Monday, March 18, 2013

100 Nepali workers stopped from holding protest over minimum wage


MUAR: About 100 workers from Nepal were arrested after information was received that they were planning to hold an illegal protest to demand for their wages.
Police detained the workers at several places in town while others were picked up at roadblocks here Sunday.

It was believed that the workers were upset that they had yet to receive their minimum wage for foreign labour.
Muar police chief Asst Comm Mohammed Nasir Ramli said that the workers had planned to gather at several spots in the town to protest against their employers.
“We had to stop them before they gathered as they could have started a riot. Teams of policemen were deployed in town to stop their protest,” he said at a gathering with villagers in Kampung Kelantan here.
He added that there were about 5,000 Nepalese workers in Muar.
A check at the Jalan Maharani bus terminal Sunday showed it was almost empty of foreign workers except for a few Indonesian and Bangladeshi workers.
All the detained workers were released later Sunday.

Polis gagalkan cubaan warga Nepal tunjuk perasaan di Muar

MUAR, 17 Mac — Polis Muar berjaya menggagalkan cubaan lebih 5,000 pekerja asing Nepal mengadakan tunjuk perasaan di tengah bandar ini tengah hari tadi setelah mereka mendapat maklumat awal berkaitan perkara itu.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohd Nasir Ramli berkata kejayaan itu berikutan kecekapan polis yang berjaya mencegah mereka berkumpul sejak awal pagi di depan sebuah pasar raya di Jalan Ali di sini.
“Kita telah menahan 106 orang, termasuk mereka yang dipercayai dalang yang merancang perhimpunan itu, untuk disoal siasat sehingga 1 petang ini,” katanya kepada pemberita pada majlis penerangan khas anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) negeri Johor di Kuarters Polis Diraja Malaysia Kampung Kelantan hari ini.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan rancangan pekerja asing itu untuk mengadakan tunjuk perasaan di kawasan tumpuan ramai pada kira-kira 11 pagi sebagai membantah kegagalan majikan membayar mereka mengikut skim gaji minimum yang diputuskan kerajaan.
Sehubungan itu, Mohd Nasir berkata beliau mengarahkan anggota polis menjalankan rondaan di bandar ini dan melakukan pemeriksaan ke atas warga Nepal yang disyaki mahu berkumpul di kawasan berkenaan.
“Kita telah menahan sebahagian daripada mereka, termasuk yang didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, untuk siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata sepasukan polis antirusuhan juga diarah bersedia dengan kenderaan, termasuk meriam air, untuk berdepan sebarang kemungkinan.
Mohd Nasir berkata keadaan di bandar diraja itu setakat ini terkawal, dan tindakan memeriksa pekerja asing yang berkeliaran akan diteruskan sehingga lewat petang.
Minggu lepas, polis Muar menahan 32 pekerja Nepal yang merusuh di kilang perabot tempat mereka bekerja kerana tidak puas hati dengan jumlah bayaran tidak mengikut skim gaji minimum.
Semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kerajaan membenarkan sebahagian majikan kilang perabot di negara ini menangguh pelaksaan gaji minimum ke satu tempoh lain sehingga mereka benar-benar berkeupayaan melaksanakannya. — Bernama

No comments:

Post a Comment