Peruntuk RM200j untuk skim saringan kesihatan percuma
Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selesai menghantar baucar saringan kesihatan percuma kepada 1.9 juta pencarum yang layak.
Ujian saringan kesihatan percuma bagi pekerja sektor swasta diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat pada 28 September lalu.
Di bawah skim itu, pencarum berumur 40 tahun ke atas layak menjalani ujian saringan kesihatan percuma bagi mengesan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, diabetes, kanser dan masalah jantung.
Azman berkata, ujian saringan itu meliputi pemeriksaan fizikal, profail darah, ujian air kencing dan bagi wanita, ujian ‘pap smear’ serta mamogram yang akan dilakukan doktor panel.
Beliau menasihatkan mereka yang belum menerima baucar percuma itu menghubungi hotline PERKESO di talian 03-42521258, 03-42524475/76 dan 03-42525089 atau pejabat PERKESO terdekat untuk maklumat.
Pelaksanaan skim dialukan
Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengalu-alukan langkah PERKESO melaksanakan skim itu dalam tempoh empat bulan selepas diumumkan dan berharap agensi berkenaan terus memantau pekerja yang selesai menjalani saringan bagi memastikan mereka sihat sehingga mencapai umur persaraan. - BERNAMA
terbaik
ReplyDelete