BANDAR JERANTUT - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membayar sebanyak RM7.1 juta sehingga September 2012 kepada semua jenis pembayaran faedah.
Pengarahnya, Mohd Shahar Ismail berkata, kategori hilang upaya sementara (HUS) membabitkan 1,470 kes, kematian pergi dan balik kerja (34), pencen ilat (309), hilang upaya kekal (352) dan pencen penakad (287).
Menurutnya, terdapat 16,131 majikan aktif mencarum dengan Perkeso, manakala sebanyak 68 kes pendakwaan dilakukan ke atas majikan yang masih ingkar mencarum pekerja masing-masing.
“Ramai majikan mula sedar kepentingan mencarum pekerja dengan Perkeso menerusi pelaksanaan kempen kesedaran sebelum ini.
“Bagaimanapun, Perkeso terus berusaha untuk menyedarkan majikan yang masih tidak mahu membuat caruman. Majikan yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Seranta Perkeso dan Dewan Perniagaan Cina Jerantut, dekat sini.
Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Perancangan dan Hal Ehwal Korporat Perkeso, Mohd Rosdi Mat Yasin serta Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Pahang, Datuk Sri Lim Ah Chap.
Mohd Shahar berkata, terdapat sebanyak 57,639 kes kemalangan ketika pergi dan pulang kerja dilaporkan pada 2010, manakala 59,897 kes pada 2011.
Menurutnya, pada tahun lalu, kes tersebut semakin menurun kepada 40,834 sekali gus menunjukkan pekerja makin sedar untuk lebih berhati-hati ketika berulang-alik ke tempat kerja.
“Perkeso Pahang akan terus menjalankan kempen kesedaran keselamatan ketika berulang alik ke tempat kerja supaya mereka lebih berhati-hati bagi mengelak terbabit dalam sebarang kemalangan,” katanya.

No comments:
Post a Comment