Wednesday, July 24, 2013

Kerajaan semak nilai penalti kes kemalangan di tempat kerja

Kementerian Sumber Manusia hari ini memaklumkan jumlah kemalangan sejak lima tahun lalu ialah 15,419 dengan 14,446 cedera dan 473 kemalangan maut melibatkan pelbagai sektor.

Antaranya, sektor pertanian, perhutanan, perikanan, perlombongan, pengilangan, perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, perdagangan, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi.
Timbalan Menterinya, Datuk Ismail Abdul Muttalib, berkata antara punca berlaku kemalangan di tempat kerja disebabkan sistem pengurusan keselamatan yang tidak berkesan.
Selain itu, katanya, ia juga didorong faktor tiada penilaian terhadap risiko kemalangan, latihan tidak mencukupi kepada pekerja asing, kurang pemantauan prosedur kerja dan kontraktor.
“Kementerian bercadang menyemak nilai penalti bagi kesalahan kontraktor. Sebagai contoh penguatkuasaan yang sedia ada memperuntuk denda RM15,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun. 24 Julai, 2013.

No comments:

Post a Comment