Thursday, April 30, 2015

MALAYSIA:::Cuepacs Hopes For Special Gift For Civil Servants / Cuepacs harap kerajaan umum 'hadiah istimewa' pada 1 Mei


KUCHING, April 29 (Bernama) - The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) is hoping the government will announce a special gift for civil servants in conjunction with this year's Labour Day celebration.

Cuepacs president Datuk Azih Muda said this is as a gesture of the government's appreciation of its employees who had worked hard to raise national productivity.

"National productivity which rose more than 100 per cent as announced by the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak proved the seriousness of civil servants in the country in carrying out their responsibility entrusted to them.

"I would like to congratulate the government for its success in national economic transformation programme but regret that there are workers in the country still receiving wages below the national poverty line," he told the media after the opening of the Cuepacs Premier Leadership Seminar by Sarawak deputy state secretary Datuk Misnu Taha here, Wednesday.


Meanwhile in KUALA LUMPUR, in conjunction with Workers Day, the Malaysian Trades Union Congress (MTUC) urged the government to standardise the minimum wage to RM1,200 in all sectors.

Its secretary-general N Gopal Kishnam said in a statement that despite the minimum wage implementation, there were workers in many sectors that did not benefit from it such as hotel workers.

"There must be a balance so thet the people earning a living in Malaysia can be in the mainstream of development and have equal rights as well as be a part of the national economic development mainstream," he said.

He said MTUC had requested the employers to provide the Cost of Living Allowance (Cola) of RM300 to all workers, especially those below the poverty line and faced pressure in meeting their daily needs and that of their families.

Although Malaysia has various labour legislation such as the Industrial Relations Act and the Trade Union Act that were amended from time to time, the amendment had been described as anti-worker and more favorable to employers, he said.

source:::BERNAMA

Cuepacs harap kerajaan umum 'hadiah istimewa' pada 1 Mei

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan mengumumkan 'hadiah istimewa' kepada penjawat awam sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini. Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda, berkata pemberian hadiah itu sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada penjawat awam yang berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan produktiviti negara. "Kenaikan produktiviti negara yang meningkat lebih 100 peratus seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuktikan kesungguhan penjawat awam dan golongan pekerja di negara ini melaksanakan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka.
"Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas kejayaan Program Transformasi Ekonomi negara, tetapi amat sedih kerana masih ada pekerja di negara ini menerima gaji di bawah garis kemiskinan nasional," katanya selepas majlis perasmian Seminar Kepimpinan Perdana Cuepacs oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Misnu Taha, di sini hari ini. Sehubungan itu, Azih berkata kerajaan harus memperkenalkan gaji minimum RM1,200 sebulan kepada kakitangan sektor awam. Beliau berkata pelaksanaan gaji minimum itu perlu memandangkan pekerja dan rakyat secara umumnya terpaksa menanggung kos kenaikan harga barang serta elemen cukai yang membebankan mereka. Selain itu, katanya Cuepacs mahu supaya pelaksanaan 252 skim perkhidmatan awam termasuk kenaikan gaji seperti diumumkan Najib dalam pembentangan Bajet 2015, dapat disegerakan. Ketika membentangkan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014, Najib memberi jaminan kerajaan akan menambah baik 252 skim perkhidmatan awam termasuk skim kenaikan gaji, dan 81 daripadanya sudah dilaksanakan secara berperingkat. Azih berkata kenaikan gaji 10 peratus itu sangat penting untuk memastikan penjawat awam menerima gaji pokok melebihi paras kemiskinan nasional, iaitu RM880 sebulan, terutama bagi Gred 11 hingga Gred 17. Katanya pelaksanaan skim gaji minimum RM1,200 itu perlu disegerakan kerana dianggarkan kira-kira 700,000 penjawat awam masih menerima gaji pokok antara RM802 dan RM820 sebulan. Sehubungan itu, katanya ramai dalam kalangan penjawat awam tidak mampu membeli rumah kos rendah atau rumah mampu milik, termasuk di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) walaupun harganya antara RM90,000 dan RM150,000 seunit. "Tidak ada gunanya negara kita maju kalau masih ramai pekerja bergaji rendah dan tidak mampu memiliki rumah. Harga rumah meningkat RM30,000 setiap tahun dan jika gaji pekerja hanya bertambah RM80, sudah pasti mereka tidak mampu membeli rumah," katanya. -


sumber:::BHARIAN
PRESIDEN Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda (Gambar) ketika ditemui media selepas Seminar Kepimpinan Perdana CUEPACS Anjuran CUEPACS Malaysia yang diadakan di Dewan Institut Pendidikan Guru (IPG), Batu Lintang

No comments:

Post a Comment