KUALA LUMPUR - Kerajaan tetap akan meneruskan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) walaupun PR tidak bersetuju dan membantah perkara tersebut.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, TPP diteruskan kerana mendapat majoriti penuh daripada badan-badan yang lain.
Menurutnya, sudah menjadi kelaziman dalam sesebuah negara tidak akan mendapat persetujuan penuh untuk membangunkan sesuatu usul.
"Kerajaan ada meminta pandangan dan pendirian daripada badan-badan termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Majlis Aids Malaysia, Majlis Kanser, BN dan juga PR.

"Tetapi, memandangkan PR dan CAP tidak bersetuju dengan TPP, kerajaan akan tetap meneruskan kerana badan yang lain sudah bersetuju," katanya menjawab soalan daripada Charles Anthony Santiago (DAP - Klang) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan akan memastikan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) akan dijaga sepenuhnya.
"Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kita boleh menarik diri jika ada antara perjanjian yang boleh memberi kesan negatif terhadap negara.
"Lebih-lebih lagi perjanjian mengenai IKS adalah yang pertama seumpamanya untuk dilaksanakan," katanya.
Katanya, kerajaan tidak akan sekali-kali menggadaikan kepentingan negara dan akan memastikan TPP akan memberi pulangan dan pelaburan terbaik untuk negara.
"Obligasi yang bakal dibuat tidak akan abaikan kepentingan IKS. Pengusaha padi dan industri lain akan dijaga dengan baik.
"Begitu juga dengan akses ubat-ubatan yang akan tidak dinaikkan harga kerana kerajaan sangat menitik beratkan perkara ini," katanya.
Menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Charles Anthony mengenai apakah jaminan yang diberikan, ahli Parlimen Jeli itu menegaskan, kerajaan sangat prihatin dan berharap isu TPP tidak lagi dipolitikkan.
"TPP bertujuan memberi manfaat bukan mudarat dan kerajaan bersedia mempertimbangkan setiap pandangan kerana ia masih di peringkat perbincangan.
"Kita akan terus menjaga kedaulatan negara ini. TPP adalah pelaburan dalam skop yang luas dan bakal memberi faedah kepada semua," katanya.
copy from :: http://www.sinarharian.com.my
[Wajib Baca] Komen Prof Agus tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement
SAYA menerima banyak permintaan dari sahabat supaya menulis tentang Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan
ditandatangani pada Oktober nanti. Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang
isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya.
Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk
memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti
Perjanjian ini dan kesannya kepada kita.
TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti
Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam.
TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran
negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.
Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan
semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian
dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan,
sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.
Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian
ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar.
Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang
dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?
Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang
akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup
membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa
kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:
i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga
sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia
terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar
negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana
kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru
menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah
mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara
kita nanti?
ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan
kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan
kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi
kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi
negara kita.
iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan
di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak
pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan
bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.
iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan
lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras
dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga
petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.
v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai
khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran
terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat
gergasi ini?
vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas
kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini
percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna
segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan
kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.
Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya
kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini.
Antaranya:
i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada
rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi
pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.
ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini.
Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek
kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.
iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat
gergasi luar.
Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan
pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan
perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh
kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati
keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik
diri daripada Perjanjian ini.
Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti:
Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai. - Mohammad Agus Yusoff
copy from :: http://duniacacamarba.blogspot.com
TPPA tidak realistik untuk Malaysia, kata DPMM
Pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan mengakibatkan Malaysia mengalami kerugian besar kerana negara ini masih lagi mempunyai perusahaan kecil dan sederhana (SME) kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu (DPMM). Datuk Syed Ali Mohamed Alattas (gambar) bagaimanapun berkata Malaysia masih boleh mempertimbangkan perjanjian tersebut sekiranya sudah mencapai status negara maju.
"Satu-satunya perkara yang paling penting kita mesti sedar maruah negara kita, bangsa kita, saya khuatir ini penjajahan baru.
"Kita sudah ada perjanjian dengan negara-negara lain. Jangan kita terperangkap dengan agenda luar, kita perlu ada agenda kita," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat DPMM di sini.
"Masanya jauh lagi untuk Malaysia, kita masih lagi di tahap transformasi," katanya, dan
menambah DPMM akan membawa isu tersebut ke sesi meja bulat berhubung perjanjian TPPA anjuran dewan berkenaan pada 6 Julai depan.
TPPA menerima kritikan banyak pihak termasuk anggota Parlimen Pakatan Rakyat (PR) kerana kerajaan tidak mendedahkan secara terperinci butiran perjanjian tersebut.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata PR tidak menolak TPPA secara terus sebaliknya beberapa aspek perlu diambil kira sebelum ianya dimuktamadkan.
"Saya tahu ada pandangan keras dalam perkara ini tapi dalam PAS, PKR, DAP, kita pada prinsipnya tidak menolak sebarang bentuk perjanjian, tetapi peruntukan yang membebankan rakyat atau mengalih kuasa negara kepada negara kaya," katanya.
PR, jelas ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi mengambil sikap lebih terbuka, dan sedar akan kebergantungan Malaysia terhadap Pelaburan Langsung Asing (FDI), dan tindakan menolak pelaksanaan TPPA juga jelasnya bukanlah satu tindakan wajar.
"Kita ambil sikap lebih objektif, ada hujah kuat pasal TPPA ini kerana Malaysia tidak seperti negara lain, banyak bergantung kepada FDI ... menolak sama sekali juga tidak wajar, tetapi membebankan syarikat juga tidak wajar," kata Ketua Umum PKR itu lagi.
Beliau kemudiannya turut berkata panel PR perlu berbincang dan meneliti keperluan pindaan dalan rundingan, agar perjanjian TPPA itu tidak menjejaskan negara.
PR sebelum ini juga menggesa agar sebuah Jawatankusa khas Pilihan Parlimen (PSC) diwujudkan untuk perjanjian berkenaan ekoran masih wujud rasa tidak berpuas hati kerana perjanjian itu jelas mereka tidak tertakluk kepada pengawasan parlimen.
Dalam satu kenyataan, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS Dr Dzulkefly Ahmad, bersama dengan Azrul Azwar Tajuddin dari Institut rakyat berkata PSC mengenai TPPA itu perlu ditubuhkan segera.
Mereka turut membangkitkan rangka kerja undang-undang TPPA yang menyeluruh itu boleh menyebabkan undang-undang domestik terpaksa akur dengan meletakkan syarikat-syarikat multinasional di atas jika tidak setara dengan kedudukan kerajaan.
Antara kebimbangan yang dibangkitkan mereka adalah analisa Kos-Faedah (CBA) pada TPPA, Kawalan Kewangan dan Kebebasan, dan Kos Kesihatan.
Mereka turut menyatakan kebimbangan masa yang semakin suntuk memandangkan pusingan dan rundingan TPPA seterusnya akan diadakan pada Julai 2013 dan pernyataan muktamad dijangka berakhir pada Oktober 2013. - 25 Jun, 2013
copy from :: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:
Post a Comment