuk pemandu2 lori...

    ReplyDelete
  17. Sy nk detail mcm mane nk tubuhkan union

    ReplyDelete
  18. Cara penubuhan union kilang perabot

    ReplyDelete
  19. Saya perlukan nasihat dan cara untuk menubuhakan kesatuan pekerja didalam sektor lebuhraya

    ReplyDelete
  20. Berminat untuk buat union di kilang farmaseutikal

    ReplyDelete
  21. Adakah ketua union itu harus pekerja di tempat dia bekerja,bagaimana ketua union itu tidak bekerja di syarikatnya

    ReplyDelete
  22. wasapp.0126880776

    ReplyDelete
  23. Ade contact terbaru untuk penubuhan?

    ReplyDelete
  24. Di university sawta boleh tubuh union

    ReplyDelete
  25. Bagai mana saya ingin menubuhkan unoin jika majikan anti dengan penubuhan ini dan sering menggagalkan usaha pekerja untuk penubuhan tersebut

    ReplyDelete