Sunday, January 20, 2013

mStar Online : Maklum Balas Majikan Diambil Kira Isu Gaji Minimum - Subramaniam

mStar Online : Maklum Balas Majikan Diambil Kira Isu Gaji Minimum - Subramaniam

JOHOR BARU: Maklum balas daripada pihak majikan terhadap isu levi serta elaun pengangkutan dan perumahan akan diambil kira di dalam perlaksanaan dasar gaji minimum tahun ini, kata Menteri Sumber, Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata, isu terbabit adalah perkara utama yang dibangkitkan semasa dua perbincangan kementeriannya bersama pihak majikan di negara ini sehingga kini.
"Isu-isu terbabit akan dibangkitkan di kabinet dan terpulang kepada Kabinet untuk menentukan tindakan yang akan diambil," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Ponggal anjuran MIC Bahagian Gelang Patah di sini, Ahad.
Mengenai kebimbangan majikan yang terpaksa melepaskan pekerja asing mereka berikutan perlaksanaan dasar itu, beliau berkata itu merupakan sebahagian daripada proses transformasi bagi pekerja tempatan.
"Kita mahu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan perlaksanaan dasar gaji minimum itu akan menyebabkan pihak majikan memikirkan alternatif untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan mereka," katanya.
Beliau berkata, itu termasuk menstruktur semula operasi dengan memilih sama ada mengamalkan operasi separa automasi atau automasi penuh bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja tidak mahir.
Subramaniam berkata, keperluan terhadap pekerja asing akan terus ada namun kerajaan menyasarkan pengurangan mereka di negara ini secara berperingkat. BERNAMA

No comments:

Post a Comment