KUALA LUMPUR, 27 Mac — Senator Syed Shahir bin Syed Mohamud mengecam tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan gaji mininum keatas pekerja asing yang bekerja dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS), mendakwa ianya menindas pekerja serta menuduh kerajaan gagal menepati janji.
Merujuk kepada laporan dalam akhbar New Straits Times pada 20 Mac 2013 bertajuk ‘SMEs may defer minimum wages for foreign workers until Dec 31', bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu berkata langkah tersebut sama sekali melanggari Akta Pekerja Seksyen 60 (L) 1955.
"Ia tidak masuk akal. Laporan berita itu dipetik daripada kenyataan Majlis Perundingan Gaji Negara tersebut, pengumuman tersebut sama sekali melanggar semangat Akta Pekerja Seksyen 60 (L) 1955," kata Syed Syahir yang merupakan ahli dewan negara dari PKR itu.
Syed Syahir berkata setiap pekerja tidak mengira sama ada rakyat Malaysia ataupun warga asing wajar mendapat keadilan dan tidak boleh menindas, yang menurutnya bertentangan dengan prinsip asas Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
"Lagi, perlu ditekankan bahawa tiada Ketetapan yang dikeluarkan oleh Menteri dan diwartakan, dan IKS seperti ini masih perlu membayar pekerja mereka mengikut Gaji Minimum sejak Januari lalu," tambah beliau.
Beliau turut mengecam Putrajaya kerana menangguhkan pelaksanaan gaji minimum serta menukar pendirian merekaberkali-kali, seperti mengeluarkan ketetapan majikan yang memiliki lima orang atau kurang lima pekerja boleh diberikan gaji minimum pada Julai 2013 serta membidas tindakan kerajaan - kemudiaannya mengumumkan sebanyak 600 majikan dibenarkan untuk membayar gaji minimum sama ada pada April, Julai ataupun Oktober 2013.
Ekoran itu, Syed Syahir menggesa kerajaan untuk menepati janji mereka dalam melaksanakan gaji minimum seperti yang dijanjikan pada 16 Julai 2012.
Kementerian Sumber Manusia sebelum ini berkata pelaksanaan gaji minimum akan berkuatkuasa yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013.
Daripada jumlah itu hanya 600 dari 4,200 majikan dibenarkan menangguhkan pelaksanaan gaji minimum tersebut.
Pengumuman gaji minimum bagi sektor swasta dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 30 April dan diwartakan pada 16 Julai lepas.
Perintah gaji minimum 2012 pula berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 dan kadarnya akan dikaji semula setiap dua tahun.
Keputusan untuk menguatkuasakan pelaksanaan gaji minimum itu adalah mandatori dan kerajaan menetapkan gaji minimum pekerja swasta ialah RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
No comments:
Post a Comment