Sunday, April 21, 2013

GE 13


Mesuarat Majlis Am MTUC hari ini memutuskan untuk menggempur Segamat bagi memastikan isu pekerja didedahkan disana. Urusan mendapatkan sokongan & menghantar team akan diuruskan SUA MTUC dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat. 


(English & Malay Version)

VIOLENCE AGAINST WORKERS - MASTERMINDED BY MAFIA
J Solomon

Who is the "Mafia" we referred to? Why do we call him a "Mafia"?

The term "Mafia" refers to a secret criminal organization operating mainly in Sicily, Italy since the early 19th century and is known for its intimidation and punishment against the law.

"Modern day Mafias” are those who reflect similar criminal activities by those in power. The person who conspires with employers to exploit workers including members of NUBE is a “Mafia”.


Therefore, on these basis we call the person Mafia which is none other than Datuk Seri Dr. Subramaniam s / o KV Sathasivam, who is the Minister of Human Resources (MHR), a candidate running for Parliament P.140 Segamat in General Elections-13 (GE-13).

Malaysian Trades Union Congress (MTUC) itself in February 2012 made a resolution that it has lost confidence in the leadership of Subramaniam for being inconsiderate, not showing concern and seriousness in resolving several issues pertaining to the employees in the country.

He has also seen seeking to destroy the existence of trade unions to meet the aspirations of existing government policy and to abolish permanent employee status.

In the case involving NUBE, Subramaniam has used his position to collaborate and support the violence of the 3 GLC Banks against the members of NUBE with the sole intention to destroy NUBE. The 3 GLC banks are allowed to arbitrarily violate labour laws, the Collective Agreement and dismiss employees, including union officials.

In view of the sins committed by Subramaniam in particular upon the entire private sector workers, it is therefore most suitable and appropriate to declare him as “SubraMafia”.

NUBE is apolitical. NUBE will champion for the rights of workers who are part of Malaysians who contributes to the economy. NUBE does not intend to help overthrow, defeat or support to win any candidate.

But if NUBE takes the necessary cause of action within the laws of the country to bring defeat to any individual then it is suppose to be a punishment to those who commit oppression and a warning to those who intend to commit oppression to workers.

National labour related policies need to be more worker friendly. Do not insult workers. Do not undermine workers. Do not exploit workers, let alone enslave workers. Workers too have dignity and self-esteem. Is it worth building an office as beautiful as a palace to the amazement of the neighbours when its own workers need to beg for a handful of rice?

The time has arrived for workers to exercise their powers....”Workers Power of Change”. This is the right time for us to rise up to teach a lesson to punish the MHR who has betrayed and failed in carrying out his functions in particular to the private sector workers.

Indirectly, we are sending a strong warning that the next MHR who betrays workers will be punished by the workers who are also Malaysians.

If this is not done: if workers do not support this action; if workers still remain neutral then, the next Minister of HR who shall be appointed from any of the political party will continue to abuse the power and repeat the same SubraMafia.

After the launching of the GE-13 campaign yesterday by the political parties, for the benefit of workers NUBE is launching the campaign “Piket SubraMafia” today 21st April 2013. This is followed with the presence of NUBE members who will be picketing in Segamat parliament constituency from 1st to 3rd May 2013.

1st May 2013 is a Labour Day. It is an important and historic day as Labour Day falls during the 13th GE campaign period. We’re not sure how many more years it will take to see a similar historic day. We are also not sure how much longer the government and capitalists will continue to enslave people.

What are his sins? In order to end this SubraMafia regime, we will reveal the brutality and abuse of power by SubraMafia daily to the people of Segamat and all Malaysians during the GE13 campaign. Do not vote for such human being to be given the power again to oppress any other Malaysians.

*************************************************************

KEGANASAN TERHADAP PEKERJA - DIDALANGI MAFIA
J Solomon

Siapa “Mafia” yang kami maksudkan? Kenapa kami memanggilnya sebagai “Mafia”?

Istilah "Mafia" merujuk kepada sebuah organisasi jenayah rahsia yang beroperasi terutamanya di Sicily, Itali sejak awal abad ke-19 dan dikenali kerana ugutan dan hukuman yang mengatasi undang-undang.

"Mafia zaman moden" pula lebih merujuk kepada aktiviti-aktiviti jenayah sama dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa. Mafia yang bersekongkol dengan majikan untuk mengeksploitasi kaum pekerja termasuklah ahli-ahli NUBE.

Maka di atas sebab dan dasar itulah, maka kami memanggilnya sebagai Mafia iaitu tidak lain tidak bukan, Datuk Seri Dr. Subramaniam a/l K.V Sathasivam, Menteri Sumber Manusia yang juga calon bertanding bagi P.140 Parlimen Segamat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sendiri pada Februari 2012 pernah membuat ketetapan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Subramaniam berhubung sikap beliau yang tidak menunjukkan keprihatinan dan keseriusan dalam menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan pekerja-pekerja di negara ini.

Beliau juga dilihat seolah-olah berusaha untuk memusnahkan kewujudan kesatuan-kesatuan sekerja sedia ada demi memenuhi aspirasi dan dasar pemerintah sekaligus menghalalkan pemansuhan status pekerja tetap.

Dalam kes melibatkan NUBE pula, Subramaniam menggunakan kedudukannya untuk bersubahat dan menyokong keganasan yang dilakukan 3 bank GLC terhadap ahli-ahli NUBE dengan niat semata-mata untuk memusnahkan NUBE. Bank-bank GLC ini dibiarkan sewenang-wenangnya mencabul undang-undang buruh, melanggar Perjanjian Kolektif dan memecat pekerja termasuklah para pegawai kesatuan.

Di atas dosa-dosanya terhadap seluruh pekerja swasta terutamanya, maka lebih manis dan selayaknya jika beliau digelar sebagai “SubraMafia”.

NUBE tidak menyebelahi mana-mana parti politik. NUBE hanya memperjuangkan hak-hak pekerja sebagai segolongan rakyat yang menyumbang kepada ekonomi negara. NUBE tidak berniat untuk membantu menumbangkan, mengalahkan atau memenangkan mana-mana calon dari parti-parti yang bertanding.

Tetapi sekiranya ada tindakan NUBE yang mengikut undang-undang memberi mudarat kepada sesetengah pihak, anggapkanlah sebagai satu hukuman kepada mereka yang melakukan penindasan dan satu peringatan kepada mereka yang berniat untuk melakukan penindasan terhadap kaum pekerja.

Dasar negara berkaitan tenaga kerja perlu lebih mesra pekerja. Jangan hina kaum pekerja. Jangan cuba merendah-rendahkan pekerja. Jangan sesekali mengeksploitasi pekerja, apatah lagi memperhambakan pekerja. Pekerja ada maruah dan harga diri. Wajarkah membina rumah seindah mahligai sehingga dikagumi jiran tetapi pekerja sendiri dibiarkan terus mengemis sesuap nasi?

Sudah tiba masanya kaum pekerja menunjukkan kuasa…”Pekerja Kuasa Perubahan”. Inilah masanya kita bangkit untuk memberikan pengajaran seterusnya menghukum Menteri Sumber Manusia yang khianat dan gagal dalam menjalankan fungsinya terutamanya terhadap pekerja-pekerja swasta.

Seandainya ini tidak dilakukan; seandainya sokongan tidak diberikan; seandainya masih ada sikap berkecuali; maka Menteri Sumber Manusia yang akan dilantik dari mana-mana parti politik yang memerintah sekalipun, tetap akan mengulangi perkara yang sama.

Secara tidak langsung, kita sebenarnya akan memberi amaran kepada Menteri Sumber Manusia yang akan datang, mereka yang khianat pasti akan dihukum oleh kaum pekerja yang juga adalah rakyat!

Setelah semalam bermulanya kempen PRU-13, demi kepentingan pekerja, maka hari ini 21 April 2013, kita melancarkan pula Kempen Piket SubraMafia sehinggalah kita berkampung dan berpiket di Parlimen Segamat bermula dari 1 hingga 3 Mei 2013.

1 Mei 2013…adalah Hari Pekerja. Satu tarikh yang amat penting dan bersejarah kerana jatuhnya dalam tempoh kempen PRU-13. Kita tidak pasti berapa puluh tahun lagi akan berlaku tarikh bersejarah seperti ini. Kita juga tidak pasti berapa lama lagi golongan pemerintah dan kapitalis terus memperhambakan rakyatnya.

Apakah dosa-dosanya? Demi menamatkan rejim SubraMafia ini, kami akan mendedahkan kekejaman dan penyalahgunaan kuasa oleh SubraMafia dari hari ke hari kepada rakyat Segamat khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya sepanjang kempen berlangsung. Jangan benarkan manusia seperti ini sekali lagi diberi kuasa untuk menindas golongan masyarakat yang lain pula.

No comments:

Post a Comment